"babe, aku nervous." Rancak mereka sekawan berborak.
"asal pulak kau ni sya?" Nadia bertanya. Maira Mikayla masih sibuk membaca nota fizik.
"dua bulan lagi kot?!" Tasya membeliakkan mata.
terbantut Lisa hendak minum air bekalan dari rumahnya. aiseh, dia ingatkan pulak.
"kau ok ke tak lisa?" Tasya membuat muka gelabahnya. Maira Mikayla pula hanya tergelak melihat gelagat rakan rakannya.
"2 bulan lagi weh nak exam besar!" Nadia pula meraung sekuat hati.
"ish korang ni, kalau borak mengalahkan harimau mengaum. bising satu kelas. aku report nanti." Maira Mikayla menegur lembut. memang sikapnya selalu begitu. haip! penolong ketua pengawas kan, tengok suami dia lah!
"ok ok sorry. tapi serious lah weh, aku tak nak kot SPM." Lisa pula bersuara.
"kau senang lah cakap, kalau tak belajar pun tak apa. dapat U pun nanti ayah kau boleh support even swasta. aku ni? harap kerajaan dengan ptptn je nanti. heh." Nadia menyampuk. mula lah emo dia tu, padahal dua kali lima je taraf mereka semua.
"kau tak payah lah nak acah bersamamu sini. fikir aku bebal ke tak tahu kau anak tunggal ayah dengan mak kau doktor, huish jodoh kuat." sempat lagi Tasya membuat lawak hambarnya.
Nadia tersengih panjang. suka benar raih publisiti murahan. Maira Mikayla masih lagi dengan tawanya, ayu betul.
"rancak betul awek sana borak." danial memecah sepi kumpulan lelaki. ha inilah yang selalu jadi bila tak ada cikgu masuk, semua buat group lepastu sembang macam lebah.
"apa awek awek? hormat sikit." tegur Syed Muqri. matanya tak lepas mencuri pandang pemilik hati. memang itupun kerjanya hari hari.
"ok lah sorry." muncung danial sudah keluar.
"ala kau faham je lah muqri ni nial." Syed Irfan membalas.
"weh, aku macam dapat agak je apa dorang borak." Ikram pula menyelit.
"ha apa?" Farid menyampuk. ramai betul kawan, susah aku nak ingat ni.
"pasal aku lah tu."
"PUIH!!" mereka berempat berteriak. cukupla kelantangan 4 suara tu. Muqri, Farid, Danial, Irfan. dah boleh wakil koir negaraku.
seluruh kelas memandang kumpulan jejaka kacak tersebut. apa ni jerit puih sama sama? fikir sweet ke. lalu mereka pun tersengih sudah sama gaya seperti kerang busuk. buat malu saja pada 'awek awek' tu.
"apa benda lah, aku tak percaya dorang semua ni layak ada pasangan hidup nanti. set set muka gay." Nadia yang mulut laser berbicara.
"eh fan jangan sentuh, dia bukan gay okay." laju saja Tasya menyebelah kekasih gelapnya itu.
Lisa dan yang lain membuat role eyes sedunia.
"hehe."
"eh kau tak sihat ke?" soalan daripada Lisa mengejutkan Maira Mikayla sedikit.
"ha? err tak lah aku rasa macam nak selsema je ni."
"Makan ubat! jangan liat, musim demam ni." Tasya mencelah lagi. geleng je lah!
"haah lah, makan ubat. nanti kau demam pulak." pesan Lisa.
Maira Mikayla buat buat saja faham, makin kena bebel pula nanti. tahu sajalah dia, malas makan ubat.
"Ha, apa bising sangat ni? kerja saya semalam siap?" tiba tiba saja guru fizik mereka masuk. masing masing menggelabah kembali ke tempat duduk masing masing. lebih lebih lagi jejaka jejaka itu lah. padan muka!
YOU ARE READING
Terlanjur Cinta
Romance"walid tak benarkan kamu bercinta melainkan .." - syed mukhlis Syed muqri dengan yakin menerima keputusan itu dan percaya bahawa ini yang terbaik. Detik demi detik kisah dua pecinta muda ini dimemorikan, mereka masih baru mengharungi...