Zafran
Dah seminggu Zafran pulang ke tanah air. Kepulangannya ke Malaysia secara mengejut itupun hanya kerana Dato' Mahfuz yang beria memintanya untuk pulang, katanya ada hal penting untuk diberitahu. Tapi tidak pula dia memberitahu sebab apa. Dia tiba di KL pada hari Jumaat yang lepas akan tetapi sehingga hari ini bayang ayahnya masih tidak kelihatan. Zafran malas hendak mencari ayahnya, sekiranya ayahnya merasakan sesuatu yang penting perlu disampaikan sudah tentu dia sudah lama mencarinya di KL ini.
Tidak dinafikan semenjak kematian Bondanya 4 tahun lepas, hubungan Zafran dan ayahnya tidak begitu baik dan mesra. Ini kerana Zafran masih belum dapat menerima kenyataan yang ayahnya telah berkahwin lain setelah 6 bulan kematian Bondanya yang tercinta. Perasaan marah dan kecewa dengan keputusan terburu-buru ayahnya. Apa tah lagi bila dia mendapat tahu yang bakal isteri baru ayahnya itu merupakan PA nya sendiri dan dirasakan terlalu muda untuk menjadi pengganti Bondanya. Mana taknya PA nya yang bernama Sofea cuma beza dua tahun daripadanya ketika itu.
Dia pun tidak menyangka yang Sofea akan menjadi ibu tirinya. Dia benar-benar tidak menyangka yang wanita dicintainya selama ini akhirnya memilih lelaki tua merangkap ayahnya untuk dijadikan suami. Selama 6 tahun dia menyemai perasaan bersama Sofea. Sejak dari zaman Universiti di UK lagi mereka telah bersama. Tidak dinafikan Zafran memang lebih tertarik dengan wanita yang lebih tua darinya berbanding yang sama baya atau bawah umur darinya. Zafran sukakan perwatakan Sofea yang matang dan berdikari. Dia masih ingat kali pertama dia bertemu dengan Sofea di salah sebuah coffee shop berdekatan dengan Universitinya yang terletak di South Yorkshire, UK 10 tahun yang lalu ketika dia berumur 20 tahun manakala Sofea 22 tahun.
............................................
Coffee Revolution, Sheffield.
Spring (2007, March)
Suhu di Sheffield hari itu mencecah 8'C. Zafran baru sahaja tamat kelas pada hari itu. Kakinya laju melangkah ke Coffee Revolution yang terletak berhampiran Universitinya. Di Coffee shop inilah dia dan rakan-rakannya selalu menghabiskan waktu menyiapkan assisgment yang telah diberikan. Tapi kali ini niatnya untuk pergi singgah ke Coffee Revolution bukan kerana mahu berjumpa rakan-rakannya yang lain tapi kerana seorang gadis.
Ye seorang gadis yang telah lama menarik perhatiannya sejak dia menjejakkan kaki di bumi England ini. Hari ini dia perlu memberanikan diri untuk menegur gadis yang dimaksudkannya. Ini kerana seminggu sahaja lagi mereka akan mula bercuti untuk menyambut Hari Easter dan dia tidak mahu melepaskan peluang untuk mendekati gadis yang berjaya menawan hatinya itu.
Doorbell pintu cafe berbunyi tanda ada pelanggan baru yang masuk.
Sofea memandang ke arah pintu masuk sambil melemparkan senyuman pada pelanggan yang masuk ke cafe.
"Good afternoon Sir! Would you like to have some coffee, tea or chocolate?" Tanya Sofea ramah dan penuh semangat kepada lelaki di hadapannya. Sofea pasti lelaki dihadapannya ini orang Malaysia dan merupakan salah seorang student di Universiti tempatnya belajar. Ini kerana dia sering kali melihat lelaki ini mengulang kaji atau menyiapkan assignmentnya bersama rakan-rakan se-Malaysia disini. Di tenung wajah lelaki itu kehairanan kerana soalannya tidak dijawab.
"Oh sorry, just give me hot chocolate with.." balas lelaki itu tetapi Sofea sempat mencelah.
"With pearl and extra whip on top of it.. And yeah 30% sugar and 30% ice" Sambung Sofea sambil tergelak kecil. Suka dia melihat wajah lelaki dihadapannya terpegun seakan tidak percaya kerana dia tahu itulah minuman kegemaran yang seringkali di pesan oleh lekaki ini apabila singgah di coffee shop ini. Diam tak diam Sofea selalu memerhatikan lelaki ini. Terselit juga perasaan ingin tahu dan mengenalinya lebih dalam lagi. Tak disangka lelaki ini datang di tempat kerja sambilannya sebelum dia kembali ke Malaysia setelah tamat peperiksaan lebih kurang dua minggu lagi.
Dilihat lelaki dihadapannya juga turut tergelak kecil dan tanpa diduga sehelai nota kecil terselit bersama beberapa note kertas daripada lelaki tadi. Kemudian lelaki tadi terus berlalu pergi dengan riak wajah yang ceria sambil mengenyit mata ke arah Sofea.
Aduh.. Boleh pingsan aku tengok senyum dia yang macam Zac Efron ni. Tinggi, muka ala kacukan mat salleh dan juga ada chinese look, mata yang sedikit kecil dengan anak mata yang keperangan. Sekali senyum ada lesung pipit dibelah kiri pipinya. Dalam. Bisik hati Sofea. Am I really falling in love right now? Ouch... I feels butterflies inside my tummy.
Hye lovelies! Sorry for the borring chapter.. Im just trying to plot a story from the beginning.. And started to build each character dengan lebih dalam. So just bear with it and I'll try to improve the story line and any penyusunan ayat from time to time. Please bear in mind that this is a very spontaneous writting and no editing.. So please maaflan kalau ada grammatical mistake and typo error. Ouh yeah, so if korang nak tahu apa kena mengena watak-watak dalam cerita ni mestilah stay tune okay.. Please do vote and comment... So it will be more exciting and interesting for me to write. Thank you for reading!😍
YOU ARE READING
Story of My Life
RomancePreviously known as Mr Perfect Vs Ms Clumsy Shara Azhar Gadis berumur 20 tahun. Clumsy. Pelupa. Ditinggalkan ketika usia perkahwinan beberapa bulan dengan Zafran lelaki yang tidak pernah dikenali dan dicintai. Dia binggung atas statusnya sebagai seo...