15

2.4K 59 5
                                    

syed muqri tersedar dari lenanya kerana bunyi nyaring dari telefon berbunyi. Segera mematikan bunyi itu dan bangun untuk menunaikan solat subuh. dia bersiap siap dan selesai sahaja menunaikan solat subuh, dia terus menyalam ummi dan walidnya. pagi itu muqri bertolak lebih awal kerana bertugas di pagar.

 sudah sedia maklum dia harus ke sekolah lebih awal untuk menjalankan tugas pagi. motor muqri hilang dari pandangan.

tidak lama selepas itu dia tiba di perkarangan sekolah dan memarkir motor berdekatan dengan motor pelajar lain. masih awal bagi syed muqri, jadi dia bergerak dahulu ke bilik pengawas untuk melihat pasangan yang bakal menjaga pagar dengannya. dia tersenyum sendiri melihat nama yang tertera di situ. 

sudah jelas tertulis maira mikayla sebagai pasangan bertugasnya pada hari itu. syed muqri menutup fail jadual tersebut dan bergegas ke pagar sekolah mereka untuk menjalankan tugas, sungguh dia tidak sabar untuk bertugas bersama maira, meskipun tahu ini kali terakhir mereka meluangkan masa bersama kerana selepas ini dia akan menjadi suami orang. syed muqri tidak terus ke dataran untuk bertemu dengan syed irfan malah kakinya laju melangkah ke pagar sekolah.

 5 minit syed muqri berada di situ dia terlihat sebuah kereta mercedes masuk ke dalam sekolah. sudah tahu itu kereta millik abang maira. kelihatan maira mikayla turun dari situ. syed muqri hanya memerhati dari pagar tersebut. maira tidak terus pergi ke pagar malah dia menuju ke bilik pengawas yang berada di tingkatan satu, syed muqri memalingkan pandangannya dan menyambung semula tugas. masih awal masa mereka untuk menjaga pagar, syed muqri masih terus menunggu di situ. sementara itu, maira memeriksa jadual bertugasnya dan mendapati dia harus menjaga pagar bersama muqri. maira kemudiannya menyimpan fail bertugas tersebut dan keluar dari bilik pengawas.

dia melihat jam tangannya, loceng lewat masih belum dibunyikan lagi, jadi maira tidak terus ke sana, dia malah begerak ke tapak perhimpunan. dari situ dia melihat tasya sedang menjaga menengah rendah. segera mendekati rakannya itu.

"jaga lower form ke tu" tegur maira ramah.

Tasya memalingkan mukanya melihat maira semakin menghampirinya.

"kena lah jaga. Nanti mahu kena marah dengan penolong sebelah ni" perli tasya pula.

"ish macam macam. Kenapa tak jaga orang kat sana tu? " sengaja maira menguatkan sendikit suara agar didengari oleh syed irfan. Namun tidak berjaya kerana syed irfan tekun membaca buku.

"shh diam!" tasya memarahi maira, dia mencubit sedikit lengan maira kerana geram dengan perangai mengusik maira itu. 

Mereka berbual kosong di situ, sehingga maira terlupa untuk menjaga pagar bersama syed muqri. Loceng lewat iaitu loceng kedua sudah 20 minit berlalu. Pelajar diminta untuk masuk ke kelas masing masing. Barisan tingkatan lima iaitu kelas maira berada di akhir sekali. Syed irfan kebetulan berada di barisan tersebut mendapatkan maira dan tasya yang berada di sudut tapak perhimpunan.

"girls. Nampak muqri? Saya takut dia tak datang je ni" maira mikayla dengan pantas dan yakin menjawab.

"oh muqri datang lah. Dia tengah jaga .." tidak sempat maira menghabiskan ayatnya, dia teringat sesuatu. Maira sedikit terkejut kerana terlupa tentang perkara itu.

 Ya, seharusnya dia berada di sebelah muqri untuk membantunya. Maira terus berlari meninggalkan tasya dan syed irfan. Mereka berdua pula kehairanan melihat keanehan maira. Tasya segera berkata,

"mesti dia lupa dia kena jaga pagar dengan muqri"

Syed irfan memandang maira yang beberapa meter dari kawasan itu dan menggeleng perlahan.

Terlanjur CintaWhere stories live. Discover now