"muqri, badan kamu panas ni." puan hasmah tiba tiba bersuara.
Hendak mengejutkan syed muqri dia sendiri pula terkejut.
"tu lah dah besar main hujan lagi. Bangun ummi amikkan ubat, kalau larat solat dulu. Nanti ummi bagitahu walid kamu cuti" kata puan hasmah cemas. Syed muqri sedikit lesu. Dia mencapai tangan umminya lalu menggeleng perlahan.
"muqri boleh pergi sekolah ummi. Larat lagi ni nanti makan ubat ok lah balik"
"ish. Risau ummi je nanti. Rehat je lah boleh? "
"takpa ummi, muqri boleh. Nanti mintak tolong irfan je hantar balik." pinta muqri lagi.
"yelah. Nanti walid hantar kamu. Dah pergi siap." puan hasmah meninggalkan bilik itu.
Syed muqri bersiap dengan cepat, tidak mempedulikan kesihatannya. Dia hanya ingin melihat wajah kesayangnya sahaja. Gigih menahan pening kepalanya, muqri hanya mengawal sakitnya. Syed mukhlis yang baru turun dari bilik utama mendekati muqri lalu meletakkan tangannya di atas dahi anaknya.
"boleh tahan ke kamu ni?" tanya syed mukhlis kerisauan
"boleh walid. Apa apa nanti irfan ada"
"ok lah. Jom walid hantar dulu. Muqriz naik sekali"Syed muqri dan muqriz hanya mengikut langkah walidnya dari belakang. Penghawa dingin diperlahankan kerana syed muqri tidak begitu sihat. Kepalanya terasa berdenyut.
"nanti apa apa call walid atau ummi" pesan syed mukhlis kepada anaknya.
Syed muqri mengangguk lemah, dia menyalam walidnya lalu masuk ke perkarangan sekolah. Tercari cari kelibat sepupunya, syed muqri tidak berjaya menemukan syed irfan.
Maira mikayla yang lalu berhampiran dengannya cuba mengelakkan diri kerana malu dengan kejadian tempoh hari. Namun apabila melihat muqri lesu tidak bermaya, dia cuba menegurnya.
"muqri, awak okay ke tak ni?"
"err saya okay aira. Tak pe" namun selepas berkata demikian.
Syed muqri terduduk kerana sakit kepalanya semakin menjadi jadi. Maira mikayla panik terus memegang lengan sasa syed muqri. Dia tanpa berfikir panjang menyentuh dahi muqri tanpa berlapit. Haba panas terasa, maira cuba memanggil rakannya di koridor.
Syed irfan yang baru sahaja sampai tiba tiba sahaja ternampak mereka berdua terduduk sama. Dia terus berlari mendapatkan syed muqri. Muqri diampuhnya perlahan. Syed irfan dan maira mikayla membawanya ke bilik sakit.
"maira! Tolong bawak dia jom" cemas syed irfan berkata. Maira mikayla hanya menurut dia juga merisaukan keadaan muqri yang langsung tidak bermaya itu.
Lama muqri tidur. Syed irfan dan maira mikayla setia menemaninya di situ. Mereka sanggup tidak masuk ke kelas kerana risau dengan keadaan muqri. Guru juga telah memberikan kebenaran kerana pada waktu itu mereka bermesyuarat jadi tiada siapa boleh menemani muqri.
"maira.." panggil syed irfan
"ye saya?"
"cara awak tu, macam suka dia" syed irfan berkata lagi sambil memandang tubuh syed muqri yang berbaring sahaja di katil tersebut.
"apa awak ni. Saya kan kawan dia. Mesti kena tolong, lagipun tadi saya nampak dia pitam then saya temanlah" terang maira
"tapi, dia ada saya. Maira, saya tahu awak suka dia cuma keraguan awak.. Jelas dalam mata" syed irfan memandang maira lagi.
YOU ARE READING
Terlanjur Cinta
Romance"walid tak benarkan kamu bercinta melainkan .." - syed mukhlis Syed muqri dengan yakin menerima keputusan itu dan percaya bahawa ini yang terbaik. Detik demi detik kisah dua pecinta muda ini dimemorikan, mereka masih baru mengharungi...