Nota Ringkas :
Cerita ni di publish lama dah, masa aku still in lower form and blur blur ayam lagi. banyak kekurangan dan kecacatan yang ada dalam cerita ni but ill try to fix it and logikkan dia. Thank You Guys for reading. Dont Forget to vote! Thank You guys.
~PERMULAAN~
"Syed Muqri, bangun cepat. Nanti terlepas subuh, ummi dah siapkan sarapan ni" kejut puan hasmah sambil menekan suis lampu bilik syed muqri.
Lampu dengan pantas menerangi ruangan kamar itu. Niat hendak menyambung semula kerjanya di dapur, terus Puan Hasmah meninggalkan bilik anaknya.
Syed Muqri yang masih mamai bergegas turun dari katil lalu menuju ke bilik air untuk mandi. Beberapa minit selepas muqri bersiap, dia membentangkan sejadahnya lalu menunaikan solat subuh. Walaupun tahap kemalasannya hampir mencecah 100 paun, Syed muqri tetap berkeras mengerjakan perkara yang wajib. Jam menunjukkan pukul 6:30 pagi dan masih awal untuk ke sekolah. Syed muqri segera menuju ke ruangan dapur untuk melihat sarapan yang telah dihidangkan.
"hm sedapnya bau, Assalamualaikum." Syed Muqri bersuara sambil langkahnya laju mencari kelibat seseorang yang sangat dikasihinya iaitu Puan Hasmah.
Terbukti bahawa muqri begitu manja dengan umminya berbanding dengan bapanya Syed Mukhlis. Memang begitulah, bapanya itu seorang yang tegas dan berpendirian tetap, cakap A maka A lah.
"'wa'alaikumusalam. Ha mana walid dengan ariz tak turun sekali ke? "
"tak nampak keluar pun. Awal lagi ni, so muqri turun lah dulu"
"iyalah. Pergi makan dulu ummi nak panggil walid dengan adik kamu."
Syed Muqri hanya mengangguk lalu mencedok nasi goreng yang sudah tersedia sejak tadi.
Dia menikmati dengan berselera sekali. Beberapa suap nasi sudah dihabiskan, secara tiba tiba bahu syed muqri ditepuk perlahan. adiknya Syed Muqri pula menyapa.
"abang hari ni boleh amik ariz? "
"erm wajib ke?"
Syed Muqri mencebik.
"ok la ok, nanti cakap dekat walid and jangan lupa bawak helmet takdelah abang susah nak bawak nanti." Pesan Syed Muqri kepada adiknya.
Syed Muqriz masih berumur 13 tahun dan baru sahaja memulakan persekolahan sebagai pelajar menengah bawah.
Sengaja Syed Mukhlis memgasingkan mereka bersekolah supaya Muqriz belajar berdikari.
Dua beradik itu pun menikmati nasi goreng yang puan hasmah siapkan tadi.
"okay. Abang gerak dulu lah. jangan lupa tau bagitau walid abang amik, tunggu depan gate." pesannya lagi.
"Ummi! Muqri gerak dulu. Tak sempat nak salam ni dah pukul 7:05. Asslamualaikum" jerit syed muqri lagi.
Syed mukhlis dan isterinya yang melihat gelagat anak teruna mereka dari beranda rumah. Puan Hasmah pun ada menyahut.
"Hati hati Muqri!"
Tahu tanggungjawab sebagai ketua pengawas, Syed Muqri dengan cepat menghidupkan scramblernya lalu terus hilang dari pandangan.
Perjalanan dari sekolahnya mengambil masa hanya 10 minit dari rumah yang beberapa kilometer jaraknya. Tiba sahaja dia di sekolah, dia memarkir motosikalnya di tempat yang disediakan.
YOU ARE READING
Terlanjur Cinta
Romance"walid tak benarkan kamu bercinta melainkan .." - syed mukhlis Syed muqri dengan yakin menerima keputusan itu dan percaya bahawa ini yang terbaik. Detik demi detik kisah dua pecinta muda ini dimemorikan, mereka masih baru mengharungi...