1

6.3K 126 2
                                    

Maira Mikayla membatu, begitu juga Syed Muqri. untuk menghilangkan rasa kekok, Maira Mikayla senyum.

"ni kasut awak" dia menghulurkan pasang kasut hitam.

"oh ya err tapi macam mana awak nampak?"

"maybe ada student tersepak kasut tu sampai sini. Tu sebab kasut awak jauh sikit."

Maira Mikayla menggaru kepalanya. macam mana aku boleh tak nampak..

"thanks muqri" Maira Mikayla memandang muqri yang tertunduk. Tanpa membuang masa Maira duduk untuk mengikat tali kasutnya.

Syed Muqri yang dari tadi berdiri di sebelah pintu khusyuk memerhati pencuri hatinya mengikat tali kasut tapi dengan segera dia cuba memulakan bicara.

"err maira, saya ada suggest nama awak dekat ustaz pasal pertandingan tilawah. harap awak akan join"

Maira Mikayla terus mengangkat wajah setelah mendengar kata kata yang disampaikan oleh muqri itu. Dia bangun selepas selesai mengikat tali kasutnya lalu bertanya semula kepada muqri.

"oh. Kenapa awak tak masuk? "

"saya tak nak hilang fokus belajar?" jawabnya teragak agak."

"kalau macam tu awak letakkan saya dekat tempat awak dan saya yang akan hilang fokus pulak" perbualan mereka secara tidak langsung menjadi perbincangan. Daripada di depan perpustakaan, mereka berdua berjalan di sepanjang koridor sekolah itu. Syed Irfan yang dari tadi memerhati di tangga tersengih dari tadi pun beredar. lupa terus cousin dia ni.

"err tak tak, saya cuma nak bagi awak peluang sebab sekolah kita tak ada lagi hafizah perempuan" terang muqri lembut.

Tidak tahu kenapa hati maira bagai terpaut dengan kata kata itu. Sayu sekali. Dia melihat muqri yang beberapa cm lebih tinggi darinya itu dengan pandangan yang tulus.

"maira, aira. mana satu awak nak guna ni?" Tanya Maira Mikayla.

Alamak.

"err.."

"Muqri, sepanjang saya jadi partner awak dalam badan disiplin ni, awak asyik suruh orang je cakap untuk pihak awak. kali ni la baru saya dapat bincang dengan tahfiz sombong ni. awak okay?" Panjang Lebar Maira Mikayla mengomel.

Syed muqri hanya tersenyum sahaja.

"maaf, saya cuma nak bagi awak peluang."

"apa apa je lah muqri" maira mikayla ketawa kecil dan menggelengkan kepalanya, Dia meninggalkan syed muqri di belakang. Muqri yang hanya melihat susuk itu menjauh dia terus mengejar semula maira mikayla.

"nanti jap aira. Awak ada tugas kan? Jom buat dengan saya? Saya nak ronda blok a. Saya tahu awak kantin sebab saya yang siapkan jadual awak." Syed Muqri cuba menghilangkan rasa kekok.

"sejak bila awak ada rasa nak bertugas dengan saya ni?" sindir maira mikayla

"sejak tadi? awak dah label saya sombong, jadi saya tak nak lah kena cop sombong lagi. Alang alang kita dah jalan ni, why not kan? Bila lagi ketua pengawas dengan penolong dia nak bekerjasama?" tutur syed muqri.

"saya tak pernah tengok awak jalan dengan perempuan sebelum ni.."

"dan saya jarang tengok awak bersuara mesra dengan lelaki sebelum ni" Dengar sahaja ayat itu Maira Mikayla dengan segera menundukkan wajahnya. Dia memang malu untuk berbicara tapi tidak sedar bahawa dia amat mesra hari ini. Akhirnya dia terpaksa menebalkan muka nya untuk berkata kata dan mengawal kemesraannya.

"err, ok report saya dah siap. Awak muqri? "

"dah. Erm ok bagi buku awak tu, saya hantarkan kat cikgu azlan. Awak masuk lah kelas dulu"

Terlanjur CintaWhere stories live. Discover now