33

3.2K 61 3
                                    

5 pagi menjelma. syed muqri bangun terlebih awal kerana kedengaran orang mengaji. mata ditenyeh, dia berpusing. terkejut apabila maira berada di sebelah. masih lupa mereka sudah berkahwin. dia meloncat daripada katil.

perlahan maira membuka mata. terasa dengan loncatan muqri.

"kenapa ni?" serak suara maira.

"no erm tak just nevermind lah." syed muqri mengurut dada lega.

"pukul berapa sekarang?" 

mencapai telefonnya, syed muqri membalas.

"tidur lah dulu, baru pukul 5. nanti azan saya kejut awak." 

maira mengangguk perlahan. menyambung semula lenanya. tersangatlah mengantuk malam itu, lagi lagi tilam di rumah baru mereka empuk daripada tilam di rumah. walaupun seharusnya mereka berdua tidur di rumah encik farhan tetapi tidak tahu pula ini yang ditulis Allah.

alang alang sudah bangun awal, lebih baik mandi dahulu. sudah terbiasa mandi awal kerana memang setiap hari dia akan mandi awal. sebelum mandi sempat memandang maira yang jelita beradu. sebahagian rambut menutupi wajahnya. rambut panjang yang membawa haruman shampoo rejoice!

syed muqri menghampiri maira dengan berhati hati. tidak mahu menganggu tidur isterinya. menatap wajah yang sedang lena itu sepuasnya. sesekali dia mengalihkan rambut yang terlindung. kulit lembut maira disentuhnya. terasa bahawa dia yang beruntung memilikinya. walaupun bukan sepenunya.

tidak begitu lama berbuat demikian, dia kembali bangun untuk mandi. tepat sahaja siap semuanya azan subuh berkumandang. kembali semula ke bilik air untuk mengambil wudhuk. 

tidak sampai hati pula mengejutkan maira yang enak melayan tidur, tetapi dibuang perasaan tersebut untuk menjalankan tanggungjawab yang sebenar. perlahan dia menyentuh pipi maira dan mengejutkannya.

"aira, bangun. kita solat." 

maira merengek manja, semakin lemah pula jantung dibuatnya.

"aira, bangun lah. dah subuh ni." badan maira digoncang lembut. selembut cintanya.

"dah azan?" 

"dah, sekarang pun dah pukul 5:45. bangun eh?" 

mata ditenyeh lagi. kuat betul nafsu tidur sekarang ni. berhati hati melangkahkan kaki menuju ke bilik air, mengambil wudhuk.

 nasib baik ibu sudah bekalkan telukung lipat senang dibawa ke mana mana.

pertama kali maira diimamkan oleh syed muqri, kagum dengannya kerana langsung tidak kekok mengimamkan orang lain. 

doa habis dibaca. syed muqri mengaminkan. dia memusingkan badan ke belakang, berdepan dengan maira. bersih saja wajah maira apabila memakai telukung. maira mengesotkan diri kepada syed muqri. mengambil tangan suaminya untuk dicium. sama seperti yang dilakukan semasa pembatalan air sembahyang. 

syed muqri hanya membalasnya dengan senyuman. ingin saja dia mengatakan cinta, tetapi masih khuatir maira tidak bersedia, sebaiknya dia menunggu masa yang sesuai.

tanpa dia sedar tangannya sendiri menyentuh pipi maira. tanpa dia sedar. maira pula tidak oleh membantah, tahu hukum melayan seorang suami. dia juga merasa bahagia saat itu. 

senyuman berdua berbalas. perlahan melepaskan sentuhan tersebut. 

"okay siap, kita balik rumah ayah awak. macam yang saya janji." 

maira menangguk. rasa mengantuknya hilang selepas solat. apalagi syed muqri yang menjadi imamnya. lebih menggetarkan jantung.

cepat cepat dia bangun dan mandi. memakai semula baju yang dipakai semalam. oleh kerana tidak mempunyai baju lain. 

Terlanjur CintaWhere stories live. Discover now