Yawn ssup! amacam? habis baca dah? best tak haha 😆 so ni la second part which is Epilog and that means, dah berakhir :((( I hate to say this but kita kena say bye bye, fiction cinta ni takde lagi TATA. Thank you guys, ENJOY YOUR READING!! STAY AT HOME <3
EPILOG
Terkenang dengan kenangan lama, Syed Irfan tersenyum sendiri.
"Aku terima nikah, Nur Tasya binti Fazli dengan mas kahwin 300 ringgit tunai.."
Lafaz itulah yang menandakan Tasya sepenuh hak miliknya. Hanya bahagia sahaja yang dia rasa, Tiada yang lain lagi.
"hoi! boleh pulak berangan! anak tu jangan lah biar!" Syed Muqri menegur.
"ish terkejut aku. ha ye. tau la aku nampak.."
Sekejap saja masa berlalu, kini Syed Irfan dan Tasya sudah bergelar ibu bapa. Puas Syed Irfan mengejar anak perempuannya. buas sungguh anak dara dua orang ini. oh ya, selepas apa yang berlaku, Syed Irfan dan Tasya selamat diijabkabulkan lalu dikurniakan cahaya mata kembar, perempuan pula tu. Sharifah Izzara dan Sharifah Inara. Sedar tak sedar sudah 7 tahun berlalu. Sedang Tasya sibuk berjejak kasih bersama rakan rakan sekolah menengahnya, Maira Mikayla pula sibuk menguruskan yang seorang itu.
Tambahan lagi. Lisa dan Danial telah membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga. Tak sangka pula mereka berjodoh. walaupun hubungan pernah terputus di tengah jalan kerana perasaan Danial yang tidak berbalas namun kerana jodoh, Lisa akur dan memutuskan untuk berkahwin.
"Aku terima Nikahnya Nurul Elisa binti Mohd Hisham dengan mas kahwin sebanyak rm100 tunai."
Sah!
"alhamdulillah.."
Majlis Pernikahan itu berjalan dengan lancar. Tidak sangka kini mereka sudah dewasa dan mempunyai hidup masing masing dan yang penting bahagia.
Cerita tentang bahagia, Zariff sepupu Maira Mikayla juga sudah berjumpa dengan buah hati pilihannya. walaupun berada jauh di bumi orang. Zariff tetaplah Zariff, sentiasa prihatin terhadap sepupunya itu. Sesekali pasti akan bertanya khabar. Melalui Syed Muqri lah!
Adam dan pasangannya juga gembira melewati hari sebagai suami isteri bersama anak anak mereka, mujur Adam dapat mengawal sikap rajin kerja yang melampau itu demi keluarga tersayang.
Soal Asyraff pula, dia berterima kasih kepada tuhan kerana membukakan pintu hati Amina untuk menerimanya. Tidaklah dia membujang sampai tua, hm yang sulung paling lambat kahwin, langkah bendul katanya. tak mengapalah, dia mengalah soal jodoh.
"Dani, malam ni apa lagi.." usik Farid nakal.
"ish apa kau ni usik macam tu, macam ni lah dani, kau jangan nak menggatal sangat malam ni! sabar sikit." Syed Irfan pula mengusik.
Danial berkerut. faham apa yang rakannya cuba sampaikan.
"ni hadiah." Syed Muqri memberikan satu kotak besar.
terbeliak mata Danial melihatnya. penuh dengan pek kopi pekat.
"apa korang ni.."
"ala untuk persediaan kan." kata Farid.
"nasib dapat kopi, kalau...."
"ha dah dah merepek tu, thanks la korang. macam aku tak mampu pulak nak beli kopi kan.." Balas Danial.
Farid ketawa terbahak bahak. Dia paling terhibur.
"amboi Farid, bukan main kau gelak. eh, kau pun sama, bila nak kahwin? tunggu la kau kahwin, lebih aku kasi! siap berkotak kotak ubat subur!" balas Syed Irfan.
![](https://img.wattpad.com/cover/82121756-288-k285705.jpg)
YOU ARE READING
Terlanjur Cinta
Romance"walid tak benarkan kamu bercinta melainkan .." - syed mukhlis Syed muqri dengan yakin menerima keputusan itu dan percaya bahawa ini yang terbaik. Detik demi detik kisah dua pecinta muda ini dimemorikan, mereka masih baru mengharungi...