"bertuah punya anak dara! mana adik pergi ni tak bagi tahu ibu." meluru puan farida mendapatkan Maira yang baru saja masuk ke dalam rumah.
"bu, jangan lah risau. adik tak pergi mana pun."
"tadi abang dengar bunyi motor, siapa hantar?" adam bertanya tegas. jujur dia risau adiknya main keluar sahaja rumah.
"err.."
"jawab je lah dik, abang adam kau tak marah pun." asyraf muncul dari dapur bersama secawan kopi di tangan.
"tadi, muqri hantar adik balik." maira menjawab perlahan.
"naik motor?" puan farida pula mencelah.
"ha..ah tapi adik tak rapat dengan dia pun!"
"dengan scrambler dia ke?" tanya asyraf lagi.
asyraf yang selalu mengambil maira pulang dari sekolah sering melihat syed muqri bersama scrambler miliknya.
Maira mengangguk.
"bu, seat scrambler tu panjang. tak kan lah muqri yang beragama tu tak jaga batas dia" asyraf menyambung semula.
Maira pula mengangguk laju.
"hish. dibuatnya kalau jiran nampak? mengata mulut orang." bebel puan farida lagi.
"ala ibu mulut tempayan tak boleh nak tutup." adam pula membalas.
dua beradik itu cuba mempertahankan adik mereka daripada dibebel lagi. abang terbaik!
asyraf mengangguk sambil menghirup kopi yang dibuatnya tadi, bila pulak nak rasa kopi isteri. eh?!
"apa apa je lah, pergi mandi tu. ni tah dah solat ke belum" puan farida kembali bersuara.
"pergi naik atas tu, ayah tadi dah risau anak kesayangan dia tak balik." adam bersuara
"ayah marah?" tanya maira.
"tak, dia risau. dia tengah solat tu. kamu pergi mandi dulu. nak maghrib ni."
Maira tidak membantah ibunya, segera dia naik ke bilik untuk mandi.
Lain di rumah syed muqri. satu keluarga itu sudah menghafal jadual pulang syed muqri di rumah.
syed muqri juga melakukan hal yang sama. mencapai tuala mandi dan bergegas ke bilik air.
"syed muqri! lepas solat nanti turun walid nak bagitahu tarikh semua!" jerit syed mukhlis dari ruang tamu.
hari ahad itu diluangkan masanya bersama isteri tercinta puan hasmah. bila lagi hendak meluangkan masa bersama.
cepat cepat dia mandi dan bersiap. sejadah dibentang, solat maghrib segera ditunaikan kerana khuatir waktu habis. sipi sipi sahaja, selesai berdoa, azan isyak pula berkumandang.
sekali lagi syed muqri bangun untuk menunaikan perkara wajib. tidak mahu melengahkan solat, dia terus solat isyak.
sejadah di lipat. rambut nya dirapikan semula. syed muqri turun di ruang tamu. Puan hasmah syed mukhlis dan syed muqriz juga turut berada di situ. memang setiap malam mereka akan berkumpul di situ untuk menonton berita jam 8.
"ha muqri, tadi keluar dengan irfan?" tanya syed mukhlis.
"tak lah walid. dengan kawan lain."
syed mukhlis megangguk. nescaffe bancuhan puan hasmah diambil muqri. perlahan lahan meniupnya kerana panas.
"walid dah bincang dengan ayah maira, kami ingat nak cepatkan majlis. asalnya hari ahad majlis tu tapi walid buat awal, hari rabu yang kamu patut amik baju tu kita buat so lusa kamu amik baju."
YOU ARE READING
Terlanjur Cinta
Romance"walid tak benarkan kamu bercinta melainkan .." - syed mukhlis Syed muqri dengan yakin menerima keputusan itu dan percaya bahawa ini yang terbaik. Detik demi detik kisah dua pecinta muda ini dimemorikan, mereka masih baru mengharungi...