18

2.1K 52 0
                                    

Cuti penggal selama dua minggu semakin hampir,  kemurungan syed muqri masih kekal. dia buntu dengan keputusannya walaupun dalam masa yang sama dia yakin.

termenung sahaja di sekolah. tambahan lagi maira sudah lama tidak kelihatan. semakin runsing jadinya.

"bro? kau kenapa ni muqri?" sapa ikram 

"tak ada apa apa lah ikram, saja rehatkan minda"

"kau serabut pasal aira? aku macam boleh agak je ni" soalan menjerat daripada ikram membuatkan syed muqri menoleh. tipis senyumannya, tiada makna. 

keliru hendak menjawab, sebab maira dia jadi begitu atau kerana kahwin?. dia sendiri buntu. tidak mahu ikram mensyaki apa apa dia membuat keputusan untuk melemperkan senyuman sekali lagi.

"tak ada lah. oh ya btw kau tahu aira kenapa. dia sakit eh? dah lama tak nampak dia datang sekolah. entah apa khabar dia tu, sihat ke tak?" syed muqri sempat berpura. tidak mahu menonjolkan keserabutannya lagi. boleh juga lah dia menggunakan kesempatan untuk bertanya. mana lah tahu Maira Mikayla sengaja tidak mahu datang dan tidak memberitahu sebab ketidakhadirannya itu kerana dirinay sendiri.

"Tasya cakap dia bercuti dengan family dia kan? kau takkan lah tak tahu. boyfriend dia kot" jawab ikram ringkas

syed muqri mengangguk sahaja. "hesy, boleh pulak kau cakap macam tu. aku ni kawan dia je. haih, aku ingat ke dia sakit. mana kau tau? aku tak ada dengar apa apa pun." boyfriend? haha! memang mengarut. kalau berkawan pun boleh membuat walidnya mengamuk bagai nak rak inikan pula bercinta.

"hai kau ni dah berapa lama tak bukak group muqri? dia dh inform kat whatsapp pasal ni. lepastu Tasya pun cakap benda sama bila cikgu lain tanya. biasalah, kalau bapa ada rezeki lebih mesti nak berkongsi dengan family." ujar Ikram bersahaja. nampak gelisah aje Syed Muqri ni bila melibatkan Maira Mikayla.

"whatsapp? err bukak tapi baca tu tak menyempat. sorry lah lately ni aku banyak benda kena settle. tak apa, nanti aku tanya lah kahabar dia sendiri. btw ikram, yang schedule aku plan tu, kau ok? ke nak tukar ke?" tidak mahu dibahaskan lagi tentang itu, dia mengajak ikram masuk ke kelas. sambil sambil itu mereka sempat juga lah berbual. lama juga tak berbual dengan mamat tall and dark tu.

***

"muqri, kau cari aira ke?" Tasya pula menyapanya. kelihatan dia seperti tercari cari orang saja.

"eh tak. aku tahu dia tak datang. btw nampak irfan?" nah! itu orang yang dia cari. sepupu pendengar, syed irfan.

"ohh dia ke! ada je kat dalam kelas tu. yang kau cari sampai library kenapa?" 

"aku ingat dia kat sini dengan kau, ye lah korang kan berkepit je"

tergelak kecil Tasya mendengarnya. tidak dinafikan dia memang sejak kebelakangan ini rapat dengan syed irfan. mengenali hati budi masing masing. ceh!

"takkan lah 24 hours nak berkepit"

"mana lah tahu" ejek Syed muqri. walaupun masih dibelengu masalah namun, tetap dia cuba menyembunyikan masalah itu.

"dah lah. jom masuk kelas" ajaknya lagi.

sepanjang perjalanan mereka ke kelas. ada juga muqri bertanya tentang maira, apakah dia sihat sepanjang tiga hari ini? masih dalam tanda tanya.

"dia sihat muqri tapi.." panjang tapi Tasya. kerisauan terbit. dia memotong tapi itu

"tapi?"

"dia ada problem muqri" jawab tasya bersahaja. renungannya dibalas Muqri.

"masalah? bukan dia bercuti?"

"aku tak boleh bagitahu apa masalah dia sebab benda ni akan bebankan diri dia"

"sebab tu kau kata dia bercuti?"

"erm yes. aku terpaksa. sorry"

"it's okay, nanti kirim salam aku kat dia" pinta syed muqri.

"insyaAllah."

"fan, kenapa aku tak boleh tahu problem dia?" suara Syed Muqri bagaikan lirih sahaja.

"like i said, semua ni akan bebankan dia." senyum kosong Syed Irfan menjawab. andai saja dia dapat memberitahu semua ini berkait dengan sepupunya itu, pasti dari awal sudah dia bagitahu. namun hendak bagaimana lagi. tersepit.

akhirnya sampai juga di muka pintu. dia segera menuju ke tempat duduknya iaitu betul betul bersebelahan dengan Syed irfan.

"lama kau bertugas. aku tengok Ikram yang masuk kelas dulu." Syed irfan mula bersuara.

"tadi cari kau lah. macam taktahu kau kan suka ponteng ikut Tasya bertugas, taktahu lah pulak kau rajin masuk kelas"

"tak ada lah. aku macam malas sikit nak jalan. rest je lah sini, lagipun takde mood pulak nak jalan kan?"

"ye ye je lah kau tu. dah lah baik kau buat nota!" syed muqri mengeluarkan buku nota nya dan menulis segala apa yang ditulis oleh ustaz ammar

"weh sebelum tu, nanti balik kita lepak kejap eh! aku ada something nak cakap"

"erm yelah, kejap je k? aku tak nak masa terbuang pulak" seloroh Syed Muqri lagi.

"halah kau ni, macam selama ni kau tak pernah lepak." tempelak Syed IRfan.

"kali ni aku nak catch up balik apa yang kita dah belajar ah, aku tak nak otak ni makin lost nanti. kau macam tak tau soalan banyak kbat. mati kita kalau tak tahu nka jawab basic." Syed Muqri memulakan ceramahnya. memang satu hari kuat motivasi yang diberikan Syed Muqri ni. boleh jadi comsultant!

"aku ajak lepak, kau bebel panjang pulak, haih muqri. ye aku tau kau pandai bijak, jangan risau lah! pasal hal yang aku nak bual dengan kau ni confirm habis tak akan ganggu masa catch up belajar kau tu!" dengan yakin Syed Irfan berkata.

"layan kau ni, boleh buat aku dari pandai jadi dungu tahu? dah sambung keje tu. naya aku kalau ustaz sound nanti." arah Syed Muqri serius. ternampak pula ustaz ammar yang sekejap sekejap memerhati mereka itu. guru itu boleh tahan juga garangnya walaupun selalu kaw tim!

mereka menyambung semula menyalin nota ustaz ammar.

entah apa yang akan diberitahu syed irfan nanti. di kala ini malas pula Syed Muqri hendak berfikir. apa nak jadi lepas ini biarlah jadi, yang penting kerja nota nya siap sebelum loceng berbunyi. nanti terkejar kejar masa naik susah!

lincah tangan Syed Muqri menyalin. waktu belajar dia mesti akan manfaatkan dahulu. tidak mahu membuang banyak waktu lagi lagi masa memang mencemburui mereka semua. pejam celik pejam celik beberapa bulan saja SPM menghampiri. 

Syed Muqri menanam semangat dan azamnya untuk berjaya di peperiksaan penetuan hidupnya ini. cuma ini kesempatan untuknya membuktikan kepada keluarga bahawa dia mampu. dengan cara ini juga Syed Muqri mahu membalas jasa walid serta ummi yang telah susah selama 17 tahun menjaga dan mendidik.

ye lah kan, siapa saja yang tidak mahu berbakti untuk orang tua. di masa ini lah kita perlu menjaga mereka. jangan pula di sia sia kan. 

Terlanjur CintaWhere stories live. Discover now