4 (part 2)

3.5K 76 1
                                    

Seperti lelaki yang menghormati wanita lain, syed muqri membukakan pintu kereta untuk maira mikayla. Maira melihat keadaan itu hanya tersenyum dan memandangnya tenang. Pak man dengan segera menekan pedal kereta auto tersebut dan bergegas meninggalkan kawasan cafe untuk menghantar maira mikayla.

"esok dah start cuti. Awak bertugas kat sekolah tak? Ke awak join sport yang netball tu? " tanya syed muqri. 

Sementara mempunyai masa, Syed muqri cuba mencuri masa untuk berbual dengan cintanya. 

"saya buat dua dua kot. Pagi netball then petang tu saya bertugas. Kenapa? "

"oh em, saya pun sama. Tapi saya amik basket lah sebab netball tu kan perempuan hahaha. "

"tugas pulak? " tanya maira mikayla pula

"same with you. So, esok kita boleh jumpa!" syed muqri mengecilkan matanya dan cuba membuat aksi kanak kanak. Maira hanya tergelak kecil.

 Pak man yang turut menyaksikan mereka hanya menggeleng sambil mempamerkan senyuman.

Tepat pukul 6:30, kereta Mercedes milik syed irfan itu tiba di hadapan banglo mewah milik keluarga maira mikayla. Syed muqri hanya menunggu di dalam kereta memastikan maira masuk dengan selamat. Muncul puan farida keluar dari pagar banglo itu lalu mencium dahi satu satu anak perempuannya maira mikayla. Secara automatik, Syed muqri keluar dari dalam keretanya langsung mendekati anak beranak itu. Syed muqri dengan yakin memohon maaf kepada puan farida. 

"assalamualaikum, saya muqri. Maaf aunty, tadi bawak aira makan. Sebab tu lambat sikit hantar."

"takpa nak, asalkan hantar selamat sampai semua. Eh meh lah masuk, aunty siapkan air. "

"eh takpa aunty. Dah lambat ni nak dekat maghrib. Saya balik dulu ye assalamualaikum. "Maira dan puan farida hanya melihat tubuh lelaki itu berlalu pergi dan serentak mereka menjawab salam yang diberikan oleh muqri tadi. 

"Wa'alaikumusalam."

Mereka melambai tangan kepada muqri dan dia juga turut membalasnya dengan senyuman. 

"pak man nak hantar muqri kat mana ni?" pak man bersuara. 

"rumah irfan je pak man. Saya kena amik motor kat sana"

"okay, pak man hantar sana."

"muqri! Asal tak join futsal tadi? Haish lama jugak kau curi pak man. Pergi mana tadi? " Sapa irfan dari belakang.

"aku dah agak kau saja curi masa nak pergi futsal. Tadi hantar maira and aku ajak dia makan sekali." terang muqri sambil menyarungkan helmet di kepalanya. 

"pft muqri! Salute lah. Kau tak pernah dating lagi tau! 

"fan, ish aku takde apa apa dengan dia lah. Cukup sebagai kawan rapat." syed muqri tersenyum hambar. Jelas perasaan hampa di wajah muqri, irfan terus menepuk bahu sepupunya itu.

"jodoh tak kemana muqri""takpe lah fan. Nanti kirim salam kat pak ngah. Aku gerak dulu jumpa kat court esok!" syed muqri terus beredar dengan scramblernya dari halaman rumah syed irfan.

Malam itu, maira mikayla tidak menyertai keluarganya makan malam. Dia hanya duduk di dalam bilik menyiapkan baju untuk netballnya esok. Selesai solat isyak, maira menggantung tudung hitamnya dan terus membuka laptopnya untuk merehatkan minda. Dia membuka youtube dan memasang beberapa lagu yang membuaikan minda. Pintu diketuk dari luar, maira bangun lalu membuka pintunya. 

Terlanjur CintaWhere stories live. Discover now