Ha mesti dah lupa part en, so sorry sbb tak confident nak update jadi simpan jelaa cerita ni smpai jadi pekasam. okay enjoy!! yg lupa part tu boleh recap balik 😬. tak best bagitau, best pun bagitau. ill try to finish this asap!! thank you support!!
Surat tersebut dipandang berkali kali. Universiti Malaya? Syed Muqri ditawarkan universiti tersebut. gembira itu pasti ada, tapi gelisah juga bertandang di benak jiwa.
Maira Mikayla menghampiri suaminya yang dari tadi merenung helaian kertas rasmi tersebut.
"Abang dapat U terbaik negara tau. patutnya bangga la, kenapa monyok ni?" Suara Maira Mikayla menegur.
Tidak berkata sepatah pun, sepucuk surat yang berada ditepi tubuhnya diberikan. bertambah kerutan yang sedia ada di wajah Maira Mikayla tatkala melihat logo di surat tersebut.
"UKM Bangi. sayang dapat tawaran ke sana." perlahan sahaja suara Syed Muqri.
Diam tak terkata Maira Mikayla. institusi itulah yang dipohonnya sebelum keputusan keluar. memang dia mahu belajar ke sana dan impiannya sekarang berada di depan mata.
"Aira nak tinggal abang?"
Maira Mikayla senyum pahit. antara suami dan impiannya.. buntu yang mana dia harus pilih.
"kalau aira betul nak pergi sana, abang bagi?"
walau pertanyaan itu tidak mengundang senyum, tetap juga dipaksa bibirnya untuk senyum.
"bagi lah abang fikir dulu." balas Syed Muqri bersahaja. dia meninggalkan isterinya lantas pergi ke bilik. Maira Mikayla hanya memandang kosong.
Beku. itulah hubungan mereka sekarang. dingin seperti bongkah ais. sudah 2 hari Syed Muqri mengelak untuk berbicara. Ketika Maira Mikayla diserang alahan mengandungnya juga Syed Muqri tidak begitu mengambil berat.
"aku ingat nak tolak la tawaran tu sya." Pasrah sahaja suara kecilnya.
"aira! aku pun tak dapat tau tawaran tu. kau tak patut lepaskan.." pujuk Tasya.
Maira Mikayla senyap.
"muqri tak bagi kau pergi?"
Perlahan dia mengangguk. walaupun Syed Muqri tidak memberikan jawapan tetapi melalui layanannya bagai sudah memberi kata putus.
"laki kau tu emo sangat kenapa aih.." keluh Tasya berat.
"aku dah nampak jalan pun. takpelah aku tolak tawaran tu. aku mohon yang lain."
"tak boleh aira! susah tau UKM nak offer pelajar. lagipun kau yang beria mohon kan sebelum ni. impian sendiri tak kan lah kau nak musnahkan."
"sya, kau kena ingat. suami tu kepentingan pertama. kalau lah aku tak dapat izin dia, keluar jumpa kau ni pun aku tak dapat."
Tasya menjeling. geram pula dengan sikap telus sayang laki rakannya ini.
"suka hati kau lah kawan, aku bukan nak hasut jadi isteri derhaka. tapi dia kena la faham apa yang kau nak. lagi lagi dengan keadaan kau macam ni." Balas Tasya sambil melirikkan anak mata ke arah perut rakannya yang sedikit kembung itu.
Maira Mikayla cuma memandang sepi. apa pula konflik mereka kali ini.
"Abang.." tegur Maira Mikayla sopan.
Syed Muqri menoleh. memandang wajah lelah isterinya itu. rasa kasihan mulai terbit. kesal juga ada kerana beku sekali hatinya untuk mengambil berat terhadap sang isteri.
"pasal tawaran tu, aira akan tolak. nanti lah aira suruh abang buat permohonan lain." lembut suaranya seakan memujuk.
Syed Muqri mengeluh perlahan. tidak sepatutnya dia bersikap seperti itu.
YOU ARE READING
Terlanjur Cinta
Romance"walid tak benarkan kamu bercinta melainkan .." - syed mukhlis Syed muqri dengan yakin menerima keputusan itu dan percaya bahawa ini yang terbaik. Detik demi detik kisah dua pecinta muda ini dimemorikan, mereka masih baru mengharungi...