Selepas kejadian malam tu aku langsung tak keluar dari bilik aku. Kini dah 3 hari aku terperap disini. Sungguh aku tak berdaya untuk melakukan apa-apa. Setelah malam itu aku hanya mampu berjalan perlahan-lahan kerana aku masih dapat merasakan sakit dan pedih di tempat sulit aku. Aku lebih selesa berbaring tanpa membuat apa-apa, badan ku lemah. Aku hanya bangun apabila mahu menunaikan solat 5 waktu dan mandi sahaja. Tiap solatku aku tak berhenti-henti berdoa agar Tuhan memberikan aku kekuatan untuk menempuhi dugaan berumah tangga di usia yang muda. Aku sendiri keliru dengan perkahwinan tanpa cinta ini. Aku sendiri tertanya kenapa Tuhan pilih aku untuk berjumpa dengan lelaki ini seterusnya kami berkahwin walaupun jelas dan terang kami tidak mencintai satu sama lain. Kenapa Tuhan letakkan aku dalam kamus hidup lelaki yang sombong, angkuh dan kejam macam Zafran? Apa salah aku??? Tapi mujur aku masih waras dan beriman. Aku hanya memohon keampuan dariNya. Aku berdoa supa suamiku di lembutkan hatinya. Aku tak pasti apa yang telah terjadi pada Zafran sebelum ini. Tapi dari malam itu aku dapat melihat kebencian di mata Zafran pada perempuan lebih-lebih lagi perempuan yang bernama Sofea. Siapa Sofea? Ahh tapi tu bukan alasan untuk dia memperkosa aku!! Aku benci dia sehingga aku tak sanggup untuk bertemu muka dengannya. Semenjak dari kejadian itu juga aku tidak pernah bersua dengannya. Mengikut kata Che Kiah dah dua malam Zafran tak pulang ke sini. Dan selama dua hari Che Kiah masuk kerja ni jugaklah Che Kiah yang banyak membantu mrnjaga ku yang lemah. Masa hari Isnin lepas, Che Kiah terkejut apabila melihat ruang tamu seperti di masuki pencuri setelah bercuti pada hari Sabtu dan Ahad. Aku menerangkan padanya yang aku terlanggar pasu bunga menyebabkan pasu bunga di ruang tamu itu pecah. Aku meminta maaf sebab tak dapat nak kemaskan semula kerana aku berasa tidak sihat semenjak dua menjak ini. Che Kiah hanya menganguk-angguk tanda faham. Aku pula terpaksa berbohong agar aku tidak membuatkannya risau akan keadaan aku.
Setelah beberapa hari memerapkan dan mengasingkan diri di rumah ini, aku akhirnya membuat keputusan untuk pulang ke rumah orang tuaku sebelum pulang ke kampus untuk semester baru yang akan bermula tidak lama lagi.
Seperti biasa mama dengan babah pasti akan bertanyakan keadaan aku dan juga Zafran. Aku cuma bilang bahawa Zafran outstation selama beberapa minggu dan tidak dapat menghantar aku pulang ke kampus munggu hadapan. Setelah itu mama dan babah pun tak berani nak tanya mengenai Zafran padaku. Ye aku kira inilah yang terbaik buat aku. Aku tidak akan sesekali menceritakan perkara sebenar pada mama dan babah. Biarlah aku berbohong agar mama dan babah percaya yang perkahwinan mengejut aku ni merupakan pilihan aku yang tepat dan mereka tidak perlu risau akan satu-satunya anak perempuan mereka. Yang aku mahu ialah kebahagiaan mereka.
-----------------------
Seminggu telah berlalu dan kini tiba masa aku untuk pulang ke kampus aku di Perak. Sebelum pulang aku singgah sebentar di pent house Zafran untuk berjumpa Che Kiah buat kali terakhir. Aku harap Zafran takde di rumah ketika ini kerana aku masih belum boleh memaafkannya atas apa yang telah dilakukan ke atas ku.Setibanya di pent house, aku terdengar suara esak tangis Che Kiah dari arah dapur. Aku lihat Che Kiah sedang berdiri sambil memegang sehelai kertas putih. Aku cepat-cepat mendapatkan Che Kiah dan bertanyakannya apa yang telah terjadi padanya sepanjang ketiadaan aku disini. Kata Che Kiah semenjak aku balik ke rumah orang tua ku, Zafran tidak pernah lagi menjejakkan kaki ke pent house ini lagi. Tapi pagi ni bila Che Kiah pergi kerja seperti biasa, dia terjumpa sekeping surat di atas katil Zafran. Apabila di buka dan dibaca barulah Che Kiah tahu yang Zafran telah pergi meninggalkannya dan kembali ke UK untuk selamanya. Katanya Che Kiah masih boleh datang menjenguk dan menjaga pent housenya seperti biasa selama mana yang Che Kiah mahu. Gajinya tetap akan berjalan seperti biasa dan dia juga ada berpesan supaya tidak menghebohkan perkahwinan kami pada orang lain. Aku terkedu. Sejujurnya aku bingung dengan setiap tindakan yang di ambil oleh lelaki yang menjadi suaminya ini. Bermakna aku ditinggalkan dalam keadaan gantung tak bertalikah?? Aku terduduk lesu dilantai.
Sememangnya aku membenci lelaki ini sepenuh hati aku. Walaupun aku tidak mempunyai perasaan padanya, tapi mana mungkin dia tinggalkan aku saat aku telah pun disentuhinya? Apa yang aku nak beritahu pada kedua orang tua ku nanti? Saudara mara? Apa pula status perkahwinan kami selepas ini? Macam mana kalau aku mengandung??? Ahhh semua persoalan tu menyesakkan lagi fikiran aku. I just hate you Zafran! I tak kan maafkan you dan kita tak akan pernah berjumpa lagi selepas ini. Infact perkahwinan ni tak bermakna apa-apa bagi I dari dulu kini dan selamanya! Itu tekadku saat ini. Melupakan perkahwinan ini dan juga Zafran. Tapi melupakan bukan bermaksud memaafkan. Aku tak kan maafkan Zafran walaubagaimana sekalipun. Titik. Biarlah kejadian malam itu menjadi sejarah hitam dalam hidup aku dan tidak akan pernah terjadi lagi dalam hidupku.
---------------------------
"Babe! Finally kita dah masuk final year!!!" Jerit Nina padaku apabila kami sama-sama mengemas bilik hostel kami. Kami tiba di hostel kolej pagi tadi dan sehingga kini masih banyak lagi barang-barang kami yang tak sempat disusun.
"Kan.. Omg Nina I tak sabar nak habis study and grad. I nak sambung degree kalau boleh tapi tak nak sambung in Ceramics please" kataku kepada Nina.
"Habis tu you nak continue apa Shara?" Balas Nina pulak.
"Hurm mungkin in Business? I nak jadi business woman. Gittuh. Hihi" aku tersenyum simpul dengan angan-anganku sendiri. Alah kita hanya mampu merancang kan. Apa pun Tuhan yang akan tentukan.
"Ok jugak tu Sha. Eah by the way apa cerita senior you Haikal tu?"
"Haikal? Ouh entah. Since that day kitorang tak perbah contact lagi. You ada contact dia?"
"Nope. The last tine pun masa hari kita keluar samalah. Beria dia carik FB I dekat friend list you semata nak bagitahu yang dia nak jumpa you. Tulah orang nak dekat dia tapi ada orang tu jual mahal. Sekarang bila dah takde terindu-rindulah tu kan?" Usik Nina padaku. Ahh aku sendiri hairan kenapa sehingga hari ini Haikal masih belum menghubunginya lagi. Dah lupa aku ke? Mungkin sebab dah jumpa minah saleh kat sana jadi aku diketepikan. Hurm.. Kakau ikutkan dah hampir dua minggu Haikal fly ke melbourne tapi satu khabar berita pun takde. Pelik.
"Banyaklah you Na"aku hanya mampu tersenyum walaupun dalam hati ku berbagai persoaalan muncul tentang kehilangan Haikal secara tiba-tiba. Ahh memang semua lelaki sukar untuk ski fahami tindak tanduk dan perasaan mereka. Aku mendengus perlahab.
YOU ARE READING
Story of My Life
RomancePreviously known as Mr Perfect Vs Ms Clumsy Shara Azhar Gadis berumur 20 tahun. Clumsy. Pelupa. Ditinggalkan ketika usia perkahwinan beberapa bulan dengan Zafran lelaki yang tidak pernah dikenali dan dicintai. Dia binggung atas statusnya sebagai seo...