Lama Maira Mikayla menghanyutkan diri. bukan keluar, tetapi melelapkan dirinya untuk tidur. mata tidak tahan lagi untuk bangun, jadi terpaksalah dia tidur. ya lah, tidak tidur malam..
Syed Muqri cuma menggeleng, hai mengantuk sangat la ni. Syed Muqri mendekati tubuh isterinya yang berbaring di katil. Dia melabuhkan punggung di sebelah, tangan nya ralit bermain rambut yang menutup sebahagian wajah isterinya. asyik bermain sehingga Maira Mikayla memusingkan diri ke belakang. yelah, orang nak tidur kacau pula!
"belakangkan suami, berdosa tau." Syed Muqri bersuara.
Maira Mikayla diam. memang tidur mati dah ni.
Syed Muqri senyum panjang. tidak serik dia bermain. rambut panjang Maira ditarik lembut, sambil sambil itu ada jugak dia menggulung rambut isterinya itu. seronok berbuat begitu. sudahla rambut lembut, ditambah pula wangian. membuatkan Syed Muqri leka melayan keseronokan.
agak lama dia bermain, Syed Muqri semakin mendekati Maira Mikayla. dengan sengaja membisikkan sesuatu.
"sayang.."
"hmm?" hanya itu yang berbunyi. kira sahutan lah tu. eh tak tidur mati pulak bila dah dekat.
"abang rindu la."
diam.
ya, Maira Mikayla memang sengaja mendiamkan diri, walaupun mata sudah meminta dia tidur, tapi otaknya ligat menahan mengantuk.
"can you do me a favour?" perlahan Syed Muqri bersuara.
Maira Mikayla lantas mengiringkan badan menghadap Syed Muqri. cuma bezanya, Syed Muqri di posisi duduk dan dia sedang berbaring. anggap sahaja perbuatannya itu sebagai sahutan.
Rambut yang menutupi rambut Maira Mikayla ditolak lembut Syed Muqri.
"abang tanya tadi, tak jawab pun."
"hm?" lagi sekali.
"aira, you really turned me on."
bulat mata Maira Mikayla. tidak bersuara langsung namun wajahnya sudah memerah tanda malu.
"should we do that again?"
"ee gatal lah!!" akhirnya Maira Mikayla bangun meninggalkan Syed Muqri. tuala yang bersangkut itu ditarik Maira
Mikayla masuk ke bilik air untuk membersihkan diri."sayang buat apa masuk bilik air tu?"
"mandi la!" teriak Maira Mikayla dari dalam.
"mandi apa tu?"
"jangan gatal lah!!" kuat laungannya. Syed Muqri pecah tawa akhirnya.Seronok sekali dia mengusik isterinya, tapi betul lah, fakta bukan? kena mandi hadas ermm. HAHA! getus Muqri dalam hati.
Hari itu mereka cuma duduk di rumah, malas pula hendak keluar. jadi masa dihabiskan dengan mengemas, memasak, dan kerja kerja rumah yang lain, tapi itu semua diselesaikan oleh Maira Mikayla. Muqri pula? hmm apa lagi, PSP la dihadapnya.
Setelah selesai semua tugasan, Maira Mikayla mengeluarkan semua pakaian di dalam beg bagasi besarnya. dibawa semua baju itu ke meja seterika. Syed Muqri yang leka bermain perasan tindak tanduk isterinya, dia terus meletakkan PSP tersebut, dan mendekati Maira Mikayla.
Maira Mikayla pula sibuk menggosok baju. eh baju apa? sekolah lagi? mmm tidak, tetapi menggosok baju jalannya termasuk sekali baju kurung melayu atau baju ke majlis penting.
"buat apa ni?" Suara Syed Muqri dilontarkan.
hai, tanya pulak buat apa. dah sah la kan kalau pegang iron, lepastu gerak iron kanan kiri, mesti iron baju kan. takkan la buat ikan steam kot. gerutu Maira Mikayla dalam hati.
YOU ARE READING
Terlanjur Cinta
Romance"walid tak benarkan kamu bercinta melainkan .." - syed mukhlis Syed muqri dengan yakin menerima keputusan itu dan percaya bahawa ini yang terbaik. Detik demi detik kisah dua pecinta muda ini dimemorikan, mereka masih baru mengharungi...