Syed muqri masih teringatkan kejadian tadi. Dia tersenyum sendiri. Lama terbayang wajah maira, dia masih mengukirkan senyuman.
"muqri" panggil puan hasmah dari daun pintu biliknya.
"ye ummi? "
"Sibuk ke?"
"tak ada lah ummi, tengah berangan je ni."
"amboi berangan. Kamu fikir pasal apa pulak ni? "
"walid cakap pasal kahwin masa umur muqri 20 tahun, muqri terfikir jugak. Macam mana keadaan masa tu. Masa muqri tak matang sepenuhnya. " kata syed muqri lagi.
"ummi tahu, sebelum walid cakap kat muqri lagi dia dah bagitahu ummi awal awal."
"ummi tahu? Kenapa tak pujuk walid? "
"ummi dah cuba muqri. Faham ajelah walid tu, dia nak kan yang terbaik. Nak kamu pelihara hidup. Jangan sia sia kehidupan dengan dosa." puan hasmah merapati tubuh anak bujangnya di katil.
"tapi muqri muda lagi ummi"
"sebab muda lah walid buat macamtu. Masa walid kamu umur 19 pun dia dah dijodohkan dengan ummi. Tengok bahagia je. Walaupun dulu tak ada rasa cinta, tapi datang jugak sebab kamu and muqriz. Pilihan orang tua tu lebih baik. "
Muqri memandang puan hasmah. Bagaikan magis sahaja. Puan hasmah seperti dapat membaca fikiran muqri
"ada suka orang lain ke?"
"ummi ni merepek je lah. Muqri ni tak pernah bergaul dengan perempuan" laju muqri nafikan
"ummi kenal anak ummi macam mana. Tak baik tipu tau, lagipun haritu ummi dengar kamu sembang dengan ariz. Betul kan muqri? " puan hasmah cuba mencari jawapan.
"erm ye" jawab muqri perlahan
"tak apalah muqri, tidur lah, Esok kena bangun sekolah. Ummi masuk tidur dulu." puan hasmah keluar dari bilik muqri.
Dia pula hanya berbaring dan termenung semula. Tidak sedar, akhirnya dia sendiri terlelap.
***
laju langkah syed muqri ke sekolah hari itu, dia terus mengambil tempat bertugas di dataran perhimpunan. syed irfan yang baru sahaja tiba di sana terus menyapa sepupunya.
"muqri! " syed irfan menyapanya dari belakang.
"masuk barisan fan"
Syed muqri memandang syed irfan biasa. syed irfan menuju ke tapak perhimpunan dengan segera. Terlihat maira di belakang barisan tingkatan 5, syed muqri memandangnya sahaja. Syed irfan pula duduk di barisan paling belakang di tingkatan 5.
Maira dan tasya berdiri menjaga pelajar menengah atas manakala muqri pula berdiri bersebelahan dengan tingkatan 1.
"ok salam sejahtera semua pelajar. Saya cuma nak bagitahu pihak sekolah akan buat lawatan untuk persatuan. Setiap persatuan akan ada satu tempat yang akan dilawati. Sesiapa yang nak sertai boleh jumpa ketua guru masing masing, bayar 10 sahaja hari ni atau esok kepada saya untuk siapa yang kelab jenayah and persatuan lain cari guru sendiri. Saya harap semua boleh ikut especially tingkatan 5. Kita pergi setengah hari sahaja. Terima kasih" cikgu fadzli menyampaikan pengumuman.
Semua pelajar memandang sesama sendiri. Oleh kerana syed irfan duduk berdekatan dengan maira mikayla, dia dapat mendengar perbualannya dengan tasya.
YOU ARE READING
Terlanjur Cinta
Romance"walid tak benarkan kamu bercinta melainkan .." - syed mukhlis Syed muqri dengan yakin menerima keputusan itu dan percaya bahawa ini yang terbaik. Detik demi detik kisah dua pecinta muda ini dimemorikan, mereka masih baru mengharungi...