Like I care

227 12 0
                                    

Shara
Jam menunjuk kan pukul 5.30 petang bila aku terjaga dari tidur. Aku lihat sekeliling. Pelik. Ni bukan bilik aku. Aku mula gelabah dan terus terduduk disisi katil bulat beraize king. Aku perhati disetiap ruang bilik. Ouh lupa.. Aku masih dibilik Zafran. Aku terlelap seketika selepas Zafran meninggalkan aku seorang diri dibilik nya ini.

Tiba-tiba suatu suara mengejutkan aku.

"Assalamualaikum. Pn Shara dah bangun? Meh jemput makan Che Kiah bawak bubur ayam untuk Puan. Tadi Lepas Tuan Zafran pergi dia pesan pada Che Kiah suruh bawa naik makan tengah hari Pn Shara. Tapi pn tidur jadi saya bawa turun semula. Kalau tak sejuk pula nanti makanannya"

Aku lihat Che Kiah menuju ke arah sisi katil Zafran sambil membawa dulang putih di tangannya. Kemudian dulang tersebut diletakkan disisi katil. Sempat jugak aku menjenguk isi makanan yang terdapat di dalam mangkuk berwarna hitam dan juga segelas air putih yang telah sedia terhidang di atas dulang tadi. Erm menarik! Perut ni pun dah berkeroncong minta diisi. Hihi

"Sedapnya bau bubur ayam Che Kiah ni" sambil aku hidu ke arah makanan tadi. Rasa semakin lapar bila bau bubur ayam masakan Che Kiah. Aaaa...

"Yealah pn makanlah dulu. Che kiah nak mengemas kat dapur tu sikit. Lagi satu Tuan Zafran pesan jangan banyak bergerak.. Dan malam ni Tuan Zafran kata Pn Shara boleh tidur dibiliknya sebab Tuan tak kan balik malam ni. Kalau ada apa-apa pn shara jerit je, nanti Che Kiah naik. Kalau nak air pun Pn Shara boleh ambil dekat sana ye." Terang Che Kiah sambil menunjukkan tangannya ke arah peti sejuk dan juga mini bar yang terdapat di ruang pent house ini. Kagum. Kat atas ni boleh dikatakan semuanya ada. Tv. Toilet. Peti sejuk. Even mini kitchen dengan mini bar? Wah hebat hebat! Tinggi betul citarasa laki aku ni. Aku tersenyum sendirian sambil mengagumi lagi hiasan dalaman di ruang atas ini.

Alamak macam mana aku nak mandi apa semua kalau baju dan tuala aku semua ada kat bilik aku dibawah? Aku menggaru kepalaku yabg tidak gatal.

Aku sudah berkira-kira untuk bangun dari tempat duduk ku di tilam yang empuk ini.. Mengengsot sedikit ke arah sisi hujung katil supaya aku tidak perlu mengeluarkan tenaga lebih untuk bergerak menuruni anak tangga nanti. Aku cuba bangun sambil memegang meja lampu di tepi yang menempatkan dulang makanan aku. Tiba-tiba aku terperasankan sekeping nota di atas dulang tersebut.

Malam nanti aku tak balik. Just make yourself comfortable in this room. Che kiah will be here until 8 pm but she's going back after that. So if anything please call her selagi dia ada. Probably she's already served you with lunch. Please eat. One more thing, there's a jogger and shirt on the sofa. You can wear it for tonight as I don't even know what clothes I should pick inside your lugage since everything I saw was kurung. Like seriously? Nvm, just use the towel and all toilettries inside the toilet and please make sure the toilet is clean and dry after using it. I'll not tolerate if someone messed up with my stuff in this room. You got it?

Zafran

Berkerut-kerut aku membaca setiap ayat yang ditulis oleh Zafran. Berani dia sentuh barang-barang aku? Zzzz.
Haish laki jenis apakah yang kau kahwin ni Shara oi.... Aku meletakkan kembali note kecil di atas meja tadi. Mangkuk berisi bubur ayam ku capai dan ku sua sesudu bubur kemulut ku perlahan-lahan. Ahh sedapnya bubur Che Kiah ni...kalau macam ni hari-hari boleh gemuk aku. Bebel ku didalam hati sambil memikmati hidangan tengah hari aku dilewat petang😬
--------------
Zafran

Malam ni aku terasa malas hendak pulang ke pent house disebabkan perempuan itu. Ye.. Aku sendiri tak pasti kenapa secara tiba-tiba aku mengambil berat tentang Shara isterinya yang baru saja dikahwini 3 hari lepas. Nonsense. Disebabkan perasaan ambil berat aku ni jugaklah, aku terpaksa tidur di hotel papa yang terletak berdekatan dengan Bukit Bintang. Ahh persetankan perasaan pelik aku ni. Aku menghempaskan badanku di atas katil bersaiz king di suite yang sememangnya menjadi tenpat persinggahannya apabila pulang ke Kuala Lumpur. Ceiling bilik aku tenung. Aku cuba pejamkan mata.. Tiba-tiba wajah Shara muncul dalam fikiran ku. Ahhh shit! Aku mengeluh panjang lantas duduk di sisi katil. Bungkusan kotak Iphone 6+ yang baru saja aku beli tadi semasa di KLCC alu tenung. Tanpa menoleh aku terus mengambil salah satu kotak iphone lalu ku buka.. Mujur juru jual di Machines tadi telah siap-siap memasangkan sim card baru di iphone aku dan juga Shara. Pada mulanya aku fikir hanya mahu mengantikan Shara dengan Iphone yang baru tanpa menukar nombornya.. Tapi bila teringat akan Haikal yang tidak putus-putus berhubung dengan Shara, aku terus membuat keputusan membeli sim card baru untuknyw dan menggantikan sim card aku di kaunter Maxis. Tanpa berfikir panjang aku terus mendaftar nama sim card baru Shara dan juga secara tidak langsung menjadikan taliannya di bawah subline aku.

Aku masih lagi membelek-belek iphone yang ku belikan untuk Shara. Lepas ni jangan harap kau dapat berhubung lagi dengan jantan lain. Aku tersenyum puas.

Keesokkan harinya, pagi-pagi lagi aku sudah terpacak dihadapan pent house aku. Entah kenapa hati aku tergerak nak menjenguk Shara setelah semalaman meninggalkan Shara di pent housenya seorang diri. Setelah masuk aku terus menaiki anak tangga satu persatu. Sempat juga aku menoleh ke arah dapur dan seperti biasa kelihatan susuk tua Che Kiah sedang sibuk mengemas di ruang dapur tanpa perasan akan kepulanganku.

Apabila sampai di anak tangga yang terakhir, aku teragak-agak untuk memasuki ke ruang atas. Namun kaki ku melangkah juga menuju ke arah katil. Mungkin Shara masih lagi tidur, tapi tak mungkin sebab dia mesti dah bangun awal pagi setelah mengerjakan solat subuh. Ye, dia tahu Shara jenis yang tak tinggal solat. aku lihat katil sudah tersiap kemas. Kotak Iphone 6+ aku letak di atas katilku. Mataku melilau ke arah segenap ruang di bilik ini, tapi bayang Shara pun tak ada. Aku mendengus perlahan. Tiba-tiba mataku tertancap pada satu susuk tubuh di sudut hujung bilik bersebelahan bilik air. Mataku ku buntangkan luas, seperti tak percaya apa yang aku lihat tika dan saat ini.  Aku lihat Shara hanya berbalutkan tuala putih kepunyaannya dengan rambutnya yang masih basah. Aku menelan air liur. Mata kami bertaut. Aku lihat reaksinya yang seolah terkejut akan kehadiranku di sini. Aku senyum sinis. Ada riak nakal di wajahku. Perlahan dia menapak kebelakang sambil memegang erat tuala yang membaluti wajahnya. Bimbang kalau tuala itu terlorot kali..ahh saat ini aku betul-betul tak dapat nak kawal nafsu kelelakian aku ni. Damn she's hot!

Mukanya kelihatan cuak apabila mendapati diriku semakin hampir dengannya. Senyuman ku semakin lebar. Mukanya merah. Mataku tertancap pada bibir pink pucat miliknya. Kedua tanganku aku lekatkan ke arah tingkap kaca dibelakangnya lalu membuatkan dirinya tidak dapat bergerak lagi. Dia kaku. Matanya dicerlungkan tapi dia pantas mengelak dan memejamkan matanya sebaik sahaja aku bertindak mendekatkan lagi wajahku ke wajahnya.

Aku mendengus perlahan.

'Kenapa kau elak? Bukan kau suka? Ini yang kau nanti-nantikan kan? Sengaja seduce aku so that aku boleh jatuh dalam trap kau kan?" Aku bersuara keras. Dia mengangkat mukanya dan memamdangku sambil mengerutkan dahinya. Wajahnya aku tenung dan akhirnya aku tersenyum apabila melihat dirinya yang tidak keruan.

"En, can you please just move?

Story of My LifeWhere stories live. Discover now