A little flashback

319 22 6
                                    

"Che Kiah"
Aku separa menjerit sambil berlari anak menuju ke arah tempat Che Kiah berdiri.

Che Kiah dari jauh hanya tersenyum lebar sambil mendapatkan aku. Dia mendapangkan kedua belah tangannya sambil memelukku erat. Air matanya tumpah. Aku turut merasa sebak apabila kali pertama berjumpa Che Kiah setelah sekian lama. Kali terakhir aku berjumpa dengan Che Kiah ketika aku sedang sarat mengandung. Setelah lama berpelukan, wajahnya aku tenung sambil air mata kami jatuh berjuraian.

"Che Kiah sihat?" tanyaku dalam keadaan sebak. Hanya Che Kiah dan suaminya sahaja yang mengetahui kisah aku dan Zafran. Jadi perasaan sebak tu lain macam sedikit. Masing-masing bagaikan meluahkan sesuatu yang selama ini di pendam. Segala kenangan lalu mengusik jiwaku bagaikan flashback.

~~~~~~~~~~~~

Flashback

"Shara, kamu tu dah sarat beno Che Kiah tengok. Larat ke kamu ulang alik selalu KL ke Sri Iskandar ni? Kesian Che Kiah tengok kamu ni" Bebel Che Kiah apabila sesekali aku pulang ke pent house milik Zafran. Walaupun kandungan ku telah masuk tujuh bulan, tapi aku masih aktif lagi bergerak ke sana ke sini. Dengan menanamkan niat dan azam untuk menghabiskan semester ku yang terakhir sebelum melahirkan anak pertamaku, aku gagahkan diri juga menyiapkan kerja-kerja projek akhir aku.

Alhamdulillah sepanjang mengandung ni ramai juga rakan-rakan sekelas dan juga pensyarah membantu. Lebih-lebih lagi bila bab angkat-angkat sculpture ni. Entah macam mana aku boleh segigih ni untuk meneruskan pengajianku di Universiti ini dengan perut memboyot.

Pada peringkat awal kandungan ku, aku mengalami alahan teruk di waktu malam. Nina yang merupakan rakan sebilik dan juga teman baik aku turut bersimpati dengan keadaan aku. Pada mulanya agak terkejut jugaklah bila dapat tahu yag aku sebenarnya dah kahwin dan sekarang ni mengandung pulak. Perlahan-lahan aku cuba cerita pada Nina, tapi bukan semua. Nina cuma tahu yang aku berkahwin atas pilihan orang tua dan disebabkan kami tidak mencintai satu sama lain, kami sama-sama mengambil keputusan untuk berpisah dan tak pulak aku sangka yang aku termengandung. Haa lebih kurang macam tulah. Apabila Nina mendengarkan cerita sadis aku tu, dia terus menangis tersedu sedan. Alahai Nina, maafkan I sebab terpaksa tipu you. Kalaulah you tahu keadaan dan cerita yang sebenar I, mesti tujuh hari tujuh malam you menangis sama dengan I.

Tapi aku kena kuat. Walaupun aku bencikan ayah pada anak yang aku kandungkan ni. I tetap berazam nak membesarkan dia walaupun sebagai ibu tunggal. Ujian yang datang selepas aku ditinggalkan Zafran kuat sangat. Beberapa bulan yang lalu babah pula jatuh sakit. Untuk pengetahuan semua, keluarga aku semua masih tak tahu punca sebenar perkahwinan kami. Zafran tinggalkan aku tanpa sebarang kata dan berita. Mungkin babah jatuh sakit sebab tak sangka Zafran akan buat satu-satunya anak perempuannya begini rupa. Tapi babah yang sememangnya hati lembut tak pernah mengungkit atau berkata buruk soal Zafran. Sememangnya nama Zafran tak pernah muncul dibibir kami semua semenjak kehilangannya. Cuma Abang Zin je yang masih marah, dengan aku aku sekali dia berperangai dingin. Tapi aku tahu jauh disudut hatinya, dia masih sayangkan aku dan juga kandunganku ini. Buktinya sebab setiap kali aku ada pemeriksaan bulanan di klinik berdekatan, mesti Abang Zin tiba-tiba ada di rumah. Bila ditanya kenapa tak kerja,katanya cuti penat. Tapi bila mama dan babah sibuk bercerita tentang perkembangan kandungan ku. Mukanya hanya dicebikkan tapi dia masih setia menunggu sehingga habis. See.. see.. nak tahu jugak tapi ego Abang Zin ni mengalahkan...err apa-apa jelah.

Lepas babah jatuh sakit dan kini semakin kembali sihat. Aku pulak kena tahan telinga dengan umpatan saudara mara dan kawan-kawan Universiti ku. Sampaikan aku banyak menyisihkan diri dari berjumpa saudara mara dan keluar dengan kawan-kawan. Bukan sebab malu, tapi aku perlukan ketenangan. Sesungguhnya tiada apa yang perlu aku malukan sebabnya anak yang aku kandungkan ini merupakan anak yang sah. Mulut orang biasalah bukan kita boleh tutup. Bukan aku berlagak cool dan tak endah apa orang sekeliling aku yang suka mengata, pernah jugak aku dalam keadaan yang depressed selama seminggu dan akhirnya aku jatuh sakit sehingga terpaksa di tahan di dalam wad selama beberapa hari.

Story of My LifeWhere stories live. Discover now