Malam itu Syed muqri langsung tidak dapat melelapkan matanya apabila teringat perbualannya bersama Maira. perlu juga dia mengaku, agak terkilan Maira berkata begitu.
"tak guna kata maaf tu, saya tak sanggup"
"tak guna kata maaf tu, saya tak sanggup"
"tak guna kata maaf tu, saya tak sanggup"
hanya itu sahaja bermain di fikirannya. benar tekaannya, Maira tidak rela dijodohkan bersama seperti di dalam novel cinta yang lain, kahwin paksa.
keluhan berat dilepaskan.
"benda ni buat dia makin benci dekat aku fan"
"kau tak tahu apa dia rasa. perempuan ni susah tunjuk sayang dia"
"kalau dia sayang aku, dia terima benda ni fan. dia takkan rasa terpaksa"
"hati perempuan ni macam kristal. nampak lawa,keras,kukuh tapi bila sekali dah jatuh. tak ada gam lagi yang boleh cantumkan. sebelum hati dia tu hancur, baik kau pikat. jaga yang paling penting hargai dia"
"aku sendiri tak dapat nak pikat dia. aku tak tahu"
"kau tu! jangan lah keras hati sangat, tak boleh go on lah korang berdua ni. kalau perempuan tu dah hati batu. kau pulak jangan lah duk keraskan je hati tu, ni tak. nak pujuk pun aku yang kena pijak kaki paksa" bebel syed irfan.
tiba tiba syed muqri tersenyum sendiri. mengingati semula memori bersama maira ketika mereka berdua difitnah.
"ye lah aku cuba"
"macam ni lah cousin aku!"
Lamunannya terhenti. tersedar daripada termenung panjang. sudah pukul 12 rupanya. ketika itu baru badannya terasa penat mengantuk semua lah. dengan cepat dia membaringkan diri dan mencapai comforter. merendahkan sedikit suhu pendingin hawa di biliknya. Dia melelapkan matanya.
***
"dah jumpa dia?" tanya tasya di corong telefon. malam itu Tasya awal awal lagi sudah menelefon sahabatnya kerana tidak sabar untuk tahu siapa lelaki bertuah tersebut.
"dah" sepatah yang dijawab. Malas pula Maira mengingati taaruf tadi.
"dia macam mana? okay? handsome tak? tua sangat? duda ke?" banyak pula soalan yang dikeluarkan Tasya.
"ish tak boleh tunggu nanti ke aku cerita."
"ala pleaseeeee" pujuk tasya lagi.
"ee ye lah ye lah. dia okay je, handsome tu erm boleh lah. dia tak tua pun" kata maira biasa.
sudah beku kah hati gadis ini?
"kau tak ada perasaan kat dia?" tanya tasya lagi.
"perasaan aku makin hilang bila kena terima kenyataan yang aku kena jumpa dia setiap hari"
kalau jawapan itu boleh dikeluarkan, sudah lama dia menjawab begitu. namun kerana tidak mahu tasya tahu siapa orangnya maka terpaksa lah dia berpura.
"aku sendiri pun tak tahu sya" ringkas jawapan diberikan.
"macam tu pula. kau tak nak bagitahu siapa dia?" tanya tasya lagi.
banyak pula soalan perempuan ni. getus hati kecilnya
"buat masa sekarang tak perlu. kau tunggu masa sesuai eh!" ujar maira semula. mengelak selagi boleh!
"erm ye lah, eh jangan lupa esok tau."
"Lupa apa ni?"
"oh aku lupa nak bagitahu kau hehe. macam ni, esok pagi Lisa meroyan tu ajak kita jogging. dia kata nak betulkan salah dia balik. tah demam ke apa minah tu"
YOU ARE READING
Terlanjur Cinta
Romance"walid tak benarkan kamu bercinta melainkan .." - syed mukhlis Syed muqri dengan yakin menerima keputusan itu dan percaya bahawa ini yang terbaik. Detik demi detik kisah dua pecinta muda ini dimemorikan, mereka masih baru mengharungi...