"Allahu Akbar Allahu Akbar."
"Allahu Akbar Allahu Akbar."
laungan azan mengejutkan syed muqri dari tidurnya. dia bangun lalu bergerak untuk mandi.
baju pengawas dicapai. tali leher dikemaskan. syed muqri menunaikan solat subuh terlebih dahulu sebelum melakukan kerja lain.
***
pengerajam dimatikan. Maira bangun dari katilnya lalu bergegas mandi.
selesai sahaja mandi, dia memakai baju pengawas bersama tudung dua muka berwarna biru sama warna dengan baju.
awal awal lagi dia memakai stokin dan bersiap.
pagi itu dia tidak solat kerana uzur jadi dia terus turun ke bawah.
"siap dah?" sapa adam. dia turut bangun awal kerana hendak menghantar maira.
"dah"
"ok lah jom."
mereka berdua bergerak bersama. pagi itu masih gelap, jam baru sahaja tepat di jarum 6:30. itu sahaja waktu yang sentiasa didatangi maira, sudah maklum dia seorang pengawas.
***
"ummi, muqri gerak dulu."
syed muqri menyalam tangan ummi serta walidnya. motor scrambler dihidupkan. dia bergerak terus tanpa menunggu.
yakin dengan dirinya pada hari itu. dia menyarungkan blazer biru pekat sebagai ketua pengawas.
***
"aira! alang alang ni, jom breakfast?" lisa menyapa.
"eh lisa, tasya belum datang?"
"dia kejap lagi kot, eh jom lah"
"okay jom lah."
lisa dan maira berjalan menuju ke kantin bersama. selain tasya, dia juga tercaricari kelibat seseorang, siapa lai kalau bukan syed muqri.
di sekolah mereka, setiap pagi pihak kantin akan memasak untuk sarapan pagi, jadi kepada pelajar yang tidak sempat bersarapan di rumah, boleh juga bersarapan di sekolah. asalkan sebelum loceng pertama berbunyi.
lisa dan maira mengambil meja makan mereka. lisa membeli sepinggan mee goreng manalaka maira hanya roti hot dog tanpa sos cili.
besar juga selera lisa ini.
"eh tengok tu ! muqri lah" lisa menunjuk ke arah tubuh lelaki ber blazer biru tua yang menghampiri kantin.
"dia pakai blazer pulak hari ini. alah comelnya!" lisa berkata lagi.
entah kenapa, satu perasaan yang tidak bagus terbit di hati. cemburu.
dia sendiri tahu apa perasaan itu namun cuba menyembunyikannya.
"biasa je aku tengok" jawab maira bersahaja.
"kau tak sayang dia. apa tahu?"
tak sayang kau cakap?!
sabar maira sabar. dia tak tahu siapa muqri pada kau.
"ada ada je lah kau ni" maira menjawab malas.
daripada sakit hati cemburu, lebih baik makan roti.
lisa pula masih mencuci mata memandang syed muqri.
syed muqri semakin menghampiri mereka berdua. lisa semakin ghairah, dia memperbetulkan posisi duduknya.
"aira!! dia datang sini lah."
YOU ARE READING
Terlanjur Cinta
Romance"walid tak benarkan kamu bercinta melainkan .." - syed mukhlis Syed muqri dengan yakin menerima keputusan itu dan percaya bahawa ini yang terbaik. Detik demi detik kisah dua pecinta muda ini dimemorikan, mereka masih baru mengharungi...