48

3.4K 74 5
                                    

"tak sangka menantu abah pergi dulu sebelum abah." sayu sahaja kata yang dikeluarkan datuk Syed Muqri.

"saya suami pun terkejut abah, tapi saya redha. semua ada hikmah."

"yelah, abah bukan apa. abah sayang Hasmah macam anak abah, macam baru aje rasa dia masak. Allah.."

"tak apa lah abah, kita yang hidup kena teruskan. " jawab Syed Mukhlis lagi.

Syed Muqri berdiam diri. tidak dapat membendung lagi kesedihan apabila mendengar kata atuknya. dia berlalu dari situ. Maira Mikayla mengikut dari belakang.

di balkoni rumah kakinya terhenti, tangannya berpaut pada pemegang. laju air mata lelakinya meluncur keluar. berkali kali dia mengesat namun berdegil juga hati merintih.

Maira Mikayla memandang sayu, perlahan dia merapati suaminya yang segak berbaju melayu hitam.

Mata Syed Muqri dipejam. cuba memberhentikan tangis di hadapan Maira Mikayla, dia perlu kuat.

terus dia mengesat air mata.

"awak menangis lagi?"

"tak lah, sejuk sangat sampai keluar air mata."

"hm, alasan drama melayu lagi." Maira Mikayla mencebik.

Syed Muqri tertawa.

"betul sayang. tak rasa sejuk ke?"

"muqri, awak punya mata, hidung dah merah. eyebag pulak makin hitam saya tengok. mana la saya nak percaya dengan alasan sejuk awak ni."

"means lakonan abang tak jadi la ni?"

Maira Mikayla menggeleng.

"tidak sama sekali."

Syed Muqri tersenyum hambar. dia berpeluk tubuh, kepala ditundukkan.

"abang cuma.."

belum sempat dia menghabiskan ayatnya, sekali lagi air mata nya jatuh membasahi pipi.

serak suara ingin menyambung kata.

"abang cuma rindu ummi." Syed Muqri semakin menunduk.

Maira Mikayla semakin sayu melihat suaminya turut menangis. dia mengambil kedua tangan Syed Muqri, memegang dengan penuh kasih. entah dari mana dia dapat kekuatan melakukan itu, Maira Mikayla menggenggam erat kedua belah tangan tersebut.

"muqri, Allah tak akan uji hamba dia lebih dari kemampuan hamba tu sendiri. saya akan ada dengan awak."

"abang takut aira pulak tinggal abang."

"muqri, saya isteri. tempat saya di sisi awak. Allah letakkan darjat wanita di tulang belakang lelaki untuk menyokong untuk selalu ada di sisi suami, bukan di kepala untuk mengawal atau di kaki untuk dipijak. saya isteri awak muqri, layan saya macam isteri."

Syed Muqri memejam erat kedua belah matanya, walau kata itu sedikit boleh merawat hatinya tetapi dia pula tidak bersedia. nafas dihela perlahan.

"abang akan jaga aira sampai hilang kudrat sebagai suami, selagi tanggungjawab abang masih terikat dan sampai nyawa abang sendiri pergi dari jasad"

Maira Mikayla membalas dengan senyum. betulkah keputusannya memberikan seluruh jiwa raga kepada Syed Muqri. soal hati.

"biar masa tentukan kita, abang tahu aira belum sedia."

Maira Mikayla pula mengangguk.

genggaman tangan dilepaskan, diganti dengan sebuah pelukan kasih. malam dingin itu dihangati oleh pelukan mereka, teresak esak Syed Muqri, sebak perasaannya namun bagi Maira Mikayla dia cukup gembira Syed Muqri masih lagi suaminya yang dulu.

Terlanjur CintaWhere stories live. Discover now