Pengera jam di telefon muqri berbunyi dengan nyaring. Seperti rutin hariannya yang biasa, dia akan bangun lalu bersiap dan menunaikan solat subuh. Pagi sabtu itu dia mengenakan baju kemeja hitam berlengan pendek. Selesai bersarapan, dia bersalaman dengan walid serta umminya. Tidak dilupakan juga dengan syed muqriz. Scrambler dihidupkan, dia menuju ke sekolah.
Syed irfan masih menunggu ketibaan sepupunya. Sambil menunggu dia memerhati tasya yang sedang berbincang dengan guru. Dah macam janji pula mereka memakai t shirt sukan biasa. Maira mikayla juga sudah kelihatan serta beberapa orang pelajar lain. Akhirnya syed muqri tiba bersama scramblernya. Dia mencabut topi keledar dan mendapatkan syed irfan.
"Awal sampai."
"tengok orang lah" syed irfan berkata bangga.
"pantang betul bila puji errr" muqri menjeling syed irfan.
"sila ikut persatuan masing masing. Kelab kerjaya dengan pencegahan jenayah Satu lawatan sekali. Semua tolong buat barisan." cikgu fadzli bersuara.
Semua guru mengumpulkan pelajar mengikut persatuan masing masing.
"lawa" syed muqri bersuara
"apa dia tadi?" maira pula bersuara
"tak. Saya puji awak, lawa"
"amik hati ke? "
Mereka ketawa lagi.Syed irfan dan tasya mendekati mereka berdua.
"janji ke ni? "
"aiyok! " tasya pula menyampuk
"maksud korang? " maira dan muqri serentak bertanya
"tu baju hitam ni pun baju hitam seluar jeans pun hitam package hitam eh? " syed irfan ketawa lagi. Tasya pula hanya tersengih.
Memang pada hari itu maira memakai semua serbi hitam. Supaya kemas dan tidak senang kotor.
"pandai lah kau. Dah takyah cakap orang. Sama je berdua tu" syed muqri membalas pula.
Dia menunjukkan jarinya kepada baju yang dipakai oleh syed irfan dan tasya.
Memang sama!
Giliran maira pula tertawa. Pecah kotak ketawa apabila tasya dan syed irfan dikenakan semula.
"rasakan! " maira membuat mukanya kepada tasya.
Tasya pula hanya menyengih dari tadi. Syed irfan cuma membalas dengan jelingan lidah.
"dah jom naik" arah tasya.
Mereka menaiki bas yang disewa oleh pihak sekolah. Cikgu fadzli awal awal lagi sudah memberi arahan untuk mengumpul seberapa maklumat kerana mungkin kelab kerjaya dan pencegahan jenayah akan melakukan aktiviti bersama.
Mereka juga diberi kebebasan selama 1 jam untuk melihat, mencari atau mengambil gambar di sana. Tidak begitu menarik untuk syed muqri tetapi kerana maira ada dia lebih mahu untuk meluangkan masa bersama.
"tasya, nak duduk dengan awak. Boleh?" syed irfan menunduk malu.
Dia hanya menggosok belakang leher dan mempamerkan senyum kambing kepada tasya.
"err ok tapi apa kata amik seat belakang? Ada 4 seat kan? " tasya mengeluarkan ideanya.
"tak malu betul kau fan hahaha" muqri menepuk bisep syed irfan dan mereka hanya ketawa. Seat belakang juga yang dipilih cuma maira tidak bersama tasya kerana tasya duduk bersebelahan dengan syed irfan. Jadi dia hanya bersebelahan dengan syed muqri.
YOU ARE READING
Terlanjur Cinta
Romance"walid tak benarkan kamu bercinta melainkan .." - syed mukhlis Syed muqri dengan yakin menerima keputusan itu dan percaya bahawa ini yang terbaik. Detik demi detik kisah dua pecinta muda ini dimemorikan, mereka masih baru mengharungi...