11

2.4K 62 0
                                    

Bunyi scrambler muqri kuat kedengaan di luar rumah. Dia membuka helmet miliknya lalu menuju ke pintu utama. Dia masuk dan menyalam puan hasmah. Terus menuju ke biliknya dan menukar pakaiannya kepada t shirt jersey dan berseluar track biru laut. Raket yonex dicapai. Syed muqri sudah berjanji dengan syed irfan untuk bermain badminton di court yang disediakan tidak jauh dari rumah mereka berdua. Syed muqri bersiap siap dan mengisi air mineral di dalam botol air miliknya. 

"ummi, muqri pergi dulu. " dia terus menyalam puan hasmah. Sudah termaklum dengan aktiviti di setiap cuti. Jika tidak futsal mungkin badminton atau bola keranjang dengan syed irfan.

"hati hati muqri" pesan puan hasmah kepadanya. Scramblernya dihidupkan. Dia menuju ke rumah syed irfan. Malas hendak membawa dua kenderaan, seperti biasa dia akan menumpang sepupunya sahaja.

 Tidak sampai 10 minit syed muqri sudah tiba di perkarangan banglo milik pak ngahnya. Terlihat syed irfan sedang menyarung kasut sukan berjenama nike, dia tidak menukar baju kerana dari lawatan tadi hanya baju sukan sahaja dipakainya.

"aku naik pak man" jerit muqri dari motor.

Syed irfan hanya mengangguk faham, sudah dia jangka muqri berbuat begitu. Faham sangat dah.

Pintu kereta dibuka, mereka berdua masuk dan pak man menekan minyak memulakan perjalanan singkat mereka. Kira kira 20 minit tiba di court badminton tertutup yang bersebelahan dengan gym di pusat bandar itu. 

Mereka berdua terus pergi ke kaunter untuk menunjukkan kad keahlian mereka. Penjaga di situ memberikan pass kepada mereka. Syed muqri pergi ke court tersebut dan ternampak seorang wanita yang sangat dikenalinya. 

Cuba mengecam wanita itu, dia mengerutkan dahi kerana ternampak sesuatu tidak menyenangkan baginya.

"fan. Siapa tu? "

"maira kan? Lelaki tu pulak err aku tak sure" syed irfan laju menjawab pertanyaan muqri. Kelibat lelaki itu diperhati lama oleh mereka.

 Muncul perasaan tidak puas hati muqri kepada lelaki itu. Mereka berdua sangat mesra dan apabila dilihat juga serasi bersama.

"chill. Jom main" syed irfan memujuk biasa. 

Syed muqri sudah kehilangan mood baiknya pada petang itu sehingga syed irfan juga dijelingnya. Mereka berdua mengambil court bersebelahan dengan maira dan lelaki yang agak misteri baginya.

"hai aira" syed irfan menegur maira dari jauh.

Maira pula membalas hai tersebut dan tersenyum biasa. Sama dengan lelaki tersebut, dia juga melakukan hal yang sama tetapi lain yang dilakukan syed muqri, dia hanya memandang mereka berdua tajam. 

Maira mikayla yang berada disitu tidak memperdulikan perubahan syed muqri walaupun dia agak pelik dengan sikap lelaki yang dicintainya itu.

 Moody maybe. Bisik maira dalam hati. 

Mereka meneruskan permainan, syed muqri betul betul tidak dapat memfokuskan dirinya. Permainannya pada hari itu tidak memuaskan. Kemesraan maira dan lelaki yang tidak diketahui identitinya itu membuatkan muqri tak senang duduk.

 Syed irfan pula semakin bosan dengan sikap baran sepupunya itu membuat keputusan untuk menyertai maira dan lelaki tersebut.

"aira, kitorang join boleh? " syed irfan cuba mencari jalan memperbetulkan semula sepupunya yang bagai kena rasuk hantu sesat.

"jom lah! Main beregu nak? " maira menjawabnya riang. Dapat juga dia cari punca kehilangan mood muqri masa itu.

 Syed muqri yang pada masa itu sedang minum air mineral bekalnya sedikit tersedak melihat keadaan itu, dia memandang syed irfan tajam. Irfan pula hanya menyengih tidak bersalah.

Terlanjur CintaWhere stories live. Discover now