Petang yang membosankan, dengan kaki cedera. melecet je pun tapi pedih!
"haish" muqri melepaskan keluhan berat.
"berat sangat bunyinya, ada masalah ke ni?" puan hasmah menegur.
Puan Hasmah antara orang yang sentiasa menemani muqri sama ada dia di dalam kesusahan, gembira atau semasa bosan.
"tak ada apa lah ummi, muqri cuma bosan"
"tadi kan dah keluar dengan irfan, takkan bosan lagi?"
"tu pagi lah ummi."
"daripada duk melangut ni, baik ulangkaji. awak punya spm tu makin dekat ni"
"ala ummi, muqri tak ada lagi mood belajar, nanti muqri buat sekali dengan ariz ok"
"iyelah, ummi nak sambung mengemas ni." puan hasmah meminta diri.
"ummi.." syed muqri memanggil perlahan.
"ye kenapa ni?"
"kalau muqri keluar kejap boleh?"
"macam biasalah jangan balik lambat nanti walid bebel manjang, dah keluar tadi nak keluar lagi. ni apa lah nak jadi"
"jadi suami orang ummi, ok thank youuu" sengih syed muqri.
puan hasmah menggeleng saja. malas hendak elayan perangai manja tak bertempat muqri. Puan Hasmah meninggalkan anaknya di situ.
ruang tamu sekali lagi ditemani bunyi televisyen yang dipasang.
***
"dah kurus dah?" adam mengejek
"diam lah!" cebik maira panjang.
"dah dah lah tu kacau adik, baik tolong ayah siapkan kerja office tu" puan farida pula mencelah.
"hai bu, tahu lah dia kahwin dulu. takkan nak usik sikit tak boleh"
"adam" asyraf bersuara. tidak mahu Maira semakin terbeban dengan perkahwinan, dia memberi isyarat kepada adam
Maira pula masih berdiam di situ.
"dah, jom makan. adam tolong panggil ayah kat atas." puan farida bersuara lembut.
mereka sekeluarga berkumpul semula di meja makan. encik farhan mengambil tempat terlebih dahulu. sebelum memulakan makan dia sempat menyampaikan sesuatu.
"nanti cuti dua minggu kan?"
ha yei adik start minggu depan." jawab maira.
"rabu minggu depan nanti keluar dengan muqri, abang asyraf denan adam temankan. pergi beli baju nikah"
tersedak sedikit maira mendengar namun masih di dalam kawalan.
"dengan muqri?"
"habistu nanti takkan nak ikut saiz abang adam?"
Dia menunduk semula.
"bila majlis yah?" adam pula menukar topik.
"ahad" ringkas jawapan dari ayah mereka.
Maira mengangkat wajah. semakin tersedak dibuatnya, puan farida segera menepuk belakang anak perempuannya.
"makan elok elok dik"
tanpa menunggu makanan habis, maira menyudahkan makan dan segera naik ke atas.
"adik!" jerit asyraf
"biarkan dia"
***
"Fan! teman aku"
"kau nak gi mana petang petang ni? tak cukup dengan kaki melecet nak berjalan lagi eee malas lah aku" bebelnya di corong telefon.
YOU ARE READING
Terlanjur Cinta
Romance"walid tak benarkan kamu bercinta melainkan .." - syed mukhlis Syed muqri dengan yakin menerima keputusan itu dan percaya bahawa ini yang terbaik. Detik demi detik kisah dua pecinta muda ini dimemorikan, mereka masih baru mengharungi...