26

2.2K 52 0
                                    

Tiba di rumah, asyraf membantu maira masuk ke bilik. bertanya khabar adiknya.

"dik? sihat tak ni? abang bawak pergi klinik nak?"

"tak payah, adik cuma selsema pening"

"ok rest dulu. nanti abang suruh adam beli ubat."

Asyraf meninggalkan maira berbaring.

Maira bersendirian di bilik. dia menangis semula.

menyesal kerana berkata begitu kepada syed muqri. membayangkan wajah kecewa syed muqri dia tidak sanggup.

sungguh menyesal bertindak demikian.

"kalau awak rasa masih ada peluang, perbaiki lah balik hubungan kita"

jika dia mampu, mahu saja dia menjerit memberitahu perasaanya yang betul kepada syed muqri.

"kau memang ego maira" dia bermonolog sendiri.

tangisannya semakin kuat. bantal dipeluk dengan kuat. hatinya masih sakit.

***

"ummi, muqri nak pindah sekolah."

"apa muqri cakap ni?"

"muqri dah fikir, muqri rasa pindah lagi bagus."

"syed muqri, kenapa ni?"

Dia terus memeluk umminya. hangat tubuh badan puan hasmah membuatkan syed muqri lebih tenang.

syed mukhlis yang baru pulang dari mengambil syed muqriz kehairanan melihat anak lelaki sulung mereka.

"kenapa ni muqri?"

"walid, muqri tak nak kahwin."

"kamu ni kenapa?"

"walid, tolong faham muqri. kalau walid nak pindah kan muqri sekolah pun buatlah. muqri tak kisah." syed muqri bersuara serak.

"muqri, kita kena bincang balik. tak apa, walid tahu kamu tak tenang sekarang ni. pergi solat dulu malam nanti kita ada dinner family."

"tapi walid.."

"sudah, pergi solat. mintak petunjuk. walid akan bincang nanti."

syed muqri mengalah, dengan langkah longlai dia meninggalkan ruang tamu.

***

"aira?" puan farida menyapanya.

segera dia mengesat air mata agar tidak disedari ibunya.

"ye bu?"

"ni kenapa sembab je mata?"

"tak ada apa lah ibu, adik tak cukup tidur."

"kenapa sampai tak cukup tidur pulak ni, dah nanti rehat cukup cukup malam ni kita ada dinner"

"ha dinner?"

"ye dinner dengan family muqri, tadi ayah baru call. dah adik rehat dulu, tadi abang asyraf cakap tak cukup tidur."

Maira mengangguk, terasa hendak menangis lagi tetapi cuba ditahannya. elok sahaja puan farida keluar dari bilik dia mula menangis.

bagaimana dia hendak berjumpa dengan muqri selepas apa yang terjadi?

tangisannya berakhir dengan lena.

***

kerana terlalu buntu, syed muqri mengambil wudhuk dan memulakan solat zuhurnya.

hatinya kembali tenang. meskipun rasa sakit masih terkesan, rasa itu disimpan jauh di sudut hatinya.

Terlanjur CintaWhere stories live. Discover now