16

2.2K 51 0
                                    

syed irfan mengetuk pintu kelasnya, keadaan terus menjadi senyap sunyi bila syed muqri muncul dari belakang. mereka tidak berani untuk bersuara. lisa terkejut kerana syed muqri lantas menghampirinya dan menarik lengan lisa dengan kuat. dia terjerit kecil.

 "apa ni muqri ergh! "

"diam. Bila aku suruh kau bercakap, baru bukak mulut" syed muqri menarik lisa keluar dari kelas.

 Dia menolak tubuh lisa keras di belakang kelas mereka. Syed irfan cuba menenangkan syed muqri perlahan.

"muqri, cool down"

"ah! Budak immature macam dia ni kena kasar! " syed muqri membentak garang. Dia melepaskan segalanya dengan lisa. 

Lisa cuak dengan sikap muqri cuba menolaknya kembali.

"apa kau nak? "

"aku nak kau mengaku kat semua yang kau buat fitnah pasal maira! " syed muqri berkata lagi.

"fitnah? Huh daydreaming ke kau ni?" lisa senyum sinis.

 Syed muqri hampir kehilangan kawalannya, mahu sahaja ditumbuk lisa namun dihalang cepat oleh syed irfan.

"muqri, dah biar aku cakap. Lisa, kita straight to the point lah. Aku tahu kau buat benda ni sebab rasa suka kau tu tak terbalas kan then kau guna cara murah ni. Sebelum aku murahkan diri kau pasal kau dengan danial, baik kau cerita hal sebenar." syed irfan memujuk lembut.

 Lisa kembali dengan wajah cuaknya. Dia cuba berpura-pura tidak tahu.

"apa yang aku buat dengan mamat tu? "

"aww pity of you sweetie. Ingat aku sebodoh tu? Kau dulu dengan danial kan pernah ada something and.. Dekat sini jugak kau nak ber kiss kiss dia." syed irfan pula membalas kata kata lisa.

"kau tak ada bukti!"

"danial ada" syed irfan tergelak kecil mengatakan tentang itu. Dia terasa kemenangan miliknya. Syed irfan memandang syed muqri dan memberi isyarat kepadanya. 

Syed muqri terus bersuara.

"kalau kau taknak benda tu jadi. Cerita hal sebenar and aku tutup aib kau, tahu tak kau buat cara ni makin bagi aku meluat nak ada kawan macam ni" wajah lisa seratus peratus bertukar gelisah.

 Dia tidak mahu kejadian bercumbu bersama danial terbongkar dan dalam masa yang sama tidak mahu syed muqri menjauhkan diri darinya. Lisa segera mengangguk setuju untuk betulkan semua masalah ini.

"okay aku akan betulkan balik. But jangan bukak mulut" 

Syed irfan dan muqri bersetuju, mereka membawa lisa kembali semula di kelas.

 Lisa segera menangkan keadaan kelasnya dan memberitahu perkara sebenar.

"korang, aku mintak maaf. Apa yang aku cerita tu semua aku reka. Dorang keluar hari tu pun sebab ada netball and aku refuse nak balik dengan aira sekali dengan abang dia but, aku tak tahu pulak dia dengan muqri"

"yes. Waktu tu abang dia tak dapat amik, then aku offer hantar dia dengan driver irfan. Guys please, jangan rendahkan orang sesuka hati, aku tak suka. aku takut nanti korang semua pulak kena kifarah macam ni." Syed muqri pula bersuara.

 Danial cuba menyampuk. Masih tidak mempercayai tentang itu.

"tadi cerita lain. Sekarang apa pulak ni? Dah lah muqri, aira tu murah je tergedik gedik nak kau. Ke kau yang try nak game dia? nak berkifarah segala " danial ketawa besar. 

Terlanjur CintaWhere stories live. Discover now