Shara
Hari ni aku bangun pagi seperti biasa. Semalam merupakan hari yang paling disaster dalam hidup aku. Well tak sangka si Melissa bertindak lebih jauh daripada apa yang aku expect. Habis account FB, Twitter dan Instagram aku menjadi mangsa sumpah seranah Melissa. Selepas Haikal hantar aku dikolej dalam keadaan basah kuyup semalam, aku sempat lagi buka kesemua account sosial mediaku untuk melihat update terbaru dari kawan-kawan fakultinya. Ternyata memang kes memalukan di Uptown Cafe semalam betul-betul tersebar luas dikalangan teman-teman Universitinya. Semua gara-gara update post dari Melissa yang meroyan. Gila ke apa perempuan ni. Suka sangat cari publicity murahan macam ni. Ahh macam manalah aku boleh terjebak dengan Haraz dan gf gilanya tu.
Aku tengok jam dah pukul 6 pagi. Aku bingkas bangun untuk mandi dan menunaikan solat subuh. Setelah selesai subuh aku panjangkan doaku pada yang Maha Esa.
'Ya Allah. Berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi hari-hariku disini. Jauhkanlah aku dari fitnah dan tomahan dari mereka. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Amin'
Wajah ku, ku raub. Tenang. Aku masih berteleku di sejadah pink emas pemberian mama. Lama. Tiba-tiba hatiku jadi sebak bila mengingati kedua ibu bapaku. Aku rindu. Pantas aku mencapai iPhone 5 ku lalu mendail nombor telefon mama. Bip bip..
Tidak lama kemudian aku mendengar suara ceria mama dihujung talian.
"Assalamualaikum anak mama. Adik buat apa ni pagi-pagi dah call mama?"
"Waalaikumsalam mama" Suara ku mula menahan sebak. Aku diam seketika.
"Adik? Kenapa ni? Is everything okay?" Tanya mama dalam keadaan risau.
"Eah ma. Takde apalah pagi-pagi ni biasalah suara ngantuk. Lagipun adik cuma rindu mama dengan babah je. Rasa macam dah lama tak balik KL" Aku cuba tipu supaya mama tak risaukan aku.
"Lah 2 minggu lepas adik baru je balik rumah. Dah rindu. Minggu depan baliklah okay? Hari ni ada kelas ke? Dah siap ke sculpture besar adik tu. Aish badan je kecik tapi buat kerja berat-berat" Bebel mama.
"Alah ma mestilah rindu. Adikkan anak mama. Hee. Lah.. berat-berat ni semua ada senior adik yang tolong. Nasib baik ada senior yang sporting ma. Kalau tak rasa nak quit je dari belajar"
"Aish. Kamu ni tak habis-habis nak berhenti belajar. Dari tahun 1 sampai sekarang takde jugak kamu berhenti. Teruskan jelah dah separuh jalan. Sayang." Mama sambung bebel lagi. Adeh T.T
"Yealah ma. Alah adik gurau-gurau je. In Syaa Allah selagi ada daya adik teruskan jelah. Tapi ma kalau adik tukar bidang boleh?"
"Pulak isk macam-macam kamu ni. Dalah mama nak turun bawah nak kejut adik kamu pergi sekolah. Karang lambat bising pulak babah. Mama pun nak siap-siap pergi sekolah ni"
"Alah ma..tak boleh cakap lama sikit. Sob. Okaylah nanti habis kelas adik call lagi ye. Love you muah muah"
"Ok anak mama buntat intan payung. Nanti mama call okay. Love you 2 3 4 5. Muah. Bye Assalamualaikum" Aku tersemyum lebar mendengar ayat terakhir mama setiap kali sebelum kami menamatkan panggilan telefon. Aku memang manja dengan mama. Maklumlah aku satu-satunya anak perempuannya. Walaupun aku bukan yang bongsu tapi disebakan beza jarak umur aku dengan adik lelaki aku 6 tahun maka aku punya manja tu mengalahkan yang bongsu. Nasib adik aku lelaki kalau tak pasti kami akan kerap bergaduh. Huhuhu.
IPhone 5 ku campak di atas katil single aku. Aku lihat Nina masih lagi diulit minpi. Takde kelas ke minah ni?
"Na, bangun. Dah pukul 6.30 am dah ni. Alarm clock you tu pun dari tadi dok berbunyik" sambil tanganku menggoyangkan bahu Nina sedikit. Nina bergerak memusingkan badan ke arahku. Tangannya laju mencapai jam kecil di tepi katilnya. Matanya dibuka separuh sambil menguap panjang.
KAMU SEDANG MEMBACA
Story of My Life
RomansaPreviously known as Mr Perfect Vs Ms Clumsy Shara Azhar Gadis berumur 20 tahun. Clumsy. Pelupa. Ditinggalkan ketika usia perkahwinan beberapa bulan dengan Zafran lelaki yang tidak pernah dikenali dan dicintai. Dia binggung atas statusnya sebagai seo...