"pagi sayang" langsir bilik dibuka memancarkan cahaya matahari yang menyilaukan mata,
Maira Mikayla terpisat pisat bangun dari katil dan bersandar pada pangkal hujung katil tersebut. sambil menenyeh matanya dia melihat Syed Muqri yang sedang mengikat langsir.
usai langsir itu diikat, Syed Muqri lantas memandang Maira Mikayla yang bersandar dinding katil. satu senyuman dari Maira Mikayla dihadiahkan buat suami tercinta. Syed Muqri turut membalas senyum.
mahu saja Maira Mikayla membuka mulut namun mengingatkan dia belum lagi memberus gigi dan menyiapkan diri terus dia melupakan hajatnya seketika. mampu memandang Syed Muqri dengan mata jernihnya sahaja.
"aira mandi dulu, barang aira semua abang dah settle kan. cuma..your private parts abang tinggalkan. aira settle kan sendiri. dalam pukul 11 atau 12 kita bertolak, okay sayang?" Syed Muqri berkata lembut. wataknya betul betul sudah bertukar menjadi yang lain. Maira Mikayla masih terkejut dengan perubahan Syed Muqri namun sudah tepatri di hatinya supaya menerima segala apa yang Syed Muqri lakukan.
akur dengan kata suami, Maira Mikayla bangun dan menyiapkan dirinya. such a long way to start! fikirnya.
***
"ayah!!" erat Maira Mikayla memeluk bapanya. rasa bagai 10 tahun tidak berjumpa. puan Farida hanya menggeleng dengan tingkah anaknya itu.
"kenapa macam dah lama tak jumpa ayah ni? muqri tak bawak aira ke?" Syed Mukhlis saja mengusik.
"tak adalah, aku aje yang sibuk kat office pantau budak budak, tu yang tak sempat jumpa anak menantu ni." ketawa encik Farhan. Syed Muqri pula mengiyakan sahaja. takut juga dengan ketegasan walid, serupa tidak boleh membezakan jenaka dan serious.
"okay, harini biar adam jadi driver since abang lambat lagi nak bertolak, lets" ujar Adam dengan wajah ceria. wohoo pergi johor!!
"aira naik dengan abang atau dengan abang?" eh (?) soalan itu membuat Maira Mikayla berkerut seketika. Syed Muqri tertawa sebentar sengaja dikeluarkan ayat sebegitu untuk melihat sang isteri bingung.
"mula la tu nak melalut, saya naik dengan awak" balas Maira Mikayla.
akhirnya semua bertolak mengikut kenderaan masing masing. 4 jam perjalanan membuatkan mereka semua berasa penat walaupun tidak memandu.
Syed Muqri menjeling jam di tangan sekilas. tinggal beberapa minit lagi untuk sampai di kampung halaman. bahu dipicit sendiri.
Maira Mikayla terlena lama di sisi. lawanya isteri ni haih. lemah iman.
"tak drive pun penat" kata Syed Muqri perlahan. Maira Mikayla yang tidur tidur ayam itu mengagahkan diri untuk membuka mata, kedengaran macam perli saja.
"sengaja perli ke" kerlingnya
"eh, tak tidur rupanya." ketawa Syed Muqri.
"awak penat?"
"biasalah drive, baru first time dari kl ke johor, selalu abang bawak round kampung je sebelum proceed lesen tau"
"biarlah saya urut awak." tangan halus Maira Mikayla memicit lembut bahu tegap Syed Muqri. Syed Muqri pula melayan, menggoda nafsu betul lagi lagi nafsu tidur. terus menguap Syed Muqri, segera dia menggeleng laju, huish! jangan tidur.
"sayang urut sedap sangat la sampai abang mengantuk." ujar Syed Muqri sambil stereng diputar.
"ish, dah la. gatal!" suara manja Maira Mikayla memenuhi ruang kereta. ketawa mereka berdua.
"nevermind, tengok aira while I drive pun boleh buat abang hilang semua penat tau, lagi few minutes je ni" balas Syed Muqri sambil senyum, tidak membalas apa apa, Maira Mikayla cuma tersenyum panjang.
YOU ARE READING
Terlanjur Cinta
Romance"walid tak benarkan kamu bercinta melainkan .." - syed mukhlis Syed muqri dengan yakin menerima keputusan itu dan percaya bahawa ini yang terbaik. Detik demi detik kisah dua pecinta muda ini dimemorikan, mereka masih baru mengharungi...