Hanya tinggal sehari lagi sebelum taaruf mereka diadakan. jumaat adalah penghulu bagi segala hari. pada hari itu juga Syed mukhlis serta isterinya keluar untuk membuat permohonan di mahkamah. Syed muqri turut tidak hadir ke skolah pada hari itu kerana dipinta Syed Mukhlis untuk mengukur baju nikah dan mengambil baju sempena taarufnya esok.
Waktu rehat di sekolah itu cukup bising kerana semua pelajar berpusu pusu untuk membeli makanan. Maira dan Tasya kelihatan tenang mengawal keadaan itu kerana mereka ditugaskan berdua untuk menjaga kantin.
"err Aira esok kau ada taaruf kan?" tasya memulakan perbualannya.
"slow lah sikit. nanti yang lain dengar!" pinta Maira. dia memukul bahu kiri tasya. kasar juga dia ni.
"eh sorry weh. erm betul lah kan?"
"ye betul. esok aku ada taaruf dengan keluarga pihak lelaki"
"cepatnya kau nak jadi isteri orang" kata tasya lagi.
"maksud kau?"
"ye lah. taaruf tu tu bukan nikah ke?"
pap! satu lagi pukulan daripada Maira dihadiahkan.
"kepala otak kau! ish! taaruf tu means pertemuan atau senang lah perkenalan seseorang dengan seseorang"
"adoi! sakit lah. but konsep dia?" tasya mengaduh kesakitan. bagai promosi pula hari ini. tanya soalan percuma dua pukulan.
"konsep taaruf ( ta'aruf ) perkenalan yang dianjurkan dalam islam adalah dalam batas-batas yang tidak melanggar aturan islam itu sendiri. selalu orang buat untuk cari jodoh, faham? kalau tak faham juga tanya mr. google" panjang penerangan maira.
Tasya masih lagi seperti di awang awangan, tidak berapa faham dengan penjelasan rakan karibnya itu. namun dia hanyaberpura pura sahaja tahu agar tidak dihadiahkan pukulan ketiga.
rancak perbualan mereka diperhati oleh syed irfan. dia kemudian menegur kedua gadis tersebut.
"hai girls!"
"hai fan!" laju disahut tasya. maira menggeleng perlahan.
"so dah lama tak nampak awak aira dalam tiga hari macamtu, holiday okay?" tanya syed irfan.
"good. saya enjoy, erm btw kenapa hari ni muqri tak datang?" sengaja dia menukar topik kerana tidak mahu syed irfan bertanya lebih tentang 'holiday' palsunya.
"oh dia tak datang sebab ada sikit problem but don't worry, semua under control" senyuman dilemparkan.
Maira mengangguk faham. lama mereka bertiga di situ akhirnya tasya mengajak pulang ke kelas, loceng juga sudah berbunyi.
Sesi pembelajaran mereka tamat pada hari itu. semua pelajar dibenarkan pulang awal sebab waktu persekolahan pada hari jumaat hanya dari 7:30 pagi sehingga 12:30 petang.
Tasya terlebih awal sudah meminta diri untuk pulang. Sama seperti maira. sebelum dia melangkah masuk ke dalam mercedes milik abangnya syed irfan sempat menegurnya sesuatu.
"see you tomorrow aira!" teriak syed irfan. hanya dia saja yang tahu maksud dia berkata sebegitu.
mendengar teriakan syed irfan maira segera menoleh. dia hanya melambai.
"wait, esok kan cuti. ah maybe dia lupa" bisik hati kecil maira.
sunyi menemani ruangan kereta. hanya musik di corong radio kedengaran. Giliran Adam pula kali ini untuk menjemput maira pulang. dia cuba mengajak maira mikayla berbual.
"adik okay?"
"yes kenapa" jawab maira ringkas.
adam menyambung lagi percakapannya.
YOU ARE READING
Terlanjur Cinta
Romance"walid tak benarkan kamu bercinta melainkan .." - syed mukhlis Syed muqri dengan yakin menerima keputusan itu dan percaya bahawa ini yang terbaik. Detik demi detik kisah dua pecinta muda ini dimemorikan, mereka masih baru mengharungi...