6 (part 4)

3.2K 74 2
                                    

"pergi dekat dia" syed irfan dengan pantas mencubit peha muqri 

"adoi! Kau ni menyusahkan lah. Biarlah dia kat situ"

"nak aku ajar ke? Pergi sapa dia sekarang. Jangan ego sangat, ada masa ni." syed irfan membeliakkan matanya lalu menolak muqri.

 Akhirnya muqri akur, dia berlari mendapatkan maira mikayla yang menaiki tangga itu. 

"err aira! Tunggu saya nak ikut."

Maira mikayla lantas menoleh ke belakang. Mata jernihnya memandang muqri. 

"eh ingat ke nak balik tadi"

"tak ada lah. Tadi cuma kemas barang, lagipun saya dah janji nak teman awak harini?" syed muqri sengaja menggaru kepala yang sebenarnya tidak gatal. 

"kita ada janji?" tanya maira kehairanan. 

"eh tak. Maksud saya kan saya cakap nak teman cikgu azlan jugak harini. Ha kira macam janji lah kan? "

"awak ni okey ke tak muqri? Erm takpe kita bertugas sama sama eh?" maira mikayla terhibur dengan perangai kelam kabut muqri itu. Dia hanya melayan sahaja. 

"aira.." muqri menenggelamkan sedikit suaranya.

Maira hanya memandang dan membuat isyarat muka.

"Hmm?"

"kita bertugas sama sama? Saya teman awak"

Maira mengangguk malu. Dia tersenyum melihat keikhlasan muqri dan mereka pun berjalan berdua menaiki tangga. Akhirnya tiba di bilik pengawas yang selalu disinggahi muqri dan maira semasa rehat. Syed muqri mencapai iphone 6s plus nya lalu menekan call. Dia menelefon ketua biro disiplin iaitu cikgu azlan untuk bertanya tentang tugas pada hari itu. 

"assalamualaikum cikgu. Cikgu datang tak? And kitorang kena ronda ke apa ni?"

"wa'alaikumusalam muqri. Sorry cikgu tak dapat bagitahu awal awal yang cikgu tak boleh datang. Kena balik kampung ada hal family ni. Kamu takyah bertugas harini. Cuma susun je apa yang patut nanti kunci bagi bagi kerani pejabat je senang." terang cikgu azlan di dalam telefon.

Selepas meminta diri untuk meletakkan panggilan. Syed muqri mendapatkan maira mikayla yang sedang meneliti buku lama pengawas sekolah mereka. Ramai tokoh tokoh pelajar yang berasal pengawas sekolah. Maira melihat dengan bangga.

"aira. Erm harini kita takyah ronda blok catat semua tu. Kita check bilik ni je. Call abang awak sekarang nanti tak ada lah lewat dia ambil." arah muqri tenang. 

"okey" balasnya ringkas. 

Selesai menyusun dan memeriksa fail yang terdapat di bilik pengawas itu, syed muqri serta maira keluar lalu dia mengunci bilik tersebut. Maira mikayla turun lalu menunggu di bangku hadapan pagar sekolah. Syed muqri terus mendapatkan syed irfan yang hanya melayan telefonnya di pondok kantin. 

"jom balik. Aku dah siap." muqri bersuara. 

"Maira mana?" tanya Irfan. 

"dah pergi depan tunggu abang dia"

"kau gi teman dia kat depan. Aku nak lepak kejap. Pak man lagi 20 minit sampai." arah irfan lagi. 

"taknak aku. Dibuat kalau abang dia nampak? " syed muqri berdalih. Ee kering betul lah hati mamat ni. 

Terlanjur CintaWhere stories live. Discover now