SPECIAL

1.3K 35 1
                                    

Oleh kerana ramai tanya apa jadi kat Tasya dgn Fan kan? ha tak tanya pun mesti terdetik hoho kan kan kan? so sini aku nak buat kesinambungan dia yg a bit drama and merepek. TAKDE LA MEREPEK.... JANGAN LA ANGGAP MEREPEK SIAN AQUE. just drama :p. I need u guys to keep updated ok sebab ada 2 part special je ni, hihi. so stay tuned and enjoy ur reading!! dont forget to vote and comment okay. mwah 😘

SPECIAL PART

Puas Syed Irfan berlari mengelilingi taman. Dia berhasrat untuk berjogging selama beberapa jam. Mengambil masa untuk diri sendiri. Sambil berjogging sesekali dia melihat telefon di poket.

Syed Irfan menghela nafas. Agak keletihan kerana sudah lama tidak berjogging, hari itu juga lah dia mengeluarkan toksik di badan.

Ting! satu mesej keluar memberikannya senyuman.

Mesej daripada Tasya yang suruh mengambilnya jam 12 nanti. Jarum jam pula masih menunjukkan pukul 10. Tanpa menunggu, Dia terus menuju ke kereta.

Selesai sahaja bersiap. Dia menuju ke KLCC sebelum mengambil Tasya. Langkah kakinya laju masuk ke dalam Tiffany & Co. Kerutan di dahinya bertambah kerana keliru untuk membuat pilihan.

"sir, may I help you?" tegur pekerja itu ramah.

Syed Irfan sengih.

"err I can't choose. for my girlfriend."

"how about this?"

Cincin berbentuk diamond dikeluarkan dari kaca. Beberapa minit meneliti cincin tersebut, Syed Irfan mengangguk tanda mahu.

Usai membuat pembayaran, dia terus ke memory lane. teddy bear besar diambil. tanpa ragu ragu dia membuat pembayaran.

Hadiah hadiah tersebut dimasukkan ke dalam bonet kereta.

"Hi sayang!" Sapanya setelah Tasya membuka pintu kereta.

"Hi.." Wajah monyok Tasya jelas

"laa kenapa monyok je?"

"kita gerak dulu lah."

Lama mereka membisu. hanya berjalan saja sekitar KLCC. Entah apa yang menganggu fikiran Tasya. Syed Irfan hairan.

Dia memberhentikan langkah betul betul di tengah laluan orang ramai.

Tasya juga terhenti, dia memandang belakang.

"makan tak nak, shopping tak nak, I ajak tengok movie pun tak nak. kenapa ni?"

"nothing?" Tasya cuba mengelak.

"tak tak, I know you. ada apa apa yang Irfan tak tahu?"

"mana ada lah, hormon berubah kot." balas Tasya.

"selagi tak cerita, selagi tu kita tak balik."

"Kalau Irfan tak nak balik, fine. Tasya boleh balik sendiri." Tanpa menunggu, Tasya meninggalkan Syed Irfan.

Syed Irfan terkedu. Ada sesuatu yang mengganggu kekasihnya. Apa pula masalah yang dihadapinya.

Syed Irfan mengejar.

"Sya! okay okay, once you're ready you can tell me. jangan macam ni please."

"Sya nak balik."

Syed Irfan mengangguk. Hari yang sepatutnya mereka meluangkan masa bersama musnah begitu saja. Tanpa apa apa alasan. Syed Irfan betul betul hairan.

Tiada lambaian, Tiada kata kata, Tasya terus keluar kereta meninggalkan Syed Irfan. Syed Irfan memandang kosong.

"aku ada buat salah ke?" bisiknya sendiri.

Terlanjur CintaWhere stories live. Discover now