Haikal
Kereta Swift putih aku park betul-betul di hadapan pintu masuk pagar UTP. Aku tengok Shara masih termenung. Sesekali aku nampak ada air mata jernih jatuh membasahi pipinya. Mahu saja aku lapkan air mata yang jatuh itu dan pinjamkan bahu aku pada Shara. Tapi aku tahu Shara bukan perempuan yang suka pada sentuhan. Aku diam kaku ditempat duduk pemandu. Menunggu Shara untuk membuka mulut.
5 minit. Tanpa sepatah perkataan.
"Kita keluarlah.. I need some fresh air. Sejuk je tengok Masjid depan ni.. You dah solat Zohor?" Itu ayat pertama yang aku dengar dari Shara sejak kejadian tadi. Finally. Aku mengecilkan mata ku lalu aku geleng tanda aku belum menunaikan solat Zohor. Jam di tangan aku kerling. Dah pukul 2 petang. Sepatutnya aku ada kelas petang ni. Tapi disebabkan Shara aku sangup ponteng kelas semata-mata untuk menemani Shara. Kasihan Shara.. She's gone through so many things today. I won't let her cry anymore. Itu janji aku. Kemudian aku senyum.
"Jomlah kita Zohor dekat Masjid depan ni. Dah alang-alang. Lagi 15 minit kita jumpa dekat pondok kerusi depan tasik ni" sambil tangan ku halakan pada kerusi batu tak jauh dari tempat letak kereta.
Kami jalan beriringan. Senyap. Tiada sepatah kata. Setibanya di masjid kami terus berpisah. Shara memasuki ruang kawasan solat perempuan dan aku menuju ke arah ruang solat yang disedikan untuk lelaki.
Setelah 15 minit berlalu. Aku melangkah laju menuju ke tempat yang telah kami janji untuk bertemu. Dari jauh aku lihat Shara menunduk memandang rumput. Bahunya turun naik. Menangiskah dia? Ahh... Aku tak boleh tengok Shara menangis. Tak keruan hati aku. Abg Zaf dan Melissa memang melampau! Aku mendekatlan diri aku ke arah Shara.. Nak je aku tarik Shara dalam pelukan ku.. Tapi aku tahu satu sentuhan aku pada Shara akan buatkan dia lagi jauh dari aku. Yes. She's not that easy. Aku pun memang bukan jenis lelaki yang suka ambil kesempatan. Aku hormat kan Shara. Memang sikap aku jauh berbeza dengan Abg Zaf.. Abg Zaf panas baran, player dan juga ego. Tapi dulu Abg Zaf tak macam tu. Tapi sejak ayah kahwin dengan aunty Sofie 6 tahun yang lalu, Abg Zaf berubah 360" dari sifat asalnya yang pendiam dan anti sosial kepada aggresive dan juga lantang apabila berbicara. Cuma satu yang tak pernah berubah ialah sikap perahsia dalam dirinya. Sampai aku sendiri pun tak faham dengn kehidupannya yang sekarang. Hidupnya pun terpesong dari akidah seorang muslim. Ahh malas aku nak memikirkan sikap satu-satunya abang aku tu. Balik nanti aku harus bersemuka dengannya.. Banyak benda yang aku perlu tahu lebih-lebih lagi tentang kepulangannya ke Malaysia kali ini. Aku menggaru kepalaku yang tidak gatal. Kini aku berada betul-betul dihadapan Shara.. Tersedu sedan gadis ini menangis tanpa menyedari yang aku berada dihadapannya.
"Shara.. Please stop crying. Hari pun mendung kalau you tak berhenti menangis. Macam ni tak lama lagi hujan pun boleh turun" saja aku berlawak walaupun aku tahu lawak aku langsung tak masuk. Aku lihat sekeliling tasik. Memang hari seakan mahu hujan. Mendung. Macam hati Shara agaknya. Aku mengambil tempat disebelah tempat duduk Shara. Dia masih tunduk. Aku dapat rasakan titisan hujan dia atas kepalaku. Makin lama makin laju hujan turun. Lebat. Aku mula gelabah mahu berlari ke arah kereta di tempat letak kereta tapi Shara masih tidak berganjak. Aku dengar Tangisan Shara semakin kuat. Allah lemah jantung aku bila tengok perempuan dihadapannya itu menangis. Lambat-lambat aku merapatkan badan ku menghadap Shara.. Dalam keadaan hujan lebat aku masih lagi boleh mendengar esak tangis Shara.. Nangislah sepuas hati you Shara. I akan sentiasa berada disanping you. I tak kan tinggalkan you. Tangan ku alihkan ke pipinya. Menolak sedikit supaya mata kami bertentangan. Shara tidak menolak. Mata kami bertaut seketika. Dapat kurasakan kesedihan Shara kali ini. Dimalukan di khalayak ramai dua kali dalam satu hari. Kalau ikutkan tadi mahu sahaja aku bagi penumbuk sulung aku pada Melissa kerana telah memalukan Shara sebegitu rupa. She's such a bitch!
Mata redup Shara aku tenung. Seolah bagaikan memberikannya kekuatan. Lama. Sehingga aku lihat Shara tersenyum kelat lalu mengalihkan pandangannya ke arag langit. Menghayati hujan rahmat yang turun. Ahh... Saat ini aku bagaikan tidak dapat menahan diriku dari....
"Haikal!!! Apa you buat ni?!Please don't you ever dare to hug me again! I had enough dengan semua drama yang I lalui hari ni!" Aku terkesima dengan aksi pantas dari Shara. Aduh. Padan muka aku siapa suruh tak dapat kawal nafsu. Dapat sekali penangan siku tajam Shara di perut aku. Muka ku merah menahan sakit. Aku tengok Shara semakin lahu melangkah meninggalkan aku. Pasti dia marag dengan ketelanjuran perbuatan aku tadi. Shit! Wrong move Haikal!
"Shara wait! Berapa kali you nak buat I kejar you satu hari ni? Im.. Im so.. Im sorry okay! Shara! Hujan ni... Cepat masuk dalam kereta I" arah ku sambil mengejar langkah Shara yang laju. Tapi Shara yang degil tidak menghiraukan panggilanku. Dalam keadaan yang Hujan lebat agak sukar bagiku untuk mempercepatkan langkah. Setelah aku dapat menyainginya aku terus menarik pergelangan tangannya. Kuat. Aku tengok dia seolah memprotes tindakanku. Tapi apalah sangat tenaga gadis petite dihadapannya ini dengan tenaga lelakinya.
"I said stop it! Don't hurt yourself. It's raining. Please masuk kereta I, I hantar you balik before both of us catch a cold. If not I akan paksa you and dukung you masuk dalam kereta. U nak macam tu ke?" Ugutku.
"Fine!" Balas Shara dengan muka masam. Kami sama-sama berlari ke arah kereta Swift putih aku yang berada tak jauh dari tempat kami berdiri tadi.
Setibanya di dalam kereta. Kami berdua telah pun basah kuyup. Aku lihat Shara yang masih memakai sweater aku memeluk tubuhnya yang menggigil kesejukan. Aku menghidupkan enjin kereta lalu memperlahankan suhu aircond kereta. Kami diam seketika. Aku tak tahu nak mulakan perbualan macam mana dengn Shara sejak kes aku dengan tidak sengaja memeluknya dari arah hadapan. Aku perlu meminta maaf lagi sekali pada Shara. Ahh.. Lidah ku kelu. Aku menukar gear kereta dan bergerak menuju ke arah keluar pintu gerbang UTP. Setelah beberapa minit berdiam, Shara memulakan perbualan terlebih dahulu.
"Im sorry for today. I libatkan you dengan masalah I. Tapi I nak you tahu yang I dengan Haraz takde apa-apa hubungan pun. I cuma tolong dia jadi model untuk subject photography dia je. Tu je. Kami tak pernah bercakap lebih dari tu apa ntah lagi keluar berdua. I pun tak tahu macam mana Mel boleh ada idea yang I flirt dengan bf dia. She's crazy" luah Shara. Aku hanya memanadang wajah sayu Shara sekilas.. Selebihnya pandanganku beralih ke arah jalan raya. Hujan semakin reda. Tapi hati aku tidak. Perasaan ingin membelai wajah Shara semakin kuat apa ntah lagi dalam waktu sekarang. Hanya kami berdua. Dalam tidak sedar aku mengeluh panjang. Dari sisi aku dapat melihat reaksi Shara yang hairan mendengar keluhan berat dari mulutku.
"Haikal, you percaya dengan apa yang Mel cakap tadi pasal I? Ouh jadi you pun sama dengan diorang." Mukanya berkerut dan ada nada kesal dalam percakapannya.
"Shara, you've no idea how much it hurts me seeing you been treated that way. Listen to me" aku memperlahankan bunyi radio sambil mataku masih fokus di atas jalan raya. Shara masih memandangku dengan dahinya yang masih berkerut. Tanda tidak faham apa yang cuba aku sampaikan. Dia masih menunggu ayat yang keluar dari mulutku.
"I trust you" aku menekankan sedikit perkataan trust tu padanya. Aku harap dia faham yang aku betul-betul memaksudkannya. Shara yang aku kenal bukannya seorang pisau cukur seperti yang Mel canangkan. Aku tak pernah nampak dia keluar dengan mana-mana lelaki. Yang aku tahu sepanjang masanya dihabiskan di studio seramik atau dengan kawan-kawan perempuannya. Aku tidak pernah tahu hal personal Shara. Yang aku tahu dia merupakan seorang anak perempuan tunggal dalam tiga beradik. Dah ada boyfriend atau pun tak aku sendiri tak pasti. Aku yakin ramai lelaki yang mahu mendekati Shara. Tapi gadis ini hanya buat tidak tahu. She's the girl that really hard to get eventhough dia punya personality yang lembut dan manja bila berbicara.
"Thanks Haikal" cuma itu sahaja yang keluar dari bibir nipis itu. Aku lihat wajahnya seakan lega. Mungkin dia rasa lega sebab selepas apa yang terjadi di Uptown cafe tadi masih ada aku yang mempercayainya sedangkan mungkin khabar angin yang mengatakan dia pisau cukur dan perampas telah tersebar luas dia fakultinya. Ah persetankan semua rumors tu..
--------------------------
Salam! Hi silent readers. Im back! Today I sempat update part Haikal je. You know I still tak dapat nak decide on which male character yang patut jadi main character dalam cerita ni. Especially bila dua beradik ni ada strong personalities. Zafran- lelaki sombong, ego dan hot temper but then beza dengan Haikal who's been always be the good guy and protect the one he love. But both would be perfect to be with the female character. Please help me to choose. Or mungkin belum lagi sebab i belum create story pasal Zafran si mamat sombong tu lagi. So stay tuned okay. Xoxo
BINABASA MO ANG
Story of My Life
RomancePreviously known as Mr Perfect Vs Ms Clumsy Shara Azhar Gadis berumur 20 tahun. Clumsy. Pelupa. Ditinggalkan ketika usia perkahwinan beberapa bulan dengan Zafran lelaki yang tidak pernah dikenali dan dicintai. Dia binggung atas statusnya sebagai seo...