selang beberapa hari, cuti penggal mereka habis begitu saja. mereka berdua perlu bersekolah semula.
Awal awal lagi Maira sudah bangun mengejutkan Syed muqri. Kebiasaannya Syed Muqri yang terlebih dahulu akan bangun, namun pagi ini dia tewas, penat mungkin kerana mereka berdua mengemas keseluruhan bilik dan menyusun segala galanya di dalam rumah sehingga lengkap menjadi sebuah rumah.
Selesai mengejutkan Syed muqri, Maira tidak terus membuang masa. Dia menyiapkan segala kelengkapan syed muqri dan dirinya juga bersiap. Oleh kerana dia tidak boleh menjalankan hal yang wajib jadi sempatlah dia menyediakan segalanya.
"Awal bangun " tegur syed muqri sambil melipat tikar sejadahnya.
Dia yang selesai bersolat tidak terus bersiap malah memerhati saja isterinya bersiap. Maira pula sibuk membetulkan tudung sekolah di.meja soleknya. Maklumlah tak pernah tengok isteri bersiap.
"Terbangun awal. Nasib sempat siapkan barang lain." Balasnya.
"Kalau nak makan, saya dah siapkan semua." Sambung Maira lagi.
Tidak mendengar jawapan. Maira menoleh. Tertidur ke apa? Tahulah penat berhempas pulas mengemas semalam.
Tiba tiba Syed muqri berdiri tepat di belakangnya. Syed muqri pun suka sangat main kat belakang.
"Pergi sekolah Dengan saya?" Dia bertanya.
Teringat kembali tiada siapa yang mengetahui hal ini melainkan syed irfan dan dirinya, pasti akan timbul syak wa sangka yang lain. Walau Tasya sudah tahu tentang status dirinya tetapi Maira sendiri tidak mendedahkan identiti suami kepada Tasya.
"Kenapa diam ni? Tak nak naik? Erm since motor ada kat rumah walid, saya bawak kereta. Sekali jalan kan, lagipun kita tak rancang yang nak tinggal sini." Pujuk Syed muqri meyakinkan Maira. Melihat ajakannya dibiarkan sepi, ada baiknya Syed Muqri cuba memujuk.
"Ramai yang tak tahu kita dah kahwin. Bukan ramai lah, semua tak tahu muqri. Kalau semua nampak kita naik berdua, apa pulak dorang kata?" Maira berkata.
"Kata je lah saya nampak awak tunggu bas. See? Boleh diterima akal apa. Please sayang.." Syed muqri masih berusaha memujuk.
Lagipula tak mungkin juga Maira harus menelefon abangnya semata semata untuk menghantarnya ke sekolah, sudah maklum Maira mempunyai suami. Dan tanggungjawab dia sendiri.
"Tak apa lah muqri. Saya call abang je lepas ni. Awak siaplah dulu." Jawab Maira bersahaja. Dia kemudian meninggalkan Syed muqri di dalam bilik. Ada banyak hal yang perlu dibereskan.
Nampaknya taktik tidak menjadi. Jangan risau muqri, kita try pujuk lagi! Lain kali lah..
Syed muqri bersiap. Tali leher dikemaskan. Segak! Haruslah nama pun ketua pengawas.
Laju Syed muqri menuruni tangga penthouse. Sama saja seperti rutin hariannya di rumah bersama ummi. Ummi siapkan baju, ummi sediakan sarapan, segala galanya ummi lah! Tiba tiba rindu ummi.
Terlihat Maira dari jauh sedang membuka buku sains nya. Mulut juga seperti mengunyah sesuatu. Sudah pasti roti kerana di tangannya juga sudah ada sekeping roti berinti jem.
"erm sekolah belum pun start, dah baca buku. rajinnya." Tegur Syed muqri. Fokus benar. Patut lah dapat anugerah pelajar cerdas.
"Hari ni nak kena settlekan semua pasal sains sebab our class ada simple test kan? Doakan tau, saya pun doakan awak juga nanti" balas Maira sambil tersenyum. Langsung tidak ada riak risau. Syed muqri pula? Memang risau lah kerana dia tidak sempat baca satu pun lagi! Nasib baik juga prestasinya cemerlang.
Mereka berdua berbeza sungguh. Yang Syed muqri ini langsung tidak membaca kerana dia hanya mengikut jadual hariannya. Masa belajar belajar, masa lain buatlah benda lain. Ini lah prinsipnya. Asalkan berdisiplin.
YOU ARE READING
Terlanjur Cinta
Romance"walid tak benarkan kamu bercinta melainkan .." - syed mukhlis Syed muqri dengan yakin menerima keputusan itu dan percaya bahawa ini yang terbaik. Detik demi detik kisah dua pecinta muda ini dimemorikan, mereka masih baru mengharungi...