40

2.9K 67 2
                                    

Lama Syed Muqri termenung. pasal apa lagi sudah tentu mengenai isterinya. dia serba salah berkata sebegitu, ada pula patut menuduh buat perkara tak elok. 

memang tadi susah dia hendak mengawal rasa amarah nya apabila melihat Maira Mikayla tidak berada di rumah, tambahan lagi dia cukup panik menerima banyak missed called daripada Maira Mikayla.

kepalanya berserabut. lama dia bersendiri di rumah ummi. melepaskan rindu yang membuak kepada ummi nya. 

"muqri, dah pukul nak pukul 8 ni. tak nak balik kat aira ke? kesian dia sorang sorang." tegur  puan Hasmah. jauh juga pandangan anaknya itu. tidak berkelip memandang ke hadapan.

"ummi tak suka muqri balik ke? muqri tak habis lepas rindu lagi kat ummi." 

"ummi bukan tak suka, tapi muqri dah ada isteri. mana boleh tinggal aira macam tu. apa pulak nanti keluarga dia cakap muqri jumpa ummi tinggal dia kat sana."

"dia kat rumah ibu dia ummi, takyah lah risau. dia tahu je muqri kat sini."

Puan Hasmah cuma mampu menggeleng, keras kepala anak lelakinya itu memang satu.

"muqri? tadi ayah mertua kamu telefon ni. tak balik ke?" Syed Mukhlis pula menegur. janggal juga bila Syed Muqri tidak membawa Maira Mikayla bersama.

"lepas makan muqri balik lah walid, rindu suasana rumah ni." Syed Muqri cuba berjenaka. menyorokkan rasa serabut yang ada. 

"kalau ada apa apa masalah, selesaikan elok elok. walid bukan apa, sekarang ni kamu tu ada hati nak kena jaga. hati isteri ni lah yang terpenting selepas hati ibu bapa." nasihat Syed Mukhlis.

"insyaAllah walid." 

"dah lah tu, sembang kat sini bukan kenyang pun. dapat masuk angin aje kat luar. jom masuk makan." Puan Hasmah mengajak. lengan Syed Mukhlis dipau erat oleh puan Hasmah. jelas rasa tersentuh Syed Muqri melihat betapa mesra hubungan ibu dan bapanya namun dibandingkan dengan dia? ada saja halangan menganggu.

"dah, walid tunggu dalam. cepat masuk kita makan." Syed Mukhlis masuk ke dalam mengikut langkah isterinya itu.

Syed Muqri pula menyambung mengelamun. apa lah nak jadi. bila difikirkan semula kata walid bagaimana dia hendak menjaga hati isterinya itu sedangkan baru sahaja tadi dia menyakitinya?

"abang!" adiknya membentak. lamunannya terhenti. matanya difokuskan semula kepada adiknya. Syed Muqriz.

"walid dah panggil tu, tunggu abang nak makan jauh sangat termenung." 

Syed Muqri cuma tersenyum hambar. belakang Syed Muqriz ditepuk. dia lalu bangun dari meja laman dan masuk semula ke rumah bersama adiknya.

Tepat jam 9 setengah Syed Muqri bertolak pulang, bukan pulang ke rumah mereka tetapi pulang ke rumah mertuanya. elok sahaja dia mendapat telefon daripada Maira Mikayla. berbunga juga hati apabila buah hati menelefon. sambil memandu dia tersenyum sendiri. walaupun hubungan mereka lebih kurang tegang, Maira Mikayla masih lagi mengambil berat tentang hal Syed Muqri.

"boleh saya tahu awak kat mana?" suara itu melemahkan Syed Muqri, namun dikuatkan semula hati agar ego lelakinya tidak kalah.

"mana mana yang selamat." bersahaja jawapan daripadanya.

"ayah tanya awak kat mana and kenapa kat datang sini, takkan saya nak cakap tak tahu?" keras sahaja suara Maira Mikayla. iye sangat lah tu ayah tanya. Encik Farhan memang sudah dimaklumkan sendiri oleh  Syed Mukhlis tentang keberadaannya di rumah mereka. jadi secara terus terang Maira Mikayla bertanya untuk dirinya sendiri. jujur dia betul betul risaukan Syed Muqri walaupun diri sendiri tengah sakit hati.

Terlanjur CintaWhere stories live. Discover now