Masa begitu mencemburui mereka. hanya tinggal sehari sahaja masa untuk mereka tahu keputusan mereka. gemuruh? haruslah, sudah menjadi teman mereka sejak hari pertama peperiksaan. apatah lagi menunggu keputusan.
"abang! ada orang telefon." jerit Syed Muqriz di ruang tamu.
Syed Muqri yang berada di dapur memandang.
"angkat jap riz, abang basuh pinggan kejap."
Sudah dua hari dia melepak di rumah orang tuanya kerana menghantar adiknya itu pulang. Syed Mukhlis pula terpaksa menghadiri showcase di luar. terpaksa lah mengambil dan menghantar adiknya pulang. abang misali katakan.
"nah, akak call." hulur Syed Muqriz.
"hai sayang!" telefon diselit pada telinga. jenuh lah dia basuh pinggan dengan kepit telefon tu.
"kat rumah walid ke?"
"haah, abang tengah basuh pinggan ni. baru lepas teman budak ni makan."
"ohh, tak ajak ariz datang sini pulak"
"abang dah ajak, tapi dia tak nak. hmm by the way, sayang ada nak pesan apa apa ke?" dia berhenti mencuci. tangannya dilap pada sapu tangan yang tergantung.
"tak ada, abang balik tak?"
"hai tanya macam abang kahwin 2 pulak. mestila balik, mana lagi nak balik sayang oi, rumah tu jugak ler."
"aira tanya balik tak, pergi melalut kahwin 2 kenapa?!" cebik Maira Mikayla
Walaupun dalam talian, Syed Muqri dapat membayangkan wajah isterinya itu.
"hm, mana ada melalut tu. betul tau."
"tak apa lah, malas nak cakap dengan abang." Maira Mikayla bersuara perlahan.
"ala sayang, jangan la merajuk. kalau abang ada kat sebelah ni lama abang peluk tau."
Diam. Tetapi sebenarnya dalam diamnya itu Maira Mikayla sudah simpan seribu senyum.
"sayang abang merajuk ke ni?" Tanya Syed Muqri lembut.
tanya pulak, kalau dah diam tu tengah berdebat ke? sah la merajuk! roll eyes sikit!
Syed Muqri ketawa kecil.
"abang balik sayang, kejap lagi abang gerak. sekarang cuma nak kemas kemas apa yang patut dengan ariz ni, sayang ada mengidam apa apa ke?"
Mendengarkan itu hilang terus rajuk! bukan sebab sweet sangat. tapi apa ni sampai mengidam, malu malu malu!
"apa abang ni, suka betul tau merepek. tak apalah, bye!"
"aip no, hold on first before matikan. I love you sayang."
Maira Mikayla sudah tersipu malu memegang telefonnya.
"ok bye abang!" Maira Mikayla terus mematikan talian.
hai la isteri, bikin angau!
Baru sahaja dia hendak menyimpan telefon, Tiba tiba sahaja satu mesej diterima. belum dibuka lagi mulutnya sudah senyum panjang ke telinga.
"I love you more abang." itulah yang membuat pipi ditarik panjang. Berkali kali dia ulang, jakun tak pernah terima love gamaknya.
***
"sayang malam ni kita keluar?" tanya Syed Muqri.
Tidak berjawab. halus sangat ke suara dia sampai tak boleh dengar. maklum lah, yang sorang lipat baju di bilik yang sorang di ruang tamu.
"aira??" Panggil Syed Muqri lagi.
Masih tiada jawapan, Syed Muqri bangun bergegas ke biliknya.
"sayang?"
YOU ARE READING
Terlanjur Cinta
Romance"walid tak benarkan kamu bercinta melainkan .." - syed mukhlis Syed muqri dengan yakin menerima keputusan itu dan percaya bahawa ini yang terbaik. Detik demi detik kisah dua pecinta muda ini dimemorikan, mereka masih baru mengharungi...