29

2.4K 66 0
                                    

hati terasa tenang. Maira bersiap untuk ke sekolah. selepas bersolat dia terus semula masuk tidur dan bangun semula untuk solat subuh.

sekarang harus bergerak ke sekolah pula.

selepas adam menghantarnya ke sekolah, Maira tidak terus ke tapak perhimpunan. dia segera meletakkan beg di bilik pengawas dan mengambil rekod kehadiran lewat setiap kelas. hari itu dia ditugaskan untuk menjaga pagar. 

kalau hendak diikutkan dia harus menjaga pagar bersama ikram, tetapi ikram tidak datang kerana demam. nasib baik sudah dimaklumkan awal. jadi dia lebih bersedia bertugas seorang diri.

dia ke pagar.

segala memori terimbas semula. senyum muqri hadir di dalam bayangannya.

mengingati semula riak wajah syed muqri semasa dia masuk ke perkarangan justeru mengingati semula sewaktu dia dimarahi syed muqri tempoh hari. 

tawa kecil mengirininya.

segala yang berlaku di pagar sekolah ini dibayanginya semula.

dia mematikan lamunannya. menyambung semula tugas yang diamanahkan.

sesaat sekejap pasti muka muqri akan muncul. dia tidak betah di situ. hatinya semakin dekat dengannya. 

perasaan itu semakin kuat. mungkin tidak mampu untuk hilang. semakin dia cuba membuang, semakin kuat ia menjelma.

dipaksa matanya untuk memejam. melupakan semula bagai tiada lagi wajah itu. namun tetap saja senyuman lelaki tersebut akan terlihat.

kenapa perasaan ini timbul di benak hatinya?

bukan pada orang lain?

kerana perasaan ini juga dapat membuat dia terluka.

"kak aira? ok tak?" tegur salah seorang murid menengah bawah. sejak dari tadi melihat maira mengelamun. rekod pun tidak dicatat. murid itu lebih selesa digelar farisya.

"eh isya, tak adalah akak cuma fikir topic exam. ha ni kenapa lewat?"

"erm sorry tadi isya terbangun lambat." jawab farisya menyegih. mereka berdua tidak kekok kerana farisya salah seorang yang aktif bersukan dan sangat menyukai permainan bola jaring. jadi selalu lah dia berhubung dengan akak seniornya yang seorang itu.

"dah cepat pergi masuk kelas" senyum maira membalas. sempat juga dia melambai ke arah farisya.

tugas menjaga pagar selesai. dia berkemas untuk masuk ke kelas memulakan pembelajaran seperti biasa.

Tasya memerhatinya dari jauh. sudah biasa masuk ke kelas lambat, lebih baik dia melihat keadaan maira mikayla.

tidak memuaskan. maira masih sendiri. tidak melakukan apa apa untuk isi hatinya.

"kenapa kau sanggup macam ni" bisik tasya sendiri.

dari jauh kelihatan, maira mengecilkan mata untuk mengecam dari jauh.

tidak salah lagi, itu memang tasya.

segera dikejar tasya yang sedang tegak berdiri memerhatinya. sudah cukup, cukup dia berasa kesunyian tanpa gelak tawa tasya. kini dia kesepian lagi tanpa penceria hatinya. syed muqri.

"Tasya!" nama itu dilontarkan.

melihatkan maira mengejar, dia menoleh supaya tidak berdepan dengan rakannya itu. masih dalam mood mogok.

tasya mencipta langkah laju. hati mengukir kekesalan kerana memerhati bukan tepat pada waktu. sekarang, dia sendiri yang sudah susah.

"tasya! aku sedar apa yang aku buat yang aku buat salah." kata itu semakin perlahan keluar di tubir bibir.

Terlanjur CintaWhere stories live. Discover now