17

2.2K 52 0
                                    

Loceng akhir dibunyikan, semua pelajar berpusu pusu keluar untuk pulang. Selepas kejadian semasa rehat tadi syed muqri enggan melayan sesiapa pun yang menegurnya melainkan maira mikayla, syed irfan dan tasya.

Kemarahannya terhadap semua pelajar lebih lebih lagi lisa yang telah menyebarkan hal itu banyak memberi kesan kepada maira mikayla. Hanya kerana rapat dengan syed muqri maira telah digelar status gedik serta dia juga telah dimalukan oleh ramai pelajar lelaki.

Mereka berempat berjalan bersama. Maira yang dari awal ternampak asyraf terburu bueru memanggilnya. Syed muqri hanya memerhati langkah laju maira. Dia melambai mesra.

"cepat, ayah suruh balik awal" asyraf bersuara lantang. Maira hanya mengangguk dan menurut sahaja.

"so, ayah ada buat vacation ke apa nak suruh balik awal?" maira mula bertanya.

"entah lah dik, abang tak sure. tadi lah adam whatsapp abang suruh balik awal ada something ayah nak bagitahu. ada family day kot, kita positif je lah" asyraf pula menjawab.

tidak mahu memikirkan sangat hal itu kerana takut sesuatu yang tidak baik telah berlaku. dia cuba menyedapkan hati dengan jawapannya.

"kan boleh bagitahu malam?" maira kembali bersuara

"tu lah. asalnya adam cakap ayah nak bagitahu malam ni tapi tiba tiba pula hal penting, ada lah tu. takyah fikir sangat eh dik, abang tengah lapar ni"

Maira mikayla mengangguk faham. sudah biasa dengan hobi abangnya. tahu lapar sahaja.

**

"muqri? pasal kahwin tu, kau terima?" syed irfan cuba bertanya. lepas saja Syed Muqri menceritakan soal masalahnya, Syed Irfan lah yang selalu menenangkan sepupunya itu. risa juga boleh membawa kesan depresi atau yang lain.

"oh, erm aku terima fan. maybe betul jodoh aku sampai. eh btw, mana kau tahu pasal ni? ummi bagitahu or walid?" senyuman hambar muqri terserlah di situ.

"kau yang mengadu haritu then lupa? lagipun paklong dah bagitahu kat abah and dia tanya lah aku kau ok ke tak pasal ni sebab tu aku tahu" syed irfan menjawab tenang. sandwich di tangan dikunyahnya perlahan.

"sorry lately ni aku tak berapa nak ok lah. serabut fikir." muqri mengadu perlahan.

sesekali syed irfan menghulur sandwich tuna kepada muqri untuk menghilangkan rasa serabutnya namun masih begitu juga.

"aku faham. muqri, sorry kalau aku tanya. if kau kahwin kan. maira macam mana?"

"pasal tu, aku tak boleh nak agak. aira segalanya untuk aku. aku taknak dia jauh sebab tu aku buat keputusan kahwin. even dia bukan milik aku tapi, aku nak jaga dia dari jauh fan."

"kau korbankan diri kau untuk dia?"

syed muqri cuma membiarkan sahaja pertanyaan syed irfan. senyuman tipis diukirkan. makin pedih dengan soalan itu dia mampu berdiam sahaja.

"okay, aku faham." syed irfan mengangguk perlahan.

***

tiba di kediaman encik farhan, maira segera mendapatkan ibu dan ayahnya. asyraf pula bergegas ke ruang tamu untuk menonton rancangan kegemarannya juga sama dengan adam. mereka sentiasa mempunyai perangai yang sama.

"ibu!" jerit maira dari belakang.

"Iya" jawab puan farida lembut

"apa yang ayah nak bincang ni?"

"nanti kita semua tahulah dik, dah pergi mandi. kejap lagi ayah turun"

Maira tidak membantah, arahan ibunya diikuti sahaja. dia terus mandi dan bersiap untuk makan tengahari. puan farida juga tidak mengetahui tentang perkara ini, dia cuba menyedapkan hati saja.

Terlanjur CintaWhere stories live. Discover now