Selepas kejadian semalam, hari ni aku masuk ofis seperti biasa. Seperti yang korang tahu, workstation aku dah dipindahkan ke dalam bilik pejabat Zafran. Tapi masih dalam proses pengubah suaian. Jadi buat sementara waktu aku dibenarkan untuk membuat kerja-kerja PA aku di meja coffee bersebelah meja Zafran. Awkward. Aku tak tahu macam mana nak mulakan kerja aku lebih-lebih lagi aku tahu yang aku akan bekerja satu bumbung dan juga satu bumbung dengan Zafran. Sebelum aku sampai ke pejabat, aku dah siap-siap membeli air hot chocolate kegemaran Zafran. Cawan panas berisi air coklat aku letakkan disisi meja Zafran. Sempat lagi aku membelek gambar Zafran bersama Haikal yang berada di mejanya. Handsome. Getus hatiku. Tapi kenapa aku mesti ditakdirkan untuk hadir dalam kehidupan dua beradik ni? Aku mengeluh panjang seraya meletakkan kembali frame gambar itu.
Aku kembali menguruskan rutin harian aku sebagai seorang PA. Menyusun dan mengemas kesemua fail-fail mengikut abjad. Hari ini aku nekad untuk bekerja dengan lebih gigih supaya Zafran tidak lagi memandang rendah akan keupayaan dan kebolehan aku menjadi penolong pembantunya. Selain itu aku perlulah berkerja lebih masa untuk membayar semula pasu antik yang telah aku pecahkan semalam. Setelah dipersetujui, gaji aku akan dipotong sebanyak 30% setiap bulan tapi sehingga bila aku perlu nembayarnya aku sendiri tak pasti. Tak pula Zafran bagitahu berapa harga sebenar pasu tu. Ahh nanti aku tanya dia bila dia masuk ofis nanti.
Sebelum aku meneruskan kerja-kerja penyusunan fail, laptop yang disediakan pejabat untuk kesemua staffnya aku buka. Butang calendar di Lotus email aku buka. Satu persatu aku skrol untuk melihat temu janji Zafran yang telah ditetapkan pada hari ini.
Omg! How come aku boleh lupa yang pagi ni akan ada mesyuarat bulanan dengan semua jabatan. Jam di dinding aku kerling. Ahh lagi satu jam lagi untuk set bilik mesyuarat dan setengah jam lagi Zafran akan muncul di pejabat ni. Die die die.
Laptop aku biarkan terbuka. Pintu kabinet yang telah aku buka aku tutup semula. Fail-fail yang aku telah keluarkan aku ambil dan aku letakkan bergelimpangan di atas meja coffee dimana tempat aku duduk. Damn. I'm in messed dan aku pasti Zafran tak kan suka dengan pemandangan yang menyakitkan mata dalam pejabatnya ini. Aku tahu Zafran seorang yang teliti dan kemas. Semuanya mesti tersusun rapi. Tapi hari ni aku dah sepahkan biliknya dengan fail-fail ni.
What a stupid files.
Stupid me.
And stupid Zafran with his perfectionist character.
Aku mula gelabah. Tapi yang buatkan aku gelabah lagi sebab aku belum siapkan bilik mesyuarat yang akan digunakan sebentar lagi dalam masa... Wha??? In 45 minutes??? Bermakna Zafran akan tiba di ofis pada bila-bila masa je! Haish keep calm Shara. You'll be alright. Now get your ass up and photocopy all this stupid documents. N.O.W!!
Dengan tergopoh gapah aku bangun sambil memegang dokumen yang Zafran minta untuk aku fotostat pagi ini. Semuanya ada 15 muka surat dan aku mesti copy untuk 20 set. Dengan heels setinggi 2 1/2 inci ni aku berlari anak untuk ke bilik photocopy yang terletak berhadapan dengan bilik Zafran. Aku tahu aku kesuntukan masa jadi aku terpaksa mempercepatkan langkah aku sehingga terlanggar satu dinding keras dihadapanku. Ya Allah macam mana aku boleh tak perasan. Tu lah ralit sangat. Jalan mata sibuk tengok kertas-kertas ni. Dahiku aku raba dan pandanganku aku alihkan ke atas. Ops! Well well well. Jantungku berdegup laju. Mata Zafran tajam mamandang ke arah ku. Nasib baik dokumen ni semua tak jatuh bertaburan atas lantai. Ahh..
"Sorry. I.. Saya.. Tak perasan yang Tuan Zafran lalu sini tadi. Tuan okay?" Tanyaku sambil mengecilkan mata. Degan harapan mood dia okay pagi ni. Tapi dia hanya mengendahkan soalan aku dan terus berlalu masuk ke dalam bilik pejabatnya. Eeeiii paling berlagak. Sorry pun takde. Macam manalah aku nak survive kerja dengan mamat ni. Aku menghela nafas panjang. Tanpa berlengah aku terus menuju ke bilik mesin photocopy dan menyelesaikan apa yang patut.
VOCÊ ESTÁ LENDO
Story of My Life
RomancePreviously known as Mr Perfect Vs Ms Clumsy Shara Azhar Gadis berumur 20 tahun. Clumsy. Pelupa. Ditinggalkan ketika usia perkahwinan beberapa bulan dengan Zafran lelaki yang tidak pernah dikenali dan dicintai. Dia binggung atas statusnya sebagai seo...