5 (part 3)

3.2K 72 2
                                    

Asyraf masih lagi berada dalam kesamaran cahaya itu mengecilkan matanya untuk melihat jalan di hadapan. Dia terlupa untuk mencapai kaca matanya kerana adiknya itu sibuk suruh hantar cepat. Hairan juga sikap semangat adiknya itu. Tidak pernah dia bersemangat untuk ke sekolah seperti ini. Terlintas juga di fikiran apakah ada seseorang yang digemari maira di sekolah. Tetapi teringat sahaja bualan mereka tadi. 

"netball" asyraf hanya senyum senget.

Dia memerhati maira yang sedang sibuk memperbetulkan earphone dan memutar lagu di iphone 6 yang dihadiahinya tahun lalu. Asyraf hanya mengeluh ringan. 

"baik takyah pasang radio macam ni"

"apa dia bang?" maira pula bersuara. Tidak jelas kedengaran suara abangnya itu kerana lagu sedang diputarkan. 

"tak ada apa apa. Erm, tak nak borak dengan abang ke? Abang ngantuk ni" kata asyraf sambil memerhati maira mikayla yang hanya melayan iphonenya.

Agak comel dipandang dengan badan adiknya di sesuaikan bersama Jersey pink hitam serta inner di dalam serta tudung sarung hitam. Sesuai! Sangat simple namun cantik!. Pasti ada pelajar yang menyimpan perasaan terhadap adiknya itu. Sejenak kemudian, asyraf mengangkat kepala lalu memandang maira mikayla melalui cermin pandangan belakang keretanya. Dia sudah mendapat jawapan mengapa adiknya begitu bersemangat. 

Memang sah kau suka someone aira! Bisik hati kecil asyraf. Maira mikayla agak terkejut dan sempat membuat muka menyampahnya. 

"abang ni dah kenapa?"

"adik ada suka lelaki kan? Semangat sangat nak datang sekolah ni."

"tiba tiba je abang ni. Mengarut, adik ada game netball dengan lisa lah."

"itu abang tahu. Pasal bertugas pulak, takkan adik buat sorang?" teka asyraf lagi. 

"oh yang tu. Err ada lah kawan adik nanti."

"kawan lelaki atau perempuan?" asyraf masih mencuba mencari jawapan

"nanti yang nak pergi bertugas abang ke adik? Adik kan. So tak perlu tahu" maira menjawab dengan tegas lalu mengangkat tangan menandakan dia tidak mahu menjawab. 

"ohh! Boleh lah abang bagitahu ayah dengan ibu nanti." asyraf sudah mula menggunakan modal terakhirnya dengan mengugut. 

"okey okey. Dia lelaki" jawab maira malas malas sambil menjeling. Tanda protes lah tu! Asyraf kembali tersenyum.

"dia budak lelaki yang adik suka kan?" masih sama soalan ditujukan, cuma kali ini saja asyraf menyebut 'budak lelaki'. 

"takde kena mengena dengan dia lah bang" maira dengan bersahaja menjawab. 

"abang tetap tak percaya, budak tu jugak kan yang buat adik angau tiap malam senyum sorang sorang?" sengaja asyraf menekan adiknya lagi. Semakin merah dibuat adiknya. Terhibur juga kerana dapat melihat reaksi adiknya. 

"nama dia syed muqri. Stop mention dia budak. Okay adik mengaku dia yang adik suka." akhirnya pengakuan dilakukan secara khas oleh maira mikayla sendiri. Mahu sahaja asyraf merakam kata kata itu dan berikan kepada adam. Merah padam dibuatnya. Asyraf akhirnya ketawa. Tidak menyangka adiknya yang pendiam itu menyukai seseorang. Haha! 

"cinta monyet je semua ni dik." kata asyraf lagi. Ya dia ingin menguji kematangan adiknya. 

"adik sayang dia. Bohong lah kalau tak ada perasaan kat dia, satu sekolah nak kan dia" sayu pula asyraf mendengar. 

Terlanjur CintaWhere stories live. Discover now