3 (part 1)

4.1K 79 2
                                    

Hari demi hari, Maira mikayla dan Syed muqri semakin akrab. Mereka banyak meluangkan masa bersama dan seringkali belajar tentang pelajaran yang tidak di fahami.

Dia juga berterima kasih dengan Syed Irfan kerana Syed Irfan, Maira Mikayla bersetuju mahu mengikuti mereka untuk belajar bersama.

Bukan cuma mereka, Syed irfan juga mengajak beberapa rakan sekelas mengikuti kumpulan belajar itu.

Hanya dengan cara itu sahaja Syed Irfan dapat membantu Syed Muqri meluangkan masa dan mengenali penolong pengawasnya. Rakan rakan yang lain juga dapat mengenali mereka berdua. ini kerana sikap kedua dua mereka yang tidak gemar bergaul dan tidak rapat dengan mana mana pelajar.

"esok, ada extra class tak muqri? " Tanya ikram kepada muqri.

"esok rasanya takde. Cuma kelas untuk tadarus je lah. Siapa nak join esok boleh lah join" Jawab Syed muqri.

Kesemua mereka hanya mengangguk faham. Syed Irfan pula hanya sibuk melayan telefon bimbitnya. Cuti hampir tiba, siapa saja yang tidak merancang percutian mereka. Oh ya! Syed muqri. Dia mana pernah outing. Hati kecil syed irfan mengejek.

"muqri, aku gerak dulu. Nanti lambat pulak family balik kampung" pinta ikram.

"muqri, aku pun kena gerak ni. "

"ok jumpa lepas cuti nanti"

Lisa yang juga mengikuti kumpulan itu turut meminta diri ingin pulang. Hanya tinggal Syed muqri, Syed irfan dan maira mikayla di pondok tersebut. Untuk mengelakkan rasa kekok. Syed irfan terus memulakan kata.

"maira. Awak ada pergi mana mana cuti ni?" Maira Mikayla yang tekun menulis nota itu memandang Syed Irfan.

"tak pun. saya tak plan lagi. Class tadarus pun saya taktau ada ke tak. kalau tak buat apa apa saya datang sekolah ni volunteer nak bertugas" aktiviti yang kebiasaannya dilakukan oleh maira apabila bermula cuti peristiwa atau cuti yang lama.

"eh, rutin korang dua ni sama lah! Jodoh kuat" teriak syed irfan.

Syed muqri yang terkejut mendengarnya membeliakkan mata dan mengerutkan dahinya berisyaratkan supaya tidak bangkitkan sebarang isu tentang perasaan. Maira Mikayla hanya menggeleng lalu tersenyum malas hendak melayan.

Syed Muqri enggan Maira berasa tidak selesa dengan keadaan itu dan pada masa yang sama juga dia tidak mahu maira mikayla tahu tentang perasaannya. Dia memarahi Syed Irfan perlahan. Walhal, syed muqri sendiri tidak menyedari Maira Mikayla juga menyimpan seribu rasa kasih kepadanya.

"fan!" syed muqri hanya bersuara perlahan.

"err ok ok." Akhirnya mereka bertiga menyengih sahaja.

"muqri, aku kena balik lah. Ada something nak kena settle ni." syed irfan bersuara.

"ala kau tak boleh tunggu sampai pukul 5 ke? "

"tak boleh lah muqri, mustahak sangat ni. Aku pinjam motor tau, nanti pak man amik kau"

"Takpe lah kalau macam tu, nah kunci."

"Assalamualaikum." syed irfan meminta diri lalu pergi bersama scrambler muqri dengan harapan muqri dapat meluangkan masa lebih bersama maira mikayla.

"wa'alaikumussalam" jawab maira dan muqri serentak.

Daripada berlima, kini hanya tinggal mereka berdua. Tidak berasa janggal kerana akhir akhir ini Syed Muqri dan Maira Mikayla semakin rapat dan boleh berkongsi cerita.

Terlanjur CintaWhere stories live. Discover now