39

2.8K 59 1
                                    

sepanjang pemanduannya, tidak langsung lekang senyuman di bibir. matanya difokuskan. sesekali memandang Maira Mikayla yang masih membelek telefon di sebelahnya.

"asyik telefon je. dah nak sampai sekolah ni. rampas kang." ugut Syed Muqri. sengaja mengugut begitu supaya Maira Mikayla melayannya.

"rampas lah. nanti suruh abang adam ke asyraf ke tak pun ayah tuntut. atau awak yang saya paksa tuntutkan nanti walaupun awak yang rampas. lagipun abang Syed Muqri, kita boleh je bawak! asalkan tak main masa belajar." balas Maira Mikayla biasa. matanya masih lagi memandang iphone 6s nya.

Berbunga betul hati Syed Muqri apabila dipanggil abang. namun senyumannya itu disorokkan.

"simpan phone tu. tak lari mana pun nanti, dah nak sampai ni. awak nak jalan kaki ke saya hantar sampai depan?"Syed Muqri mula bertanya.

kepala Maira Mikayla diangkat. melihat ke luar persekitaran sekolah mereka. baik tak payah tanya kalau nak sampai depan dah. jeling Maira Mikayla. Syed Muqri pula tertawa kecil. seronok mengenakan isterinya. tu lah, tak layan suami lagi.

"ee yang sampai depan ni kenapa? nanti orang tengok erh!" Maira Mikayla merengus geram.

"tu lah tak layan suami. tak apa lah sayang, dah alang alang sampai depan saya masuk je terus" laju pedal kereta ditekan. kereta berjenama audi itu selamat di parkir oleh Syed Muqri. waktu juga masih awal lagi. murid juga masih belum datang. pengawas bertauliah kata kan.

"dah lah! baik keluar." Beg nya digapai. sementara itu sempat juga dia membelek tudungnya di cermin.

"eh eh, ingat sikit saya ni siapa. merajuk lama lama nanti rindu pulak." Sekali lagi Syed Muqri mengusik.

Maira Mikayla yang baru sahaja hendak membuka pintu terhenti seketika. jam di tangan dirapikan semula. baru pukul 7 pagi. Maira Mikayla memandang Syed Muqri sekilas. melihat wajah tampan Syed Muqri yang tersenyum kepadanya itu membuatkan rajuknya serta merta hilang. haih, aira aira.

seperti biasa, Maira Mikayla menghulurkan tangannya untuk bersalam. huluran tangan itu disambut lembut. Tangan Syed Muqri dikucup perlahan. Syed Muqri pula masih lagi tidak berhenti senyum.

"love you sayang!" bibirnya digigit. malu! selalu sebut pun malu.

"ok love you." segera melepaskan tangan. Maira Mikayla keluar dengan cepat. tidak mahu berlama di dalam kereta. nanti murid lain nampak pula.

Syed Muqri di dalam kereta pula hanya tersenyum riang. hari ini memang hari senyumnya. perlahan dia mematikan enjin, mencapai beg miliknya dan keluar dari kereta. dengan bersemangat Syed Muqri memulakan langkah untuk ke perhimpunan.

di sebalik dinding konkrit pondok pengawal tersebut. ada seorang manusia yang bersembunyi. melihat gelagat dua merpati sejoli di kereta tadi, membuatkan orang itu berteka teki. Tasya mengetap gigi. apa hubungan Syed Muqri dan Maira Mikayla? tanya otaknya. sementara dia ligat berfikir, Tasya menyambung kembali menyiapkan kerja sekolahnya. typical students lah siapkan last minute. mujur juga dia bertugas menjaga pagar hari ini, sempat juga dia siapkan kerja sekolah.

"tunggulah aku korek rahsia nanti aira!" Tasya bermonolog sendiri.

***

"Muqri! lupa ah aku nak inform kau malam tadi. semalam aku ikut abah pergi tolong doa selamat kat masjid, tu yang tak sempat bagitau." Syed Irfan memulakan kata. masa nilam digunakan sebaiknya kerana masa itu guru semua bermesyuarat dan mereka harus melengkapkan nilam.

"ye, tadi tak nak cakap. punya lah lama kat kelas. sekarang baru nak cakap." balas Syed Muqri sambil menulis. walau sibuk menulis, matanya tidak lepas memandang Maira Mikayla yang juga sibuk membaca.

Terlanjur CintaWhere stories live. Discover now