"Ahh aku dah lambat sangat ni, aduh tak kan baru minggu pertama kerja dah buat hal Shara oi" bebel ku sambil laju memulas stereng kereta memasuki perkarangan parking bangunan Mahfuz & Co yang terletak di tengah-tengah bandar Kota. Tak sangka pula aku rezki aku kat sini lepas aku tamat pengajian dalam bidang ijazah perniagaan sebulan yang lalu. Walaupun position aku di Mahfuz & Co tidak sama dengan apa yang aku belajar masa degree tempoh hari tapi aku tetap redha menerimanya. Maklumlah zaman ekonomi tak berapa nak baik ni, graduan macam aku ni tak boleh lah nak memilih bidang kerja. Kalau tak sampai ke tualah aku mengganggur. hihi.
Nak dijadikan cerita, dua minggu lalu aku telah menerima panggilan dari syarikat gergasi Malaysia iaitu Mahfuz & Co. Sebenarnya Mahfuz & Co ni mempuanyai pelbagai anak syarikat termasuk syarikat penerbangan jet, perhotelan, hartanah dan juga automotive. Aku pun tak sangka boleh terpilih untuk interview yang kedua apabila temuduga yang pertama aku rasakan macam sipi-sipi je nak lepas.
Nama pun rezkikan. Alhamdulillah.Lepas aku park kereta, aku berlari anak menuju ke elevator yang berdekatan. Tiba-tiba kasut tumit tinggi aku tersadung pintu masuk sebelum ke elevator dan membuatkan aku tidak dapat mengimbangi badanku lantas aku terjelupuk jatuh macam kerang busuk kat situ jugak. Tiba-tiba ada satu tangan sasa menghulurkan tangannya ke arah ku. Isk! Siapa pulak ni. Getus ku di dalam hati. Bila aku angkat muka, ada susuk tubuh lelaki memakai suit kelabu yang masih lagi menghulurkan tangannya untuk membantuku. Tapi aku biarkan sahaja tanpa menyambutnya. Aku cuba untuk bangun dengan sendirinya, tapi disebabkan kakiku yang terpelicuk (Sory I'm not sure what is the correct spelling) menyukarkan lagi aku untuk mengimbangkan berat badanku di atas kasut tumit halusku. Dengan automatik lelaki tu merangkul pinggangku sebelum tubuhku jatuh lagi ke bawah lantai. Kuss semangat! Eah eah mamat ni lebih-lebih pulak tangan dia ye.. Aku cepat-cepat menarik tubuhku dari pelukan lelaki itu. Dinding bangunan itu aku paut supaya aku dapat mengimbangi badan. Duhh sakit ouh...
"Excuse me. Cik tak apa-apa ke?" Tanya mamat tu dalam keadaan cemas.
"Its ok. Dah biasa" jawab aku spontan sambil membetulkan tudungku dikepala. Handbagku yang berada dilantai ketika itu dicapai oleh mamat tu.
"Eah eah.. Awak nak buat apa dengan handbag saya tu. Awak jangan macam-macam saya ada tali pinggang hitam tau"tapi pertanyaan ku di jawab dengan senyuman nakal dari bibir mamat ni. Eah eah aku siku kau karang baru tahu.
"Hey.. Cool okay. I bukan peragut ke perogol bersiri ke. I kerja sini. And you miss beautiful?" Erk.. Amboi ada hati kau nak kenyit-kenyit mata dengan aku. Bak sini balik handbag aku. Tangan aku segera aku panjangkan untuk mengambil handbag aku yang masih dalam pegangannya.
"Sorry saya takde masa dengan semua ni. Saya dah pun lambat dan awak dah buatkan saya... Lewat 15 minit untuk sampai kat depan pintu office Dato'" aku terus berlalu menuju ke elevator dengan kaki yang terincut-incut. Tapi lelaki tu hanya geelak kecil dan sengaja membontot aku masuk sehingga ke dalam elevator. Aduh.. Menyibuk betul.
"Please janganlah marah. Let's start fresh? My name is Farrel. Farrel Eskandar. How bout you?" Lembut suaranya sambil menghulurkan tangan kanannya kearah ku. Seriously?
"Maaf saya tak bersentuhan dengan yang bukan mahram" jawabku slumber. Aku lihat mukanya kemerahan. Mungkin malu apabila ditegur oleh ku. Lepas tu dia terus menarik balik tangannya dan membetulkan tali lehernya sebelum kami betul-betul berhenti di tingkat 38 bangunan ini.
Aik mamat ni pun kerja kat level ni jugak ke? Tapi dah seminggu aku jadi PA Dato Mahfuz tak pernah pulak aku nampak kelibatnya. Hurm.
Setibanya aku dihadapan pintu glass bilik Dato' lelaki itu terlebih dahulu membuka pintu itu tanpa mengetuknya terlebih dahulu. Kurang ajarnya isk. Tak hormat orang langsung. Getus hati ku. Aku teragak-agak untuk memasuki bilik Dato' tapi apabila mendengar suara Dato' yang memanggilku dari dalam aku cepat-cepat melangkah walaupun dalam keadaan kakiku yang cedera. Adeh bertabahlah Shara sebelum kau dibuang kerja..
"Ye Dato' maaf saya lam..." Tiba-tiba percakapan ku dipotong oleh mamat tadi. Eah kau ni eak.
"Sorry uncle. Ril buat new PA uncle lambat. Tadi tak sengaja Ril terlanggar dia sampai jatuh terpeleot PA cantik manis uncle ni. Uncle tak bagitahu pun yang uncle ada PA secantik........ Gadis depan Ril ni" matanya dikecilkan kemudian dia kenyit mata kat aku pulak. Eah sibuk je mamat ni.Eiii geramnya aku. Aku dengar Dato'tergelak kecik.
"Ril kamu ni tak habis dengan sikap playboy kamu dengan perempuan. Kali ni kamu jangan pandai-pandai pula.. Shara is different. Haa Shara kaki you ok ke tidak tu? Masih boleh kerja? Kalau tak you Mc jelah. Hari ni pun semua appoitment Saya pun dah cancel. Wife saya dah tunggu, katanya dah lama tak dating bersama" ahh sweet tau Dato' ni. Memang patotlah sebab wife dia pun cantik mengalahkan model. Pertama kali aku jumpa, aku fikir Datin tu anakknya, rupanya bininya pulak. Hebat jugak Dato' ni. Maknanya mak tiri Haikal ni muda lagi lah. Untunglah... Bercakap pasal Haikal 4 bulan yang lalu kami bertemu semula setelah lebih kurang 4 tahun tak berhubung. Kami rapat kembali setelah Haikal menceritakan kisah dia dan bekas teman wanitanya yang belaku curang dengan mat saleh ketika mereka belajar di Melbourne. Dia ada jugak minta maaf padaku sebab senyap secara tiba-tiba. Dia fikir aku mungkin tak berminat nak berkawan dengan ya lagi dah. Sebab tu dia ambil keputusan untuk meneruskan perhubungan dengan Shana gadis yang aku lihat dalam gambar di Fb nya 4 tahun lalu. Bagaimana perkenalan mereka tidak pulak aku tanya sebab aku bukan urusan aku untuk mengambil tahu. Setelah aku tamat pengajian, Haikal pernah mencadangkan aku untuk terus kerja di Syarikat papanya. Tapi aku menolak lembut. Ada juga aku apply tapi aku tak nakla kemasukan aku ke Mahfuz & Co ni disebabkan perkenalan aku dengan Haikal. Berulang kali aku mengingatkannya supaya tidak membantu aku lagi dan membiarkan aku berdikari dalam mencari pekerjaan. Tapi entah bagaimana permohonan kerja aku diterima setelah berjaya melalui dua kali intrrview di syarikat gergasi ini. Mungkin juga rezki aku untuk mencuba nasib. Haikal pun seakan gembira apabila aku dapat join company papanya. Katanya senanglah nanti nak datang jengukku bila-bila masa nanti. Aku tersenyum riang bila mengingatkan Haikal.
"Hello dear.. Are you day dreaming?" Soal Dato' yang berdiri betul-betul dihadapanku. Err.. Malunya ya Allah sampai ke situ aku termenung.
"Err Dato'. Maaf saya tak sedar. Saya.."
"Alah uncle.. Mungkin dia teringatkan kisah kami kejap tadi kot. Yealah perempuan mana yang tak suka berada dalam pelukan bachelorette macam Ril ni" matanya dikenyitkan ke arah ku. What????? Ahhh annoyingnya mamat ni. Daaaaa...
Korang maca mana cerita ni? Okay tak? Rindu Zafran tak? Ke Haikal? Ke suka Farrel? Eah I kompius tau nak pilih mana satu😭. Kalau suka vote, tak suka jangan baca okay. Muah ciked. Huhu
ŞİMDİ OKUDUĞUN
Story of My Life
RomantizmPreviously known as Mr Perfect Vs Ms Clumsy Shara Azhar Gadis berumur 20 tahun. Clumsy. Pelupa. Ditinggalkan ketika usia perkahwinan beberapa bulan dengan Zafran lelaki yang tidak pernah dikenali dan dicintai. Dia binggung atas statusnya sebagai seo...