extra part 20

2.6K 56 1
                                    

Masa yang ditunggu telah tiba, pertemuan syed muqri dan maira mikayla.

Maira mikayla mengenakan jubah hitam bersalut kuning bersama shawl coklat. selepas selesai memakai jubah pintu diketuk. maira membenarkan mereka masuk. Adam tersenyum melihat kecantikan adik perempuannya. Adam juga kelihatan kacak dipadankan dengan t shirt berkolar coklat.

"jom turun."

maira mengangguk. dia cepat cepat memakai sarung tangan dan mencapai niqab yang berada di katil.

encik farhan pula melihat anaknya di hadapan bilik. maira sangat jelita dipadankan dengan jubah itu. tepat pilihan puan farida.

perlahan lahan Maira mendekati encik farhan. lengan bapanya disalam. Encik farhan menghadap maira. mengambil niqab dari tangan anaknya, dengan berhati hati dia mengikat niqab dengan lembut. akhirnya wajah maira ditutup separuh, yang hanya dibiarkan mata indahnya.

selesai sahaja maira memeluk encik farhan erat. adam yang turut berada di situ hampi menangis melihat mata kuyu adiknya.

"jom kita turun, semua dah ada kat bawah" kata encik farhan lagi.

langkah maira menjadi lemah, perlahan lahan adam mendampinginya. satu demi satu anak tangga dituruni. terlihat asyraf dan puan farida beramah mesra bersama keluarga pihak lelaki. tetapi, siapa pasangan nya nanti?

"tu dah turun" kata asyraf.

"lawa anaknya, ariz tolong panggilkan abang kat luar." puan hasmah bersuara.

syed mukhlis dan amri hanya mendiamkan diri, syed muqriz bergegas keluar untuk memanggil abangnya masuk.

Di luar.

"muqri, kau okay? asal shaking ni?" kata syed irfan. melihat syed muqri seperti tidak tentu hala sahaja.

"err macam mana kalau dia tak suka aku?" tanya muqri gelabah

"chill bro, aku tahu dia sayang kau."

syed muqri menghadiahkan senyuman hambarnya.

"abang, ummi panggil masuk." syed muqriz pula muncul.

jantung semakin laju. tiada tanda tanda untuk perlahan kembali.

"muqri, jom" ajak syed irfan pula. lutut tiba tiba semakin lemah rasa hendak tercabut. perlahan syed muqri menarik nafas dan menghembusnya kembali. Syed irfan dan syed muqriz terlebih dahulu pergi meninggalkan syed muqri di belakang.

Maira pula masih berada di sofa bersebelahan abangnya, adam.

"adik, you can go through this" bisik adam kepada maira. maira memejam mata menahan tangis.

"cepatlah" jerit syed irfan di muka pintu.

suara itu, seringkali didengar. cuba mengecam. benar, dia mengenali suara itu tapi apa dia buat kat sini? tanya hati kecilnya

fikirannya hanya satu, bakal suaminya. suara itu cukup dia kenal.

Syed irfan masuk bersama adik sepupunya. maira memandang terkejut. bakal suami aku syed irfan? hati semakin resah.

syed irfan mengambil tempat duduknya di sebelah syed amri. dia memandang maira mikayla.

pandangan kosong terserlah di mata maira, lebih jelas dia lihat kerana hanya nampak mata dan yang lain tertutup dek kerana niqab.

Syed muqri berdiri betul betul di hadapan pintu utama. dia menarik nafas panjang untuk mengumpul kekuatannya. dengan bacaan bismillah dia melangkah masuk.

"assalamualaikum." salam diberikan.

semua ahli keluarga bangun apabila mendengar salam tersebut. turut diikuti maira mikayla. lengan adam dipaut kuat.

Terlanjur CintaWhere stories live. Discover now