The other side of him

256 15 1
                                    

Shara
Bunyi whatsapp notification di iPhone5 ku kedengaran berulang kali tanpa henti. Ahh siapa pulak yang menggangu tidur aku ni. Mataku buka separuh.. Aku mengambil iPhoneku yang berada di sebelah tanganku. Mukaku kerutkan. What? Pukul berapa dah ni. Uwaaa.. Kenapa semua gelap. Bateri Hp pun tinggal nyawa-nyawa ikan je. Dalah screen pun pecah apa pun tak nampak😢 semua gara-gara mamat ego, kekwat, eeiii benci betul aku.

Aku bingkas bangun dan membuka lampu bilik. Sunyi. Jam putih yang tergantung di penjuru dinding ku kerling. Pukul 9.30 PM. OMG! Aku tak solat asar dan magrib lagi. Ya Allah apalah yang aku buat sampai rasa penat sangat ni? Mungkin penat dari majlis semalam tak hilang lagi agaknya. Walaupun majlis yang diadakan cukup sederhana tetapi masih rasa penat sebab melayan saudara mara yang tak habis-habis menyakat kami pengantin baru. Kalaulah mereka tahu hal yang sebenar. Bisikku dalam hati.

Inai merah dijari ku aku tenung. Hurm..Tak sangka pulak yang aku dah jadi isteri orang seawal umur 20-an. Tiba-tiba perut ku mula berkeroncong minta diisis. Ya Allah jangan sampai gastrik sudah. Aku memegang perutku. Hurm baik aku mandi dulu kemudian keluar ke dapur tengok makanan apa yag ada. Aku mencapai tuala dan terus berlalu ke bilik mandi untuk membersihkan diri.

--------------------------------------
Pintu bilik ku kuak. Kenapa gelap ni. Takde orang ke? Kepala ku jengah sedikit dari bawah ke tingkat atas menerusi tangga dihadapan bilik ku. Gelap dan sunyi. Mana pulak mamat ni. Getus hatiku.
Setelah yakin bahawa tiada orang di dalam rumah ni. Aku memanjangkan kaki ke arah dapur. Aku lihat terdapat 2 buah mangkuk hidangan bertutup di atas meja makan. Aku mengangkat penutup tersebut dan bau asam pedas mula menusuk ke hidungku. Wah.. SlSedapnya asam pedas ikan pari. Rezki betul malam ni. Aku lihat 2 buah pinggang telah siap tersedia. Pinggang aku capai dan terus menuju ke periuk nasi elektrik yang terdapat di atas meja kabinet. Lampu masih bernyala nenunjukkan yang nasi masih dalam keadaan warm.

Ku lihat ada sticky note dilekatkan di atas penutup nasi.

Please eat your dinner and make sure you wash the dish after finish. Don'l let any unwashed dish inside the sink.
-ZA-

ZA? Ouh.. Mungkin Zafran. Aku melekatkan note tadi di depan peti sejuk dua pintu yang berdekatan denganku. Alah tahulah aku nak kemas nanti. Ingat aku ni budak kecik suka makan sepah-sepah? Uhhh

Setelah seleasai makan ikan pari asam pedas yang teramat sedap tu. Aku pun mula mencuci pinggan kotor dan gelas minumanku. Tiba-tiba bunyi bip pada kotak pengimbas pintu utama mengejutkan aku sehingga aku terlepas pegang gelas kaca yang berada ditanganku.

Cingggg......

Auch. Aku menjerit kecil. Aku menundukkan badanku untuk mengutip kembali kaca-kaca yang telah pecah berderai di atas lantai dapur. Astagfirullah..kenapa aku ni cuai sangat. Matilah aku kalau..

"What the hell are you doing right now?" OMG! OMG! Mana aku nak lari ni.Memang matilah aku sebab mamat kekwat ni betul-betul ada dekat depan mata aku sekarang ni. Aku menunduk sambil tangan aku dah mula menggigil. Dia perasan satu sikap lelaki ini yang sedikit panas baran dan bila-bila masa je aku boleh kena maki. Lagi-lagi sebab dah pecahkan gelas mahal dia. Ahh ngeklah kau ni Shara.

"I..I.....I mintak maaf Encik. I betul-betul tak sengaja. I promise I akan ganti balik gelas kaca yang pecah ni." Jawabku taku-takut. Aku mendonggakkan kepalaku sekilas ke arahnya yang berdiri tegak dihadapanku. Anak matanya dikecilkan. Dia terus menarik pergelangan tanganku dan menolak badanku sehingga aku terdorong ke dinding pintu peti sejuk. Aku mengerang kesakitan, bukan sebab tolakan Zafran tadi tapi aku dapat rasakan ada serpihan kaca yang menusuk di tapak kaki aku. Sakit.. Badan lelaki itu dirapatkan kearah ku. Aku hanya menunduk lemah tidak berani bertentang mata dengannya. Ya Allah. Bau masam apa pulak ni? Aku mula merasa pening dan loya dengan bau masam yang mencucuk kuat dihidungku. Did he drunk? Astagfirullah. Hanya itu sahaja yang mampu aku ucapkan tika ini.

"Hei perempuan. Kau dengar sini elok-elok. Aku kahwin dengan kau, bukan sebab nak suruh kau pecahkan barang-barang yang ada dalam rumah aku ni. Isteri yang soleh, tak kan menyakitkan hati suami dia but you...perempuan tak guna! Kau bukan setakat pisau cukur tapi baru semalam aku kahwin dengan kau hari ni kau dah curang belakang aku! You're such a f**cking bitch, bitch!"

Aku tergumam. Ini bukan yang pertama kali dia menghina aku. Dadaku turun naik. Ye aku marah. Sepanjang 20 tahun aku hidup takde siapa yang berani menghina aku sebegini rupa. And he just did. Just like that... maruah aku bagaikan dipijak-pijak oleh lelaki yang sememangnya tak layak jadi suami aku. Aku cuba menolak tubuhnya tapi dia masih tidak berganjak. Aku membalas pandangan tajam ke arah anak matanya. Hati aku sakit dan aku tak kan biarkan hati ini disakiti lagi. Kaki yang sakit tidak aku hiraukan. Dengan sekuat tenaga aku menolaknya ketepi dan dengan selelip mata aku berjaya melepaskan diri. Tanpa berlebgah aku terus melulu masuk ke arah bilik aku dan mengunci pintu bilikku rapat. Setelah yakin bahawa aku tekah selamat dari cengkaman Zafran, aku terus terduduk lemah membelakangkan pintu bilikku.

Aku menangis semahunya tanpa aku sedari aku terlelap di atas lantai marmar bilikku.

------------------------
Hye lovelies! This chapter i dedicated to @mastura79 and @bintangkitkat sebab be the 1st yang rajin comment kat sini. Thank you so much for reading my book. So next chapter I akan update untuk 2 k readers since I started to write this story a few weeks ago. Muah ciked! Xoxo

Sebenarnya I tak sabar nak buat part Haikal dengan Shara.. Tapi lambat beno aih... Sabaq na.. Hihi btw I imagine Agnes Monica as Shara and Jit jatsada (thailand actot) as Zafran. Auwww i suka🙈 korang suka tak?

Story of My LifeHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin