Rumah warga emas Al-Annur

311 19 2
                                    

Hari ini dalam sejarah. Aku lihat Zafran ketawa. Tubuhku kaku seolah tidak percaya dengan apa yang dilihat oleh ku kini. Zafran berhenti ketawa secara tiba-tiba apabila melihat aku yang tak ubah seperti patung terkejut. Dia pula merenungku. Mata kami bertaut. Lama. Seolah-olah cuba untuk membetitahu sesuatu. Tapi.. Tiba-tiba Zafran mengalihkan pandangannya.

"Kita dah lambat. Perasmian start pukul 10. Now dah 9.20 pagi. Cepat masuk dalam kereta" arahnya dengan nada dan riak wajah yang serious"

See.. Nampak tak penyakit bipolar dia tu. Tak faham aku. Aku pula rasa malu. Cepat-cepat aku masuk dalam kereta. Sepanjang perjalanan masing-masing diam seribu bahasa. Aku pun hanya melayan perasaan.

Setelah lebih kurang 10 minit perjalanan dari tempat kami tadi, kini kereta Harmer Zafran berhenti betul-betul di hadapan rumah kebajikan warga emas Al-Annur. Ini kali pertama aku menjejakkan kaki ke rumah orang-orang tua jadi perasaan eksaited tu terlebih-lebih pula. Aku tersenyum ceria apabila keluar dari isi perut kereta Zafran.

"Tuan tahu ni first time saya datang ke tempat macam ni" Beritahu ku eksaited sambil menuju masuk ke arah pintu pagar bangunan tiga tingkat dihadapanku ini. Zafran hanya mendiamkan diri sambil berjalan beriringan denganku. Aku hanya menjeling Zafran apabila aku dapati tiada respon darinya. Uhh.. aku mencebik.

_______________________________________________________________________

"Assalamualaikum Tuan Zafran. Saya Aziz pengurus dan penjaga rumah kebajikan Al-Annur. Jemput masuk Tuan" seorang lelaki berumur menyapa kami apabila kami tiba di pintu utama dewan perasmian. Aku hanya tersenyum sambil mataku meliar melihat persekitaran dewan yang telah siap di hias. Ruang dewan juga telah dipenuhi oleh warga emas dari rumah Al-Annur.

"Waalaikumsalam En Aziz. Maaf kalau saya terlambat. Pukul 10 kan majlis kita akan bermula?" Tanya Zafran ramah.

"Eah takdelah Tuan. Kami kat sini pun baru lepas siap persiapan semua. Mujur ada staff dari pihak Tuan datang membantu. Eah marilah masuk. Kami dah sediakan bilik menunggu untuk Tuan dan.." Sambil tangan En Aziz menunjuk ke arahku yang hanya membisu sedara tadi.

"Ouh saya Shara, PA Tuan Zafran" Aku menjawab lalu menghadiahkan senyuman.

"Ouh ye Puan Shara, Tuan Zafran. Mari, saya tunjukkan biliknya sementara menunggu"

"Eah En Aziz. Tak perlulah ber puan pulak, panggil je saya Sha. Mudah dan simplekan" Aku senyum lagi sambil berjalan beriringan bersama En Aziz dan juga Zafran ke bilik yang dimaksudkan. En Aziz hanya mengangguk-anggukkan kepalanya.

_________________________________________________________________

"Puan, Tuan. Saya tinggalkan kamu berdua disini dulu takpe ke? Ada benda yang saya perlu uruskan sebelum majlis ni bermula. Nanti akan ada staff Al-Annur yang akan membantu sekiranya Tuan memerlukan apa-apa. Kat dalam tu kami ada sediakan juadah kuih muih dan air panas. Jemput minum ye. Saya mintak diri dulu" Terang En Aziz panjang lebar. Aduh nampak gayanya En Aziz ni masih tak dapat menerima informasi dari aku dengan baik sebabnya dia masih membahasakan diri aku sebagai Puan. Ades. Apa-apa jelah. Zafran hanya mengganguk dan menundukkan kepalanya sedikit sebagai tanda hormat.

Kini tinggal lah aku berdua dengan mamat bipolar ni. Suasana menjadi sunyi sepi secara tiba-tiba. Aku tanpa membuang masa, merebahkan punggung ku ke atas sofa sambil mengeluarkan ipod miniku yang berwarna biru. Earphone aku sumbatkan ke kedua belah telingaku. Hp aku pula aku keluarkan dari handbag. Seperti biasa aku lebih suka mengisi masa terluangku dengan membaca novel yang terdapat di app Wattpad aku. Aku sedar yang aku sedang diperhatikan oleh Zafran, tapi aku buat bodoh seolah kehadiran Zafran tidak wujud.

Sedang aku khusyuk membaca novel di hpku, tiba-tiba pintu bilik kami dibuka.

Muncul pula wajah yang aku tidak sangka-sangka di penghujung pintu. En Farrel. Ahh kenapa pulak aku tak tersangka, inikan projek syarikat kami. Tak hairanlah kalau En Farrel pun ada sekali. En Farrel yang terkenal dengan sifat playboynya kelihatan begitu segak dengan suit biru laut. Persis hero kpop kegilaan gadis-gadis di Malaysia ini. Aku hanya melihat sambil menghadiahkannya senyuman nipis tanda hormat.

Story of My LifeDonde viven las historias. Descúbrelo ahora