31

2.7K 63 3
                                    

"assalamualaikum" suara seorang wanita menyapa mereka.

"wa'alaikumussalam! su! lama tak jumpa." puan farida laju beramah mesra dengan wanita yang selesa digelar su itu.

"besar dah anak buah sorang ni."

senyum Maira di situ. disalam tangan cik su mesra. cik su. suraya binti haji razali, sepupu kepada ibu maira. lebih mesra digelar cik su. oleh kerana puan farida satu satunya anak tunggal kerana datuk dan nenek maira bercerai dan sudah meninggal dunia, jadi dengan cik su sahaja puan farida mencari teman.

cik su pula masih membujang sehingga sekarang. Aira dan abang abangnya sahaja anak cik su.

"cik su sihat?"

"sihat aira. ni pukul berapa nak pergi royal chulan ni da? aku dah pesan dekat alha tu pukul 2 dia datang sana nak makeup aira." cik su mula bertanya.

"dalam pukul 1 kami gerak lah. tu si asyraf dengan adam pun tak balik office lagi. sibuk je memanjang." jawab puan farida separu membebel.

sudah umum dua beradik lelaki itu memang susah melekat di rumah. kerja saja. bila di rumah pun selepas ambil maira pulang dari kerja, waktu malam. selebihnya? jarang!

"alha? makeup artis tu?" tiba tiba saja maira mencelah.

"iya, ayah dah suruh cik su awak ni cari tukang makeup yang perfect. untuk aira seorang." entah dari mana pula muncul encik farhan.

"tu lah. kalau boleh kahwin pun nk buat besar besar ayah kau ni aira." balas cik su.

"aira naik kejap eh, nak siap dah pukul 12 setengah pun." maira meminta diri. tidak mahu membuat pihak di sana menunggu. lebih baik bersiap awal.

"ha abang, call asyraf dengan adam. nanti lambat pulak kita."

"saya call kejap." encik farhan menurut.

***

"muqri! dah siap belum?" puan hasmah memanggil.

"belum ummi!" teriaknya.

lambat pula anak lelaki ini bersiap. mungkin sedang seterika baju.

"ummi dah pesan kan nanti iron awal awal. takut lambat je tau ni." bercekak pinggang puan hasmah di muka pintu.

"ummi, baru pukul satu ni, muqri bukannya nak kena makeup."

"dah dah mai sini baju tu. lambat ke cepat ke kita mana boleh buat orang menunggu. tok khadi tu awal awal dah ada kat masjid, kita kena lah rushing." bebel puan hasmah.

"ye lah ummi.." bahu puan hasmah digosok lembut. syed muqri memperhatikan saja puan hasmah menyerika baju pengantin. rasanya sudah lama ummi tidak menyerikakan baju nya. selepas akhil baligh semua diuruskan sendiri. cuma masak puan hasmah yang sediakan.

"amik baju ni pakai. sampin mana sampin?" tanya puan hasmah tegas. memang ingin cepat kali ni.

"ni ummi." sambil menyarungkan baju melayu cream coklat itu dia menghulurkan sampin berwarna putih kekuningan.

dipakaikan terus sampin di pinggang syed muqri. persis betul semasa mula bersekolah agama darjah satu. samping dipakaikan oleh puan hasmah juga.

sejak kebelakangan ini segala memori semasa syed muqri kecil akan lalu di fikirannya. rindu agaknya.

syed muqri mengangkat kedua belah tangan untuk memudahkan puan hasmah menyarungkan sampin.

diperkemaskan sampin dengaan lipatan bergulung. songkok hitam dicapai, dengan perlahan dia meletakkan songkok di kepala syed muqri supaya tidak terusik rambut.

Terlanjur CintaWhere stories live. Discover now