I went to sleep last night with a smile because I knew I'd be dreaming of you, but I woke up this morning with a smile because you weren't a dream
~unknown-
Cahaya sinar pagi yang menembusi tingkap kaca lutsinar di ruang bilik itu sedikit sebanyak membuatkan tidurkan terganggu.
Terang!
Malam tadi entah pukul berapa aku terlelap pun aku tak pasti. Yang aku yakin saat ini ialah aku telah pun terlepas dari solat subuh. Astagfirullahalazim Shara oi.
Aku pantas mengeliat kecil sambil cuba untuk membuka separuh dari kelopak mataku. Samar dek mamai ketika baru bangun tidur. Kepala terasa berat. Leherku terasa tegang. Entah kenapa aku rasakan bantal yang berada di atas kepalaku terasa begitu keras.
Aku cuba mengerakkan tubuhku sedikit. Masih lagi cuba untuk bermalasan di atas katil empuk ini walaupun aku tahu aku telah pun lewat bangun. Tapi.. Ada sesuatu yang menghalang tubuhku dari bergerak. Ada sesuatu yang sedang melingkar dari arah pinggang aku.
Bau nyaman tiba-tiba menerpa.
Deru nafas perlahan tiba-tiba beralun lembut di cuping telingaku.Damn! Aku kat mana ni??
Aku pantas membuka kelopak mataku seluas boleh.
Heck!
Mataku semakin membuntang apabila aku terpandangkan raut wajah Zafran yang sedang lena diulit mimpi. Jantungku berdebar. Lagi bertambah debar bila melihatkan lengan sasanya yang melingkar elok disekeliling pinggangku. Tubuh kami saling bersentuhan. Elok pula kepala aku berbantalkan lengannya.
Wajahku pula menghadap ke arah dada bidangnya yang mana bila aku dongak sikit maka wajahku dengan wajah Zafran hanya seinci sahaja jaraknya. Mataku pula kini tertumpu pada buah halkum milik Zafran.
Aku mengetap bibirku.
Sigh. Apa patut aku buat ni. Ya Allah macam mana kau boleh tidur sebilik dengan Zafran?? Bukan kata sebilik je, malah sekatil sebantal! Ya ampun malunya Shara oi. Mana kau nak letak muka kau nanti.
Aku mengerutkan dahiku sambil menggigit bibir bawahku. Aku mesti fikir sesuatu sebelum Zafan fikir aku cuba mengambil kesempatan ke atasnya.
Demyuh (damn you) Zafran!
Yes I got two options.First, kau bangun perlahan-lahan tanpa buat Zafran terjaga. Then lepas kau dah berjaya, kau lari keluar dari bilik ni.
Second, kau jerit puas-puas sampai dia terjaga. Lepas tu kau bagi back hand kau kat dia. Fuhh baru lah acah-acah gangster kan. Baru dia tahu langit tinggi rendah.
Eah tapi kalau dia terjaga maknanya dia tahulah yang kami ni tidur sekatil sambil berpelukan pulak tu. Isk tak boleh tak boleh. Jatuhlah saham aku. Tambahan pula aku ni dalah size cinonet kalau nak dibandingkan dengan dia yang tinggi melampai tu. Ada hati nak back hand si Zafran tu. Silap-silap aku yang diback hand kan nya nanti. Aduh hancusss.
So the best option is ialah senyap-senyap bangun and escape from him without tinggalkan satu jejak pun. That's it!
You go girl! You can do it!
Aku menarik nafas dalam.
Setelah punyai confident diri yang tinggi, akhirnya aku mula membuka strategi. Perlahan-lahan aku mengangkat lengan sasa Zafran dan meletakkannya di atas tubuh lelaki itu.
VOCÊ ESTÁ LENDO
Story of My Life
RomancePreviously known as Mr Perfect Vs Ms Clumsy Shara Azhar Gadis berumur 20 tahun. Clumsy. Pelupa. Ditinggalkan ketika usia perkahwinan beberapa bulan dengan Zafran lelaki yang tidak pernah dikenali dan dicintai. Dia binggung atas statusnya sebagai seo...