Seawal 6 pagi Syed Muqri sudah mencelik mata kerana harus menunaikan kewajipan pada yang esa. walau mata masih lagi memberat, tetap digagahkan jua kerana perlu mengejut Maira Mikayla bangun dari lena.
"sayang, bangun solat."
sedikit sahaja respon daripada Maira Mikayla. Syed Muqri masih lagi mencuba untuk mengejut.
"sayang, on count of three kalau still tak nak bangun..I'll kiss you. Deeply." sengaja ditekankan suaranya supaya tampak tegas.
Maira Mikayla yang masih mamai akhirnya bangun kerana segan dengan amaran tersebut. aku wajah sudah mula berona merah.
"apa awak mengarut ni."
"kena ugut cium baru nak bangun, nak abang cium betul ke?" sengaja dia mengusik.
Maira Mikayla terus mengerutkan keningnya. ada ada saja cara Syed Muqri mengenakannya.
"don't you dare! menggatal je tahu." jari telunjuk Maira Mikayla memberi amaran.
"I am serious. kalau sayang tak bagi pun, abang tetap boleh cium." Syed Muqri menyengih. sengihan nakal itu membuatkan rona merah bertambah pada wajah Maira Mikayla lagi.
"makin lama saya layan, makin menjadi gatal awak."
"kalau aira nak abang buat lebih pun boleh, but tak apa. we still have time, yang penting sekarang aira pergi solat dulu." Dalam nasihatnya itu juga masih terselit usikan nakal buat Maira Mikayla.
Maira Mikayla mencebik manja. pagi pagi lagi sudah pandai mengenakan orang.
"as a woman, saya ada kelebihan and kita kena la guna kelebihan tu so encik Syed, sambung kejut saya pukul 8 nanti."
"ceit, bendera merah." Syed Muqri pula mencebik.
Jarum Jam mula bergerak ke angka 9. hari itu memang Maira Mikayla bangun lambat, memanfaatkan sepenuhnya cuti istimewanya itu. Dia mula memandang sekeliling, melihat tiada siapa di bilik membuat dia mahu keluar dari situ.
Mata terus melilau mencari Syed Muqri. Kosong sahaja di setiap penjuru rumah, terus kakinya melangkah ke luar.melihat keadaan di halaman, membuatnya terkilan sedikit kerana tidak sempat mengucapkan selamat tinggal kepada orang tua serta mertuanya. Rasa kecewa pula memenuhi ruang hati.
Usai melambai, mereka menoleh ke belakang hendak masuk ke rumah, semua mata tertancap pada susuk Maira Maira yang berdiri di hadapan pintu masuk. Kejelitaannya cukup membuat dua sepupu Syed Muqri iaitu Fariz dan Syed Irfan tidak berkelip memandang, tatapan pertama sudah membuat jantung lelaki mereka bergetar lama.
Maira Mikayla yang tidak tahu apa apa cuma memandang aneh. dah kenapa semua macam slow motion? itu sahaja lah yang berlegar di dalam fikirannya. matanya tidak lepas memandang Syed Muqri, Syed Muqri juga lenyap dalam bayangan asmaranya.
"Aira, baik awak masuk dalam." tegur Yeen yang sudah tergelak melihat keadaan itu. Atuk pula tidak memberi respon selain menggeleng melihat kerenah cucu lelaki nya itu.
Teguran yeen itu membuat Maira Mikayla semakin keliru.
"hoi! pandang tak lepas pulak, dah lupa ke aira tu bini orang." Yana pula mencelah. dengan tawa Yana membuat isyarat kepada Maira Mikayla.
Maira Mikayla tanpa sepatah kata terus masuk ke dalam sambil memegang kepalanya. Sah dia terlupa sesuatu yang paling penting dalam kehidupan. laju kakinya berlari hingga ke bilik.
"macam mana aku boleh lupa pakai tudung." tangan Maira Mikayla tidak lepas menepuk dahi, arghhh malunyaaaa!!
"sayang?" pintu bilik dikuak perlahan. Syed Muqri masuk mendapatkan Maira Mikayla.
YOU ARE READING
Terlanjur Cinta
Romance"walid tak benarkan kamu bercinta melainkan .." - syed mukhlis Syed muqri dengan yakin menerima keputusan itu dan percaya bahawa ini yang terbaik. Detik demi detik kisah dua pecinta muda ini dimemorikan, mereka masih baru mengharungi...