30

3.2K 61 0
                                    

sekejap saja waktu berlalu. sekarang sudah tengah hari. hari sabtu pula tu! jika sabtu esok nya pasti ahad dan waktu itu juga dia diijab kabul.

Allah ...

tiada pilihan lain selain meraup muka sendiri. banyak pula perlu difikirkan sekarang. periksa penggal, SPM dan sekarang, kahwin....

beratnya.

badan diringankan. tidak boleh baring selalu, nanti gemuk. mentaliti orang sekarang ya tak?

tapi yang berkata sekarang ini lelaki. syed muqri. oh takut gemuk juga ya?

separuh hati mengejek. tersenyum malu sebahagian hati.

+petang keluar nak? 

pesanan ringkas diterima. siapa lagi mahu berhubung dengannya melainkan syed irfan sahaja. bukan tidak mahu, tapi malu.

hai selalu whatsapp je laki ni, ni tiba tiba message kenapa. 

seperti dapat diagak muqri. sudah semestinya tidak mencukupi kredit untuk melanggan internet. kasihan juga irfan ini. meski berada namun tetap tidak mempunyai wifi internet? lagilah. pak ngah cukup tegas menekankan supaya tidak bermain dengan telefon sehingga melalaikan, jadi tiadalah wifi untuk irfan.

-kerja kau keluar je kan?

+ala muqri. please..

-datang rumah. lepak sini je lah aku malas nak keluar mana mana

+ Ok!

sms itu dibiarkan. ditutup terus inbox messaging. sekarang, giliran memanjakan mata dengan menonton televisyen.

tidak lama selepas itu, puan hasmah menegur si bujang yang enak duduk di sofa.

"muqri, tolong ummi pergi beli barang boleh? banyak dah habis barang dapur kita."

"boleh boleh. nanti ummi list kan muqri pergi dengan irfan."

"elok lah tu. ajak dia makan sekali." sejurus menghabiskan ayat terakhir, puan hasmah meninggalkan syed muqri di ruang tamu.

memang syed irfan mendapat tempat di rumahnya. sebut sahaja irfan hendak datang, pasti ummi dan walid akan menyuruh irfan supaya datang.

"muqri, nanti beli barang ni. ummi ingat nak masak sikit malam isnin nanti ye lah kan nanti muqri dah jadi milik orang, tak dapat ummi nak masakkan untuk muqri." puan hasmah tiba tiba muncul dari belakang.

lantas mengusap bahu anaknya lembut. syed muqri membalasnya semula dengan mencapai tangan umminya. tangan yang sentiasa menenangkan dirinya.

"ummi, apa cakap macam tu. nanti muqri orang pertama tau datang nak suruh ummi masakkan."

"iyalah, sekarang boleh lah amik hati ummi. kalau nanti dah rasa masakkan isteri, ummi jadi yang kedua."

perlahan lahan puan hasmah mendaratkan punggung di sebelah syed muqri.

"ummi, walaupun muqri dah kahwin atau dah apa apa pun, syurga muqri tetap bawah tapak kaki ummi. ummi tetap yang pertama." 

syed muqri menarik lembut tubuh umminya. sebelum puan hasmah berkata kata, laju syed muqri menyambung.

"panjangnya list ummi. mana muqri tahu jenis sayur semua ni."

pecah kotak ketawa mereka di situ.

"ini lah anak lelaki. haih, nanti masa beli nanti search lah gambar ke apa. tanya orang yang jaga ke pandai pandai lah nanti." jawab puan hasmah

"harap irfan tahu lah nanti" 

"ni ha, satu lagi. jangan lupa bawang holland. cari yang segar tau. ummi punya bawang dah nak habis pula."

Terlanjur CintaWhere stories live. Discover now