28

2.2K 55 4
                                    

jam lapan tepat di angka.

pukul 10 pula dia akan keluar untuk mengambil baju pengantin atau senang lagi baju pernikahannya.

sedar tak sedar, sudah pukul 10 pun!

"ummi! muqri dah lambat ni. pergi dulu."

"elok elok muqri."

ambil baju nikah sahaja. jadi bertenang. baru hendak mengambil sudah terasa debaran. sesuatu yang tidak menyedapkan hati tiba tiba muncul di benak hatinya.

"it's okay muqri. chill."

segera dia bergegas ke Bangsar. tidak jauh dari rumahnya. hanya 1 jam perjalan jika menaiki kereta dan setengah jam jika menaiki motorsikal. bergantung kepada traik semasa.

syed mukhlis sendiri sudah memilih pereka yang dipercayai, syaiful baharim untuk mereka dan membuat baju pernikahan.

dipercayai syaiful baharim bridal boutique tersebut hanyalah cawangan sahaja dan terdapat beberapa cawangan lain. tetapi setakat ini syed muqri hanya mengetahui butik itu dibina di bangsar sahaja.

terlihat sebuah kereta yang sudah pasti milik abang asyraf diparkir di kawasan tersebut. pasti Maira juga ada bersama. dia masuk ke dalam butik tersebut dan berjumpa dengan dua bakal abang iparnya.

"sorry muqri lambat." syed muqri meminta maaf. 10:30 pagi adalah masa yang dia dapat capai. memang dia lambat.

"it's okay takde lah lama sangat. lagipun aira tengah try baju."

"encik muqri kan? aha ni baju melayu nya. boss tak ada sekarang dia ada kerja. erm baju ni buat ikut kain cotton cause itu permintaan tuan mukhlis, hope selesa."

kata pembantu butik sambil menyerahkan sepasang baju melayu berkain cotton dan berwarna hitam. tema cream dan sedikit coklat dipilih kali ini kerana keluarga dari pihak syed mukhlis menginginkan kelainan. bukan selalu mereka menggunakan coklat.

sekarang coklat juga bukan sebuah warna yang suram. apabila dipadankan dengan warna cream juga pasti akan menarik.

"tak panas ke?" adam menyampuk.

"tak adalah. kita guna kain cotton yang serap peluh. lagipun kualiti dia top tau. ni ha nanti nikah pun semua kat masjid, ada aircond" kata pembantu butik tersebut.

tiadalah lembut sangat. tetapi masih berciri ciri lelaki. memang tipikal pembantu butik atau berkenaan dengan designer mesti lembut?

ada sesetengah yang tidak.

"abang ni okay...tak" terkedu Maira apabila keluar sahaja daripada bilik persalinan syed muqri berada di hadapannya.

jantung terus mengepam laju. tiada tanda mahu berhenti atau perlahan. wajahnya berubah merah. dia malu. memakai baju nikah di hadapan syed muqri. pada awalnya hanya mimpi namun sekarang sudah menjadi realiti.

"subhanAllah." mata syed muqri tidak berkedip melihat Maira Mikayla yang penuh memakai baju nikah.

hanya itu yang diungkapnya. tidak mampu berkata yang lain kerana Maira sudah membuktikan keindahan yang diciptakan maha Esa lebih dari segalanya.

Maira menundukkan wajahnya. dia tidak ada pilihan lain selain beredar dari situ.

dengan cepat dia pergi dari situ. menghilangkan diri dari pandangan muqri.

kali ini syed muqri tidak mengejar, sudah akur dengan apa yang sudah diluahkan maira sendiri. dia harus terima.

"adik!" adam memanggil.

namun dihiraukan begitu saja.

tidak jauh ke mana pun dia lari. cuma pergi ke bahagian hadapan. di mana terdapat sofa di situ. dia duduk mencari ketenangan.

Terlanjur CintaWhere stories live. Discover now