Broken

244 16 1
                                    

"So what are you doing here young lady? Tak reti bawak masuk bilik ke lugage kau tu? Kau jangan ingat aku ni kuli kau pulak sampai bag kau sendiri nak aku angkatkan" Tanya Zafran sinis sambil mengambil tempat di sofa yang berada tidak jauh dari tempat aku berdiri. Ahh dia ni kalau bercakap tak boleh ke kalau tak menyakitkan hati orang? Mataku memandang tepat oasa bag lugage kecil ke yang berada di hadapanku.

"Ops. Actually I tak perasan bilik mana satu yang Encik maksudkan tadi. By the way, you've such a beautiful pent house." Aku puji ikhlas. Sememangnya pent house ni cantik. Tapi sayang rasa macam kosong disebabkan tuannya yang dingin sama macam suasana rumah ni. Takde penyeri. Eah pepandai pulak aku comment. Zafran diam tanpa memperdulikan aku.

"Dah kau boleh guna bilik kedua dari hujung ni. Yang penting jangan sesekali masuk bilik hujung tu. Ingat" pesannya padaku. Keras. Ahh suka tinggi-tinggi suara. Ingat aku ni kucing? Huh.

"Hmm okay. Got it" malas aku nak bertekak dengan Zafran lagi. Tiba-tiba badan terasa letih. Baik aku masuk berehat dulu dan solat asar. Aku melangkah malas masuk ke bilik yang di maksudkan.

"Subhanallah. Besar dan cantiknya bilik ni. Semuanya warna putih. Ahhh Im in love...😍.

Rasa macam tak percaya, bilik aku je pun dah sebesar ini apa ntah lagi bilik dia kan? Mesti lagi besar. Aku tersemyum puas sambil melemparkan badan ku di atas katil bersaiz Queen dihadapanku. Kipas di ceiling aku tenung.. hiasan dalaman bilik ni pun dah cukup menenangkan. Putih semuanya. Suci. Mata aku pun semakin layu mengikuti gerak pusingan kipas di atas kepala ku. Mataku semakin layu kemudian aku hanyut dalam duniaku sendiri.


_____________________________________________________

Zafran

Aku masih menghadap televisyen 40 inci yang terletak di ruang tamu. Takde siaran yang menarik waktu petang macam ni. Aku lantas mematikan televisyen dan berbaring malas menghadap ceiling. Wajah Sofea terbayang di fikirannya. Ahh susah aku nak melupakan kau Sofea. Tiba-tiba ringtone Iphone6 nya berbunyu. Tertera nombor yang tidak aku kenali. Setelah beberapa kali deringan baru aku angkat.

"Hello" Zafran menghela nafas dalam. Haih apa lagi yang papa aku nak ni. Dah sebulan aku balik ke Kuala Lumpur baru ni nak carik? Hari tu beria sangat suruh aku balik sini.

"Yes pa. Yes I'm here in KL. You said you wanted to discuss something with me a month ago but you just.. Never mind just forget about it. I will.. But not at your house. Lets meet up somewhere else. No no... Not at your hotel. Let me decide then I'll let you know pa. Yeah okay.. I'll see you soon."
Selepas itu aku mematikan talian panggilan. Aku bingkas bangun dan menuju ke tingkat atas dimana ditempatkan bilik aku.

Baru separuh tangga ku panjat, tiba-tiba dengar suara Che Kiah.

"Tuan Zafran, makan malam Che Kiah dah sediakan atas meja. Nanti Tuan dengan Puan Shara makan ye. Che Kiah nak balik dulu. Pak Mael dah tunggu kat bawah tu. Nanti kirim salam Puan Shara ye" ucap Che Kiah sambil tergesa-gesa menanggalkan apron yang berada di badannya.

"Baiklah Che Kiah. Nanti saya makan. Esok macam biasa ye Che Kiah. Jangan lambat. Terima kasih untuk hari ni" Aku sekadar berbasa basi. Sesungguhnya dia cukup menyayangi Che Kiah tetapi egonya terlalu tinggi. Nak tunjukkan sayang? Hmm jauh sekali. Cukuplah Che Kiah dan Pak Mael tahu yang aku sentiasa ada untuk mereka selagi mereka setia dengan aku.

------------------------------
Seperti yang dijanjikan, aku melangkah masuk ke 360 restaurant yang terletak di tingkat atas Federal Hotel. Aku datang 10 minit lebih awal seperti yang dijanjikan.
Sebelum itu sempat lagi aku masuk tandas lelaki. Cermin besar dihadapanku aku tenung. Rambut ku yang panjang sedikit aku sisir kebelakang. Janggut dan misai aku cukur rapi. Tiba-tiba aku terperasankan inai yang masih merah dijari tengah, telunjuk dan juga jari manis di tangan kiri aku. Shit!

Aku cuba basuh tapi tak hilang. Damn! Kalaulah aku tak setuju kata Che Kiah tempoh hari yang beria-ria suruh aku berinai juga. Maklumlah Che Kiah tak punya anak jadi bila dia kata dia gembira tengok yang aku akhirnya baakl menamatkan zaman bujang, maka permintaannya cuma satu, nak pakaikan inai dijari aku bila aku kahwin nanti. Sekarang menyesal pun tak guna. Haish. Ahh lantaklah pandai-pandailah aku cover nanti.

Tiba-tiba aku teringatkan Shara yang berada dirumah. Apa agaknya yang dia tengah buat sekarang ni ye? Dah makan ke? Mesti dia bosan sorang-sorang duduk kat rumah tu. Lantas iPhone6 dikeluarkan sambil tangannya laju mencari nama Shara di dalam contact iPhone.

Sambil tu aku mula mengatur langkah keluar dari toilet. Panggilan aku masih tak berjawab. Cis! Aku benci betul kalau bila aku call tapi tak angkat. Elok campak kan aje hp kau tu dari tingkat 33 tu Shara. Getus hati aku geram.

Sedang aku ralit tiba-tiba bahu ku terlanggar seseorang sehingga membuatkan iPhone aku terlepas dari pegangan. Pantang betul aku kalau jalan tu tak tengok depan. Darah mula naik ke atas.

"What the f**k!" Carut ku.

"Excuse me, pardon me?" Kedengaran suara perempuan separuh meninggi. Tapi suara tu tiba-tiba buat jantungku laju. Aku pastas mengangkat wajahku untuk melihat empunya suara. Aku terkedu. Sofea?

"Sofie? What the hell are you doing here? " suaraku mula menekan. Mataku merah menahan api kemarahan.

"Zaf... Look! I know how much you hate me but please. I am here because your father want us to have a dinner as a family. I just don't want to make him dissappointed with you anymore. He's done so much to gather all of us. Here." Nada  Sofea seakan merayu. Dia kelihatan tenang. Masih seperti dulu. Cantik, bahkan makin cantik. Anak matanya yang bundar mempersonakan aku. Ahh persetankan semua tu. She's a bitch and you won't fall for a bitch like her again. Keningku aku kerutkan lagi.

"Hell no! What are you thinking? Don't you ever dare to call us as a family. A gold digger bitch like you will never ever be part of my family. Please get your ass out from here or else I'll leave without seeing my father first" aku mula meninggikan suara. Jengkel aku dengar perkataan family dari mulutnya. Aku berkira-kira untuk pergi tapi badanku di halang oleh Sofea.

"Okay-okay I'll leave! But please go and see your father. He missed you so much. It's been 6 years Zaf, 6 fucking years. I hope we can get over this. I'm fresking tired with your cold and silent treatment from you all this time. If you hate me, that's fine with me but please respect your father." Aku memandang tangannya yang berada di tanganku. Tajam. Melihatkan reaksi aku, dia cepat-cepat melepaskan pegangannya.

"Just leave!" Kataku sambil beredar dari situ. Kemeja polo hitam aku betulkan sedikit lalu aku menapak ke arah meja yang telah aku tempah petabg tadi. Kelihatan papa dan juga Haikal telah berada di meja tersebut. Senyuman kelat aku lemparkan pada papa. Aku bersalam dengannya dan seperti 6 tahun lalu papa masih memeluk aku setiap kali kami berjumpa. Tapi kali ni lebih lama. Jelas kelihatan dari rayt wajahnya bahawa dia merindui saat-saat ini. Huh semua gara-gara perempuan itu yang telah memporak perandakan keluarga aku.

Setelah bertanya khabar. Aku mengambil tempat di sebelah Haikal. Namun Haikal yang ralit dengan hpnya langsung tidak mengindahkan kewujudan aku. Huh.

"Kal, abang kamu ada kat sini tak ke kamu patut berpelukan daripada kamu sibuk dengan hp kamu tu. Tak kemana lah dengan buah hati kamu tu.." Suara papa memecahkan keheningan. Haikal mengangkat mukanya dan memandang aku disisinya.

"Hi bro whats up!" Tanyanya. Lepas tu matanya dikalihkan semula ke hp.

----------------

Hi! Sorry kalau chapter ni pun boring jugak. Nanti i buat part Shara dengan mr perfect dia cepat sikit okay. Act i pun dah ngantuk sangat. Ingatkan nk update sampai part lain tp taj boleh tahab sgt so besok i sambung ye. Btw korang suka tak Zafran dengan Sofea? Jeng jeng! Pape pun thank you for reading and thank u pada yang vote. Nanti i update part best untuk readers yg pertana add my book dalam reading list dia tu okay. Stay tuned! Xoxo

Story of My LifeWo Geschichten leben. Entdecke jetzt